~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


Komersialisme dan tanggungjawab sosial sering menjadi dua perkara yang sering menjadikan para wartawan berada dalam keadaan dilema. Pelaris bagi akhbar dan majalah adalah berita panas dan berupaya menarik minat pembaca. Dilema demi dilema terus dihadapi oleh wartawan dan editor akhbar dalam usaha untuk memastikan peranan akhbar tidak terkorban dalam tuntutan kapitalisme hari ini. Namun dewasa ini, akhbar seolah-olah menjadi sekadar wasilah untuk mengaut keuntungan sahaja. Implikasinya kekadang jarang diambil cakna.

Adalah sangat berbahaya sekiranya para wartawan masih lagi terperangkap dengan persepsi yang sekiranya akhbar ataupun majalah yang wartawannya tidak mampu memenuhi kehendak pembaca , maka mereka akan gagal daripada sudut jualan dan persembahan produk mereka.

Bergelar wartawan bukan sahaja menjadi perekod peristiwa tetapi juga perlu menjadi pencipta peristiwa. Penyaluran mesej yang betul seharusnya menjadi aspek utama dalam pemilihan sesuatu berita. Kualiti sesebuah penulisan tidak hidup sendiri. Ia perlu bergabung dengan kemahiran-kemahiran personal lain melibatkan grafik, reka letak, pemasaran, gaya persembahan dan proses pujukan pelanggan. Sinergi ini akan menjadikan sesuatu produk kelihatan hebat dan mampu menarik pelanggan.

Apabila akhbar Utusan pada 8Mei melaporkan “Kristian sebagai agama rasmi”, ia mencetuskan minat di kalangan pembaca bagi mengetahui kisahnya. Susun atur bahasa yang dibentuk seolah-olah kejadian itu adalah benar belaka. Maka persoalan yang saya timbulkan, etika mana yang menjadi sumber rujukan untuk berita seperti itu dikeluarkan dalam akhbar?

Bersumberkan maklumat daripada satu blog di internet, Utusan melaporkan Kristian bakal diangkat menjadi agama rasmi negara. Provokasi tersebut dibimbangi mengeruhkan lagi keharmonian yang sedia ada. Sepatutnya, sebarang berita yang dilaporkan haruslah mendapatkan sumber yang sahih dan tidak menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Isu keuntungan dan unsur politik seharusnya tidak menjadi pencemar dalam institusi kewartawanan yang selama ini digembar-gemburkan sebagai telus dan benar.

Selaku wartawan yang dasar negaranya menjadikan islam sebagai agama rasmi, seharusnya kita merenung kembali apa yang di sebut al-Quran ,

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan. (Surah an-Nisa’ : 135)

“…. janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah: 42)
Peraturan asas ini menjadi kayu ukur dalam kewartawanan islam di negara kita. Kod perilaku profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) meletakkan beberapa batu asas “do and dont” kepada para wartawan.

Antaranya

1. Menghormati kebenaran serta hak orang ramai untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas setiap wartawan.

2. Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini, wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini;-kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.

3. Wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.

4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperoleh berita, gambar dan dokumen.

5. Sebarang maklumat yang dilaporkan sekiranya didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.

6. Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat.
7. Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan yang paling besar: plagiat, mengumpat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis(libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal professional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak yang lain.

Justeru mewakili SIGMA GAMIS, kami memohon agar pihak Utusan kembali memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang dilaporkan. Kami diperingkat SIGMA tanpa teragak-agak menolak sebarang fitnah kotor yang boleh menghilangkan keamanan di bumi Malaysia ini. Bersama mengislahkan masyarakat ke arah negara yang berkualiti.


Nazirah Abu Bakar,
Pengerusi SIGMA GAMIS 2011

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...