Assalamualaikum dan didoakan anda yang saat ini membaca blog ini berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dibawah Rahmat Allah.
Setiap kali menulis entry baru, makanya setiap kali itu saya akan mengomel dan menyalahkan diri kerana tidak mampu untuk istiqamah dalam dunia penulisan. Saya sendiri tidak tahu apa yang menghalangnya, sedangkan saya sendiri sekarang sudah berada dalam dunia penulisan. Setiap hari menganalisis buku, bertemu penulis dan sebagainya tetapi masih tidak mampu bertabah untuk menulis. (Heh Nazirah, please wake up youself!)
Siapa tahu apa nasib kita di masa depan? Siapa sangka hari ini kita ditakdirkan untuk menjadi begini? Kalau ada sesiapa yang dapat menjawab, sila email saya segera untuk saya berikan anda hadiah... Lebih daripada iPad saya mahu beri. Dengan syarat anda harus beritahu saya apa rahsianya?
Seingat saya, dulu saya selalu berangan mahu jadi doktor, tup tup apabila besar tanpa dipaksa siapa-siapa, saya dengan rela hati mengambil aliran akaun. Eh eh belum habis lagi, selepas itu menyambung dengan jurusan bahasa Arab. Wah, apa nak jadi dengan saya? (Hmmm try to count by yourself Nazirah!)
Jadi, silalah merancang hari ini untuk anda menjadi siapa anda pada masa hadapan ya!
Let's me share!
Tadi sedang saya mengedit buku, saya terjumpa dengan satu terjemahan petikan ayat al-Quran yang berbunyi:
Adakah semata-mata dengan ibadah?
Adakah semata-mata dengan akhlak?
Maka jawapan saya, sudah tentu tidak. Kebaikan itu terlalu luas. Anda yang sebentar tadi bertolak-ansur dengan memberi laluan kepada kereta yang bertembung dengan anda adalah kebaikan. Anda yang membantu mengutip sampah dijalanan adalah kebaikan. Anda yang membantu menutup pili air yang tidak tertutup adalah kebaikan. Anda yang memilih untuk menyebarkan peringatan kepada orang lain adalah kebaikan. Senyum kepada orang juga adalah kebaikan. Maka apalagi yang menghalang kita daripada berbuat kebaikan? Tidak ada bukan?
Kisah saya di tahun akhir......
Hari itu nampak redup, angin bertiup seolah-olah menyatakan hari ini terlalu indah untul dinikmati. Oh terima kasih Tuhan. (Eh eh sudah seperti ayat novel... Bukan.. Bukan.. Saya bukan mahu berkisah seperti yang tertulis dalam novel) Ok sambung, selepas habis kuliyah, saya bergegas ke kaunter bas untuk membeli tiket ke rumah kakak sulung saya di Terengganu. Semasa saya di sana, seorang pak cik tua yang berpakaian serba putih menapak di kaki lima deretan kedai itu. Daripada atas sampailah ke selipar beliau semuanya berwarna putih. Selesai membayar harga tiket, si lelaki tua itu mengambil giliran bertanya kepada penjaga kaunter. Rupa-rupanya beliau mahu ke Terengganu, satu daerah yang serupa dengan saya.
Namun apa yang menyedihkan, dia tidak punya wang yang cukup. Lantas dia berjalan dengan penuh kepayah menjinjing beg plastiknya berjalan sambil berusaha menahan lori-lori yang lalu lalang. Tidak ada yang berhenti, lantas saya bergerak menuju kepadanya. "Pakcik, pakcik nak ke mana?" (Sekalipun sudah saya dengari sebentar tadi) "Pakcik nak ke Terengganu, tapi tak cukup duit, cadangnya nak tumpang bas sampai Kuantan, di sana nanti baru pakcik naik bas, lebih murah. 2 hari lepas pakcik ke sini dengan anak, tetapi pakcik tak tahu di mana dia sekarang." Nah, air mata saya mengalir tanpa dapat disekat.. Saya seluk poket seluar, dan saya tahu, saya hanya ada sekeping wang itu untuk dihabiskan sebelum saya pulang ke rumah kakak dalam masa seminggu lagi.
