~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


Assalamualaikum dan selamat buat anda yang berada di luar sana (wah sudah ada gaya DJ kah? hehe)

Ok, penulisan kali ini saya mahu nukilkan secara santai dan bersahaja. Bukan apa, saya seringkali menerima komen daripada adik-adik saya yang penulisan di blog ini agak berat. Baik, dengan bismillah saya mulakan...

Ok, ada beberapa perkara yang mahu saya kongsikan kali ini. Apakah? (Hoho sila baca ke bawah sekiranya anda masih larat...)

PERTAMA

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Saya akan diijabkabulkan dengan sang Adam, yang bakal menjadi satu-satunya raja di hati ini (insyaAllah) pada 31 Disember 2011 (Oh lagi 14 hari dari tarikh artikel ini di tulis) Gementar, takut, gembira, sedih dan bimbang semuanya bercampur-baur.  Ramai yang bertanya bagaimana semua ini bermula... Nanti saya ceritakan selepas sahaja selesai semua-semuanya ya. Banyak yang nak dikisahkan, tetapi untuk awal ini, cukup sekadar saya kongsikan beberapa pesanan yang saya terima daripada kawan-kawan yang sudah bernikah. Barangkali ada yang mencari-cari apa yang nak dibuat. ^_^

1) Banyakkan solat taubat, mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita dan mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita yang lalu dan akan datang. (Berazam untuk kekalkan momentum solat ini pada sebelum dan selepas pernikahan... InsyaAllah kita sama-sama usahakan ye)

2) Cuba buat persiapan sebaik mungkin dengan bantuan orang disekeliling. (Dalam kes saya, alhamdulillah, teman se'rumah manis', Akmal Aina, Hidayatul Karimah, Shahidat, Kak Ina dan Amiratul Awatif sangatlah supportive dan banyak membantu saya membuat persiapan daripada sebelum bertunang sampailah ke sekarang. (Saya sangat menghargai usaha mereka, dan saya doakan mereka dipermudahkan urusan termasuklah urusan jodoh-jodoh ini... Huhu saya tidak dapat membayangkan, bagaimana agaknya nanti kami bakal berjauhan T_T)

3) Minta restu ibu dan ayah dengan sebanyak-banyaknya.. Dan saya sangat percaya, kerana restu dan doa mereka, pernikahan kami dipermudahkan Allah walaupun terdapat beberapa halangan. (Sudah menjadi sunnatullah, apa sahaja kebaikan yang nak dibuat pasti ada halangan, jadi berlapang dada dan mintalah nasihat daripada mereka yang berfikiran positif, insyaAllah, kita akan termotivasi dengan orang-orang yang positif.

4) Errr macam sudah banyak perkongsian sahaja, saya rasa cukup setakat ini dahulu untuk bab kahwin mahwin ini, lebihannya saya kongsikan pada entri yang akan datang ya. ^__^ Allahul musta'an, mudah-mudahan Allah jadikan saya dikalangan hamba-hambanya yang menjadi imam bagi orang-orang yang bertakwa. Dan juga isteri yang solehah bagi bakal suami saya, amin)


KEDUA

Sangatlah tidak cerdik bagi orang-orang yang tidak berilmu tetapi berlagak sombong dengan beraksi seolah-olah mereka tahu segala-galanya. HUDUD, bukan untuk dibicarakan secara membabi-buta tetapi harus melalui proses pembelajaran yang sempurna, kerana tersalah hujah boleh menjatuhkan akidah. Barangkali ada yang berkata, "oh, hudud itu cuma hak ustaz sahajakah?" maka jawabnya TIDAK sama sekali. 

