~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

Salamun'ala manittaba'alhuda.


Samada sedar atau tidak, dunia hari ini kian berbicara soal rusuhan (baca kebangkitan) mesir, bagi yang gementar, mereka akan menyebut rusuhan itu sebagai cara rakyat terikut dengan cara pembangkang yang selalu membuat kacau, namun bagi yang berfikir, mereka tahu bahawa apa yang melanda bumi anbiyak itu adalah satu revolusi baru yang sedang berlaku. Berhijrah dari lama kepada yang baru.

Seringkali orang menyebut indahnya negeri Firaun ini dengan tanahnya yang subur, anginnya yang bertiup tenang dan kayanya dengan hasil khazanah yang tidak mampu diterokai keseluruhannya. Monumennya sahaja sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia betapa berharganya negara padang pasir itu.



Hancur Kezaliman.


"Dan katakanlah, " kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap", sungguh yang batil itu pasti lenyap"  (al-isra' : 81)

Sejarah sudah mengingatkan kita, "history repeat itself." Hari ini, ia benar-benar terbukti. Jatuh bangun sesebuah tamadun sudah lama dikaji, namun jarang-jarang ada yang mahu menyelak semula lembaran kajian tersebut.

Disana ada berbagai jenis teori yang telah dikemukakan mengenai jatuh bangunnya sesebuah peradaban. Termasuklah diantaranya teori alunan (rhythmic theory), teori kitaran (cyclinical theory), teori linear,teori pertembungan atau pertentangan peradaban,teori pendekatan psikologi atau ketuhanan dan lain-lain lagi.



Untuk membahaskan satu persatu teori tersebut, saya pasti ianya mengambil masa yang cukup lama. Saya amat tertarik dengan teori kitaran seperti yang dikemukakan oleh dua sarjana islam, iaitu ibnu khaldun dan malik bennabi.
Ibnu Khaldun melihat perkembangan sesebuah tamadun itu pada 5 tahap.

TAHAP 1 - dimana sesebuah kerajaan bermula dengan kejayaan menumpaskan pimpinan yang sebelumnya, dan pemerintah ketika itu berjaya menwujudkan semangat kekitaan yang tinggi.

TAHAP 2 - akan berlaku apabila pemimpin mula mengenepikan rakyat dan menghalang mereka daripada campur tangan dalam urusan-urusan pemerintahan. Pada situasi ini, berlaku kronisme dimana kaum kerabat mereka diutamakan.

TAHAP 3 - tahap dimana berkupulnya harta yang banyak, pembinaan yang meluas, kuasa dan pangkat mudah diperolehi dan pemberian subsidi yang banyak kepada rakyat.

TAHAP 4 - berlaku kestabilan, dan suasana aman dan damai

TAHAP 5 - Zaman dimana berlakunya pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan budaya hedonisme yang melampaui batas. Harta negara diguna sesuka hati, rakyat ditindas dan akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat yang membawa kepada konflik dan pemberontakan rakyat jelata. Dari sini, kemusnahan akan berlaku dan tahap pertama akan kembali mengulangi kitaran yang ada.

Selamatkan Mesir

Bagi yang mengikuti web seperti http://www.ikhwanweb.com/arabic.php ataupun http://www.aljazeera.net/portal, mungkin anda boleh melihat secara langsung apa yang sedang terjadi di sana, namun apa yang menimbulkan pertanyaan, media Malaysia nampak seolah takut-takut untuk melaporkan suasana yang terjadi di sana.

 Amerika dan sekutunya sudah mula mengorak langkah memberi pertolongan kepada Hosni Mubarak, sedangkan kita di Malaysia masih lagi terkapai-kapai, ragu-ragu memberi sokongan moral kepada rakyat Mesir yang seakidah dengan kita.

 Benarlah kata seorang pakcik tua dari turki kepada saya, " tautan kasih sayang itu akan berlaku kerana kita berpegang dengan akidah yang sama, apabila seseorang itu berpegang dengan prinsip berlainan, tidak mustahil seseorang akan terus lupa saudaranya bahkan malu untuk mengaku bersaudara'.



Bangun Anak Muda

Andainya mereka yang memerintah hari ini tidak bersedia untuk melakukan perubahan untuk islam, maka kita selaku golongan muda harus menyediakan alternatif, Hadis Nabi sudah direkodkan,


قال صلى الله عليه وسلم " أوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ ". رواه البخاري

Rasul Allah saw. bersabda : " Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang2 tua menentangku" [Riwayat Bukhari].



Andai mahu menjadi pemuda Allah, seperti yang difirmankan;


Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah pertunjuk.Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadaNya jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran. (al kahfi :13-14)



Ayuh koreksi diri, sejauh mana kita golongan muda di Malaysia berbicara soal ummah, soal kebangkitan islam dan yang paling penting apa yang sudah kita lakukan untuk agama hanif ini? Justeru, marilah beramai-ramai kita kenal diri, kenal peribadi, gilap potensi untuk islam tidak kira di sektor mana kita berada, kesemuanya untuk keuntungan islam. 
   

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...