Saya serahkan duit itu dan saya katakan padanya, "pakcik ambillah duit ini, dan jangan tanya saya lagi, cukup untuk pakcik doakan saya. Beli tiket dan bakinya simpan untuk makan. Semoga selamat sampai. Assalamualaikum..." Saya terus berlalu tanpa sempat dia bertanya dengan lebih banyak. Air mata yang terbit hanya Tuhan yang tahu, saya pusing sekali lagi untuk melihatnya, namun dia sudah menghilangkan diri. Ke mana dia pergi? Hanya Tuhan yang tahu... Semoga hari ini dia selamat walau di mana dia berada. Amin... Dan boleh jadi, berkat doa pakcik tua itu agaknya, rezeki saya bertambah-tambah selepas itu. Sampai ke hari ini alhamdulillah, usai pengajian saya terus dipanggil bekerja. Alhamdulillah.
Lantas apa yang mahu saya sampaikan? Teman, ketika ada terdetik dihati kita untuk berbuat baik, teruskanlah dan jangan ditangguh-tangguhkan, boleh jadi itu ilham daripada Tuhan. Santunilah ilham Allah dengan tindakan yang baik. Semoga kita jadi golongan yang berjaya seperti yang dinukilkan dalam surah as-syams. Sekarang? Apa tunggu lagi? Sebarkan kebaikan walau hanya dengan sekuntum senyuman, nescaya akan dibalas Tuhan dengan berganda-ganda pahala. ^__^
Salamun'ala manittaba'al Huda
2. Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini, wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini;-kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.
3. Wartawan hanya akan melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.
4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperoleh berita, gambar dan dokumen.
5. Sebarang maklumat yang dilaporkan sekiranya didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.
6. Wartawan akan menghormati rahsia professional berhubung dengan sumber maklumat.
8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal professional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak yang lain.
salamun'ala manittaba'al huda
Hari ini, kita boleh melihat, bencana ada di mana-mana.
Hari ini, kita boleh menilai mana yang baik, mana yang sebaliknya,
Hari ini, kita boleh memilih, yang di sini ataupun yang di sana,
Esok?
Belum tahu lagi..................................
Boleh jadi bencananya bertambah, boleh jadi berkurang,
Boleh jadi, penilaian itu salah, dan yang batil akan terus menang,
Boleh jadi pilihan itu benar, namun hakikat peritnya kemenangan itu akan kita tanggung berseorangan.
Hari ini dan esok apa sebab ianya harus dikaitkan?
Bukankah esok perancangannya bermula hari ini?
Bukankah bencana esok kerana bodohnya tindakan kita hari ini?
Tak perlu salahkan Tuhan kalau kita yang sentiasa buta,
Jangan menidakkan takdir bila kita suka untuk melupakan-Nya,
Tuhan itu tak bodoh untuk diperbodohkan oleh kita,
Hanya kita yang memilih untuk membodohkan diri,
Sampai lupa betapa Dia itu Maha Mengasihani,
Mungkin dah sampai masa hari ini,
Untuk kita ubah diri,
Biar esok perancangannya rapi,
Hidup makmur dan berkat dengan rahmat Ilahi.
Aku kan selalu mencintai-Mu Tuhan......
~ anak ayah~
Salamun'ala manittaba'alhuda.
Samada sedar atau tidak, dunia hari ini kian berbicara soal rusuhan (baca kebangkitan) mesir, bagi yang gementar, mereka akan menyebut rusuhan itu sebagai cara rakyat terikut dengan cara pembangkang yang selalu membuat kacau, namun bagi yang berfikir, mereka tahu bahawa apa yang melanda bumi anbiyak itu adalah satu revolusi baru yang sedang berlaku. Berhijrah dari lama kepada yang baru.