Sekalipun anda arkitek, pemain bola, bahkan tukang cuci sekalipun, sekiranya anda belajar dan ADA ILMU mengenai hukum hudud, maka anda berhak memberi pencerahan kepada mereka yang lain yang masih jahil. Bagaimana mungkin seseorang yang tidak tahu untuk membuat nasi arab bisa menerangkan kepada orang lain mengenai resepi nasi tersebut. Mempertikaikan hukum hudud bererti kita mempertikaikan hukum Allah. Mempertikaikan hukum Allah bererti kita yakin dengan peraturannya, maka apalah erti menjadi seorang hamba andai peraturan penciptanya dikritik sesuka hati. 

Saya tidak mahu berhujah panjang, sahabat-sahabat saya daripada oneheart creative solution sudah menyediakan alternatif untuk tontonan anda. Cubalah klik dan buat penilaian dengan akal dan hati yang Tuhan beri. Akal bukan hanya untuk fikir pasal nak jawab peperiksaan, tetapi gunakan juga untuk nilai nikmat Allah. Hati bukan untuk mencintai orang sahaja, tetapi gunakan juga untuk merasai nikmat Allah. 

Assalamualaikum dan didoakan anda yang saat ini membaca blog ini berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dibawah Rahmat Allah.

Setiap kali menulis entry baru, makanya setiap kali itu saya akan mengomel dan menyalahkan diri kerana tidak mampu untuk istiqamah dalam dunia penulisan. Saya sendiri tidak tahu apa yang menghalangnya, sedangkan saya sendiri sekarang sudah berada dalam dunia penulisan. Setiap hari menganalisis buku, bertemu penulis dan sebagainya tetapi masih tidak mampu bertabah untuk menulis. (Heh Nazirah, please wake up youself!)



Siapa tahu apa nasib kita di masa depan? Siapa sangka hari ini kita ditakdirkan untuk menjadi begini? Kalau ada sesiapa yang dapat menjawab, sila email saya segera untuk saya berikan anda hadiah... Lebih daripada iPad saya mahu beri. Dengan syarat anda harus beritahu saya apa rahsianya?

Seingat saya, dulu saya selalu berangan mahu jadi doktor, tup tup apabila besar tanpa dipaksa siapa-siapa, saya dengan rela hati mengambil aliran akaun. Eh eh belum habis lagi, selepas itu menyambung dengan jurusan bahasa Arab. Wah, apa nak jadi dengan saya? (Hmmm try to count by yourself Nazirah!)

Jadi, silalah merancang hari ini untuk anda menjadi siapa anda pada masa hadapan ya!

Let's me share!
Tadi sedang saya mengedit buku, saya terjumpa dengan satu terjemahan petikan ayat al-Quran yang berbunyi:
" Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambah kebaikan untuknya dengan menggandakan kebaikannya itu..."
(Surah as-Syura ayat 23)

Subhanallah! Indah bukan agama ini, hanya dengan sedikit kebaikan, Allah sudah jamin untuk berganda-ganda balasan kebaikan untuk kita. Persoalannya, baik itu bagaimana?

Adakah semata-mata dengan ibadah?
Adakah semata-mata dengan akhlak?

Maka jawapan saya, sudah tentu tidak. Kebaikan itu terlalu luas. Anda yang sebentar tadi bertolak-ansur dengan memberi laluan kepada kereta yang bertembung dengan anda adalah kebaikan. Anda yang membantu mengutip sampah dijalanan adalah kebaikan. Anda yang membantu menutup pili air yang tidak tertutup adalah kebaikan. Anda yang memilih untuk menyebarkan peringatan kepada orang lain adalah kebaikan. Senyum kepada orang juga adalah kebaikan. Maka apalagi yang menghalang kita daripada berbuat kebaikan? Tidak ada bukan?

Kisah saya di tahun akhir......

Hari itu nampak redup, angin bertiup seolah-olah menyatakan hari ini terlalu indah untul dinikmati. Oh terima kasih Tuhan. (Eh eh sudah seperti ayat novel... Bukan.. Bukan.. Saya bukan mahu berkisah seperti yang tertulis dalam novel) Ok sambung, selepas habis kuliyah, saya bergegas ke kaunter bas untuk membeli tiket ke rumah kakak sulung saya di Terengganu. Semasa saya di sana, seorang pak cik tua yang berpakaian serba putih menapak di kaki lima deretan kedai itu. Daripada atas sampailah ke selipar beliau semuanya berwarna putih. Selesai membayar harga tiket, si lelaki tua itu mengambil giliran bertanya kepada penjaga kaunter. Rupa-rupanya beliau mahu ke Terengganu, satu daerah yang serupa dengan saya.

Namun apa yang menyedihkan, dia tidak punya wang yang cukup. Lantas dia berjalan dengan penuh kepayah menjinjing beg plastiknya berjalan sambil berusaha menahan lori-lori yang lalu lalang. Tidak ada yang berhenti, lantas saya bergerak menuju kepadanya. "Pakcik, pakcik nak ke mana?" (Sekalipun sudah saya dengari sebentar tadi) "Pakcik  nak ke Terengganu, tapi tak cukup duit, cadangnya nak tumpang bas sampai Kuantan, di sana nanti baru pakcik naik bas, lebih murah. 2 hari lepas pakcik ke sini dengan anak, tetapi pakcik tak tahu di mana dia sekarang." Nah, air mata saya mengalir tanpa dapat disekat.. Saya seluk poket seluar, dan saya tahu, saya hanya ada sekeping wang itu untuk dihabiskan sebelum saya pulang ke rumah kakak dalam masa seminggu lagi.

Saya serahkan duit itu dan saya katakan padanya, "pakcik ambillah duit ini, dan jangan tanya saya lagi, cukup untuk pakcik doakan saya. Beli tiket dan bakinya simpan untuk makan. Semoga selamat sampai. Assalamualaikum..." Saya terus berlalu tanpa sempat dia bertanya dengan lebih banyak. Air mata yang terbit hanya Tuhan yang tahu, saya pusing sekali lagi untuk melihatnya, namun dia sudah menghilangkan diri. Ke mana dia pergi? Hanya Tuhan yang tahu... Semoga hari ini dia selamat walau di mana dia berada. Amin... Dan boleh jadi, berkat doa pakcik tua itu agaknya, rezeki saya bertambah-tambah selepas itu. Sampai ke hari ini alhamdulillah, usai pengajian saya terus dipanggil bekerja. Alhamdulillah.

Lantas apa yang mahu saya sampaikan? Teman, ketika ada terdetik dihati kita untuk berbuat baik, teruskanlah dan jangan ditangguh-tangguhkan, boleh jadi itu ilham daripada Tuhan. Santunilah ilham Allah dengan tindakan yang baik. Semoga kita jadi golongan yang berjaya seperti yang dinukilkan dalam surah as-syams. Sekarang? Apa tunggu lagi? Sebarkan kebaikan walau hanya dengan sekuntum senyuman, nescaya akan dibalas Tuhan dengan berganda-ganda pahala. ^__^

Salamun'ala manittaba'al huda.



Saya coretkan segala memori BERSIH 2.0 di sini buat peninggalan generasi selepas saya untuk mereka baca sekiranya saya sudah tidak ada kelak ^_^ Saat saya menulis, kesemua memori itu seolah-olah wayang yang dimainkan didepan mata.

 .::. Pagi itu saya dan 6 orang teman serumah bersiap seawal mungkin untuk bergerak ke sana. Malah Amie yang begitu bersemangat pagi-pagi seawal jam 7.30 pagi sudah berdiri tegak dihadapan pintu rumah. Masak dan makan beramai-ramai akan menjadikan pagi BERSIH satu kenangan yang takkan kami lupakan. Kami berpecah dengan 4 menaiki tren dan 4 orang menaiki motorsikal.

..::. Sudah hampir 3 bulan saya tidak menaiki motorsikal, dan pagi BERSIH itu saya menaikinya semula. Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya sungguh gembira. Terima kasih kepada ustaz Ridhuan Helang Senja kerana sudi meminjamkan saya BGN yang sungguh berjasa ^_^

..::.. Tidak tahu mahu bergerak ke mana kerana sekatan polis yang menggila, saya dan Shahidat beserta Maryam dan Karimah memilih untuk melalaui lorong-lorong kecil menuju ke Pasar Seni. Tiba di sana seakan buntu tidak tahu mahu berbuat apa. Menunggu hampir 30 minit dengan hanya 4 orang kami sahaja. Ramai orang di sana, ada yang tua, ada yang muda, ada yang tertidur kerana penat bertolak daripada jauh barangkali. Dan saya sempat membeli seekor ram-rama untuk diletakkan di atas kepala ^_^ Dan ia masih hidup hingga kini sekalipun meredah hujan dan asap bersama saya.

.::.. Tiba-tiba sedang kami berdiam diri, di depan KTM Kuala Lumpur, terdengar laungan Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Berderau darah saya, sudah bermulakah? sedangkan jam baru menunjukkan angka 12.30 tengahhari. SMS yang saya dapat memberitahu perarakan ke Stadium Merdeka hanya pada selepas solat zuhur. 

..::.. Tanpa sebarang arahan, tanpa sebarang pembesar suara, semua yang berada di situ secara serentak berlari-lari memasuki crowd di sana. Seolah-olah kesemuanya dipukau ke sana, saya kira ribuan ummat dengan pelbagai rupa ada. Baik cina, melayu mahupun India.

..::.. Kesemua mereka berjalan dengan aman, tidak ada yang mematahkan sekalipun sebatang ranting pokok, berjalan ke arah bangunan pejabat Pos Malaysia. Sungguh saya teruja berada dicelahan mereka. Ada yang berkecek klate, berinteraksi dengan loghat Kedah, mung aku dengan Terengganunya, saya fikir ini baru 1Malaysia. 

.::.. Baru sahaja melepasi bangunan Pos Malaysia, tanpa diduga gas pemedih mata dilepaskan secara membabi buta. Sungguh saya kira yang melepaskan itu lebih buta dari babi. Tidak berfikirkah mereka, ada si tua, si kecil dan si kurang upaya yang tidak bersalah? Buat kali pertama air mata beribu manusia tumpah di situ, hanya kerana kerakusan nafsu sang boneka yang menjadi tunggangan kerajaan durjana.

..::. Kesemua berpatah semula, terbatuk-batuk mencari oksigen, saling memberi air dan garam, mengelap muka dan saling membantu. Sungguh ajaibnya apabila mereka ini tidak pernah mengenal siapa yang dikiri mahupun di kanan mereka. Apa yang terbayang adalah, aku kena bantu dia! Aku kena bantu dia! Allahuakbar! Air mata saya menitis saat itu bukan kerana pedihnya gas  beracun tetapi memikirkan laknatnya mereka yang sanggup menindas rakyat sedemikian rupa.



.::. Kami berjalan semula, melalui Pasar Seni ke Masjid Negara, sungguh bangsat mereka yang menyekat kami daripada bersolat di dalam rumah Allah yang mulia. Berpatah semula, saya melihat saat itu bertebaran ummat manusia sujud di kiri kanan jalan, ditepi-tepi sungai, di atas rumput, mendoakan yang terbaik buat rakyat. Zohor berlalu dan kami pantas bergerak ke Stadium Merdeka

..::.. BERSIH! BERSIH! BERSIH! ALLAHUAKBAR! Itu laungan yang berkumandang disepanjang perjalanan yang tidak pernah meletihkan. Tiba-tiba..... Air hujan mula mencurah-curah, membawa kami ke daerah semangat yang lebih membara! Merasakan Tuhan itu ada bersama kami. Menenggelamkan kami dalam lautan cinta kepada keadilan sejagat.

..::.. Sedang kami berkumpul didepan Stadium, ada yang menjerit; "BERI LALUAN, BERLALUAN"  Zasss datangnya Dr Hatta dengan badan yang menggigil kesejukan tapi wajahnya mempamerkan semangat yang menyala-nyala. Laungan BERSIH kembali bergema, "BERSIH!BERSIH!BERSIH!" 

..::.. Tidak berapa lama, berbunyi pula satu suara, "BERI LALUAN......" Nah datang pula si rakyat berbangsa India dengan sebelah kaki yang tiada melaungkan "REFORMASI!!"  Saat itu berderai air mata saya! Si dia yang kudung sudi menapaki jalanan ini, lantas apalagi yang saya mahu lihat! Its is enough! Saya tahu, rakyat sudah benar-benar marah!

..::.. Berpatah semula ke KLCC, saya kira langkah yang sudah hampir 20KM itu tidak disedari lantaran kiri dan kanan saya diapit mereka yang dahagakan keadilan. Laungan terus bergema, Takbir makin menongkah arus. FRU dan polis kembali tergugat, DUMP!!! DUMP!! Ledakan gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi, tercungap-cungap sahabat saya bagai meminta nyawa. Sekali lagi, saling membantu, ku berikan air, dan kau berikan garam padaku. Terima kasih Tuhan untuk anugerah BERSIH ini. 

..::.. Belum sempat ke KLCC, dibelakang saya ada seorang budak sindrome down menjerit "Bodoh punya polis, bodoh punya polis" Saya terfikir, tahukah dia apa yang sedang dijeritnya? Dia sendirian ke BERSIH tanpa seorang teman pun di sisi? Allah...... Sekali lagi air mata saya diragut situasi yang melanda.

..::.. Tiba-tiba kawasan Bukit Nanas bingit dengan bunyi"neno-neno-neno",  kenderaan FRU mula memenuhi kawasan tersebut, dengan helikopter yang sengaja direndahkan, kesemuanya menghalau lautan ummat manusia di situ. Polis mula mengejar seorang demi seorang, dan rakan saya berlari sehinga ke dalam hutan disebalik kawasan perumahan. 

..::.. Mamak yang membuka gerai membukakan laluan pintu belakang mengajak rakyat berlindung disitu, garam dihulur dan alhamdulillah kami bersekutu membawa mesej yang sama.

..::.. Terlalu banyak yang mahu saya coretkan lagi, namun kesemuanya takkan mampu melakarkan apa yang saya dan ratusan ribu yang lain rasa. Sungguh kami kira, jalannya kami dibumi Kuala Lumpur ini takkan mampu dihalang dek polis durjana, kerana kami sudah sedar yang kuasa rakyat jauh melangkaui apa yang mereka ada. TUHAN! SAKSIKAN AIR MATA KAMI YANG MENITIS, PELUH KAMI YANG MENITIK INI, AGAR MENJADI BUKTI YANG SATU KETIKA MEREKA-MEREKA ITU PERNAH MELUKAKAN KAMI! 

Telah ku daki puncak tertinggi..

Telahku turun lembah dan gurun..



Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..


Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..



Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa



Sedang kau dekat di pinggir jiwa..



Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..



Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..



Ya Allah.... 



Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..



Hidup matiku hanya untukmu..




Salamun'ala manittaba'al Huda


KETUK_KETUK REJAB

Satu hadis yang direkodkan oleh Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa yang terdahulu"

Siapa yang berani menjamin bahawa dirinya pasti sampai ke Ramadan yang bakal mendatang? Sila angkat tangan anda.  Kalau anda berani, memang anda hebat! Namun saya yakin pastinya ramai yang tidak mengangkat tangan. Siapa kita untuk menentukan yang kita akan sampai ke medan itu? Hatta, nujum Pak Belalang pun belum tentu boleh meramal. Tidak ada di dalam kitabnya barangkali. 

Hari ini sudah masuk 6 Rejab. Siapa yang sudah mula berpuasa? Pasti ada yang senyum apabila soalan sebegini di ajukan. Ada yang senyum kerana dirinya sudah memulakan rentak menuju Ramadan. Barangkali ada juga yang senyum kerana malu mengakui yang dirinya belum melakukan apa-apa tindakan. :) Tidak mengapa, masih ada baki 24 hari, mari bersama-sama kita usahakan supaya paling tidak kita dapat sepuluh hari dalam bulan Rejab. 

Jom puasa Rejab!



Salamun'ala manittaba'al huda.

Pagi Yang Indah

Tarik nafas................................
Lepas.......................................
Tarik........................................
Lepas......................................

Untuk seketika, pejamkan mata, rasakan betapa nikmatnya punyai udara untuk dihirup. Percuma namun jarang-jarang ada yang berterima kasih dengan-Nya. Untuk seketika, mari sama-sama kita lafazkan, "ALHAMDULILLAH". Selesai untuk seketika bukan? Tidaklah kita hidup dengan perasaan gelisah.

Saya juag seperti anda, kekadang teringat, kekadang terlupa. Terlupa untuk berterima kasih dengannya. Namun, amat menggembirakan apabila Alhamdulillah, Tuhan lorongkan kehidupan saya ke arah kebaikan. Itu yang saya rasakan. Boleh jadi anda yang berada di luar sana memikirkan, hidup anda tidak serupa dengan saya. Anda lebih tersiksa, banyak masalah yang melanda, bertimpa-timpa dirundung duka? Begitukah kehidupan anda?

Saya juga manusia seperti anda. Fitrah kita adalah sama. Emosi dan perasaan kita adalah sama. Akal kita juga sama. Yang berbeza mungkin pada cara pandangan kita. Ya, cara pandangan itulah yang membezakan siapa kita. Cara pandanganlah yang menentukan kita bahagia atau duka. Norman Vincent Peale pernah menyebut, "Kunci kejayaan seseorang itu ditentukan oleh cara bagaimana dia berfikir." Nah, itu jawapannya mengapa hidup kita berbeza.

Apabila duka mendatangi diri, terpulang kepada kita bagaimana mahu menerimanya. Andai itu dipandang sebagai satu rahmat daripada Tuhan, percayalah, insyaAllah, pastinya perjalanan yang mendatang bakal dilalui dengan hati yang reda. Namun andainya ia diterima dengan hati yang marah dan kecewa  kepada  Allah, pastinya saat-saat yang bakal dilalui akan meranggut kebahagiaan yang sebelumnya.

Kasih Tuhan Lebih Erat Daripada Kasihnya Si Ibu.

Selalu apabila orang bertanya, siapa yang paling kita sayang? Saya yakin ramai yang menjawab "Ibu". Apabila ditanyakan, siapa orang yang paling kita rindui? Pastinya jawapan "Ibu" berada di ranking yang pertama. Bukan adik, abang, kakak ataupun kawan. Apabila bercerita pastinya kita lebih seronok menggambarkan betapa lazatnya hidangan ibu, betapa nikmatnya berada dalam pelukannya, betapa sayangnya dia pada kita, ah tiba-tiba sahaja menuliskan ayat-ayat ini saya mula merindui ibu saya.

Hebatnya kasih seorang ibu sehinggakan setiap titis katanya dirindui bukan? Andai itu yang kita rasakan sekarang, ya benarlah kita adalah seorang yang berperasaan. Untuk seketika, fikirkan, pernahkah kita merindui Tuhan? Ada ataupun tidak apa-apa yang diberikannya yang membawa kita kepada rasa ingin terus dibelai dengan kasih-Nya? Kasih Tuhan bukan hanya untuk orang yang baik-baik sahaja. Kasih Tuhan itu untuk semua, baik kaya mahupun miskin, baik cantik mahupun hodoh, baik bijak mahupun tidak, baik islam mahupun bukan muslim, semuanya Tuhan kasih.

Kerana kasih Tuhanlah, Umar al-Khattab mendapat hidayah. Daripada penentang menjadi pendokong. Kerana kasih Tuhanlah, Hindun si pemakan hati Hamzah menjadi muslimah,
Dan kerana kasih Tuhanlah, hari ini kita masih di sini. Mendapat udara percuma tanpa perlu dibayar dengan sebarang harga. Selepas duka didatangkan-Nya gembira. Buat mengubati hati. Selepas gembira ditukarnya dengan duka, supaya hati kita dididik dengan rasa bertuhan. Tuhan itu bukan hanya untuk waktu suka, tetapi  Dia juga ada di waktu duka. Kekadang kita terlalu gelojoh dalam merampas nikmat yang diberikannya.

Sebagai contoh, apabila diberi rupa yang cantik, maka ramai yang gelojoh mahu menayangkannya pada yang lain. Maka bermulalah sindrom melupai Tuhan. Yang aurat dibuka, yang haram disentuh dan sebagainya.
Apabila kaya, zakat mula menjadi beban, derma mula menjadi kiraan, yang miskin mula dilupa, itu yang terkadang, agaknya membuatkan Tuhan menjadi duka, duka dengan kita. Madu yang Tuhan beri, kita balas dengan tuba. Kasih yang Tuhan beri, kita balas melupakan-Nya. Maka, pada saat itu, anda bayangkan, siapa kita di mata-Nya?

Magisnya Kasih Tuhan..

Kekadang dalam kehidupan kita, apabila sudah terlajak kita melukakan hati seseorang, pastinya sukar untuk dia memaafkan kita. Tetapi tidak sama sekali bagi Tuhan. Dia itu terlalu sempurna. Seribu kali kita sakiti, belum tentu sekali akan dibalas-Nya. Selangkah gerakan yang kita buat untuk meninggalkan-Nya, seribu langkah Dia akan mendekati kita. Manusia mana didunia ini yang sanggup berbuat sedemikian rupa? Tidak ada bukan? Ya, kerana tidak ada itulah yang membezakan Dia dengan selainnya.

Ujian bukan untuk menjarakkan, tetapi sebagai penambat kasih. Kasih-Nya pada kita...
Duka bukan untuk memenjarakan kita dalam gua kesedihan, tetapi sebagai pintu untuk kita lebih mengenali-Nya,
Sakit bukan untuk menjauhkan, tetapi untuk dirawat dengan rindu pada-Nya.

Hakikatnya, itulah kasih Tuhan. terlalu magis hingga tidak mampu dilihat dengan pandangan mata. Ayuh bersama, kita bukakan hati, besarkan jiwa, sama-sama kita kembali pada-Nya. Terlajak masih boeh berpatah semula. Dia sudah bersedia untuk memeluk kita dengan Rahmat-Nya. Tinggal lagi, hanya pada diri kita. Andai masih mahu mendapatkan-Nya, ayuh, kita lari mendakapi cinta-Nya. Dia ada di sana takkan jemu-jemu menanti kita. Ayuh, siap sedia, satu... Dua... Tiga, lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dapatkan-Nya segera!!!!

salamun'ala manittaba'al huda.



Hari ini umur saya sudah lebih daripada 24 tahun, tetapi saya masih musykil, adakah saya sudah memberikan yang terbaik untuk Dia? Alhamdulillah, saya lahir sebagai manusia yang sempurna, punya kaki, punya tangan, dan miliki segala-galanya yang manusia biasa idamkan. Namun jauh di sudut sana, saya tahu kekadang saya ambil lewa sahaja, bersyukur itu pada masa-masa yang tertentu, bukannya setiap masa. Tuhan, izinkan saya berbicara seketika, dengan hati, emosi dan akal saya yang selalu lupa, bahawa Kau terlalu besar melebihi segalanya.


ENCIK HATI, saya sayang sangat dengan encik, jadi boleh tak tolong ingatkan saya selalu, setiap degupan jantung saya itu, jauh di sudut hati saya HARUS tahu yang Allah itu bersama - sama dengan saya. Bukan Encik selalu pesan dengan saya, Encik itu umpama raja, teling, mata, tangan dan kaki umpama tentera. Kalau Encik baik, maka arahan yang baik daripada Encik akan diterima oleh tentera Encik. Saya ini hanya kapal, Enciklah nakhoda yang melayarkan saya. Tolonglah saya Encik Hati, bisikkan selalu pada hati dan jiwa saya supaya berbuat benda-benda yang baik. Jeritkan pada saya bilamana ada niat jahat yang melintasi Encik Hati ya. Saya tidak tahu siapa lagi yang boleh membantu saya, jadi saya AMAT perlukan bantuan Encik Hati. Apabila Encik rasa tidak tenang, paksalah saya untuk membaca quran selalu ya. Sebab saya tahu, Encik berpegang pada sabda Tuhan, "Hanya dengan mengingati Tuhan, jiwa akan menjadi tenang". 


CIK PUAN EMOSI, saya sangat gembira kerana Tuhan hadirkan cik puan dalam hidup saya. Kerana cik puan hidup saya jadi berwarna warni, kekadang cik puan lontarkan nota kasih sedih, kekadang cik puan hadiahkan rasa gembira, terima kasih untuk cinta cik puan pada saya. Tetapi, sekarang saya perlu bantuan cik puan, saya tidak tahu sama ada esok ataupun sebentar lagi, saya akan berkesempatan untuk menaip ataupun tidak. Saya bimbang saya tak punya kesempatan itu, jadi sementara Tuhan izinkan ini, saya mohon ruang dan peluang untuk cik puan mendengar bicara saya. Mereka selalu bilang, wanita itu penuh dengan emosi, tindakan mereka adalah emosi, kata-kata mereka adalah emosi. Saya sangat marah (wah adakah sekarang saya juga beremosi?) Kami bukan beremosi, cuma kekadang, kami perlu waktu untuk mengendalikan emosi kami, Cik puan lebih memahami bukan? Untuk itu, sekarang saya biar Encik Hati menjadi saksi, saya mohon bantuan cik puan untuk membantu saya mengendalikan perasaan saya. Yang terkadang tak mampu dikawal saya. Lorongkan saya ke arah emosi yang baik, yang positif dan yang membantu saya ke arah kebaikan. Tolong ya!


KEKANDA AKAL yang saya hormati, terima kasih kerana banyak membantu saya dalam kehidupan ini. Membantu saya merasionalisasikan hujah-hujah yang saya terima dalam hidup saya. Boleh kanda bantu saya? Bantu apa? Bantu saya agar memikirkan hujah-hujah yang lebih bernas, bantu saya mengeluarkan dalil untuk Islam. Apabila ada yang menyerang, maka bantu saya untuk mempertahankan. Bolehkan? 


Apabila saya malas, Encik Hati tolonglah ketuk pintu hati saya, kejutkan diri supaya rajinkan diri untuk islam, Cik puan Emosi tolonglah semarakkan semangat saya untuk membantu ummah, dan Kanda Akal, tolonglah bimbing saya ke arah logika yang baik. 

Apabila saya tidak bersyukur, Encik Hati tolonglah marahkan saya, ingatkan saya hati saya sudah terlalu hitam sampai tidak nampak nikmat yang Tuhan beri, Cik puan Emosi tolonglah terjah jiwa saya, berikan peringatan betapa saya ini sungguh tidak mengenang budi Tuhan, dan Kanda akal tolonglah pasakkan dalam minda saya, lebih banyak saya bersyukur, lebih banyak yang Tuhan akan beri.


Saya sudah penat berbicara, izinkan saya kembali untuk sedar bahawa, saya boleh minta tolong daripada mereka, tetapi, HANYA SAYA YANG BOLEH TOLONG DIRI SAYA. MEREKA MENGINGAT TETAPI DIRI SAYA YANG MEMBUAT PILIHAN! Duhai diri, hiduplah untuk Tuhan!

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...