Seringkali orang menyebut indahnya negeri Firaun ini dengan tanahnya yang subur, anginnya yang bertiup tenang dan kayanya dengan hasil khazanah yang tidak mampu diterokai keseluruhannya. Monumennya sahaja sudah cukup untuk mengembalikan nostalgia betapa berharganya negara padang pasir itu.
Hancur Kezaliman.
Sejarah sudah mengingatkan kita, "history repeat itself." Hari ini, ia benar-benar terbukti. Jatuh bangun sesebuah tamadun sudah lama dikaji, namun jarang-jarang ada yang mahu menyelak semula lembaran kajian tersebut.
Disana ada berbagai jenis teori yang telah dikemukakan mengenai jatuh bangunnya sesebuah peradaban. Termasuklah diantaranya teori alunan (rhythmic theory), teori kitaran (cyclinical theory), teori linear,teori pertembungan atau pertentangan peradaban,teori pendekatan psikologi atau ketuhanan dan lain-lain lagi.
Untuk membahaskan satu persatu teori tersebut, saya pasti ianya mengambil masa yang cukup lama. Saya amat tertarik dengan teori kitaran seperti yang dikemukakan oleh dua sarjana islam, iaitu ibnu khaldun dan malik bennabi.
Ibnu Khaldun melihat perkembangan sesebuah tamadun itu pada 5 tahap.
TAHAP 1 - dimana sesebuah kerajaan bermula dengan kejayaan menumpaskan pimpinan yang sebelumnya, dan pemerintah ketika itu berjaya menwujudkan semangat kekitaan yang tinggi.
TAHAP 2 - akan berlaku apabila pemimpin mula mengenepikan rakyat dan menghalang mereka daripada campur tangan dalam urusan-urusan pemerintahan. Pada situasi ini, berlaku kronisme dimana kaum kerabat mereka diutamakan.
TAHAP 3 - tahap dimana berkupulnya harta yang banyak, pembinaan yang meluas, kuasa dan pangkat mudah diperolehi dan pemberian subsidi yang banyak kepada rakyat.
TAHAP 4 - berlaku kestabilan, dan suasana aman dan damai
TAHAP 5 - Zaman dimana berlakunya pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan budaya hedonisme yang melampaui batas. Harta negara diguna sesuka hati, rakyat ditindas dan akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat yang membawa kepada konflik dan pemberontakan rakyat jelata. Dari sini, kemusnahan akan berlaku dan tahap pertama akan kembali mengulangi kitaran yang ada.
Selamatkan Mesir
Bagi yang mengikuti web seperti http://www.ikhwanweb.com/arabic.php ataupun http://www.aljazeera.net/portal, mungkin anda boleh melihat secara langsung apa yang sedang terjadi di sana, namun apa yang menimbulkan pertanyaan, media Malaysia nampak seolah takut-takut untuk melaporkan suasana yang terjadi di sana.
Amerika dan sekutunya sudah mula mengorak langkah memberi pertolongan kepada Hosni Mubarak, sedangkan kita di Malaysia masih lagi terkapai-kapai, ragu-ragu memberi sokongan moral kepada rakyat Mesir yang seakidah dengan kita.
Benarlah kata seorang pakcik tua dari turki kepada saya, " tautan kasih sayang itu akan berlaku kerana kita berpegang dengan akidah yang sama, apabila seseorang itu berpegang dengan prinsip berlainan, tidak mustahil seseorang akan terus lupa saudaranya bahkan malu untuk mengaku bersaudara'.
Bangun Anak Muda
Andainya mereka yang memerintah hari ini tidak bersedia untuk melakukan perubahan untuk islam, maka kita selaku golongan muda harus menyediakan alternatif, Hadis Nabi sudah direkodkan,
Andai mahu menjadi pemuda Allah, seperti yang difirmankan;
Salamun'ala manittaba'al huda
Tinggalan Kasih Hassan Al Banna Buat Ummat
Semalam saya sempat menghadiri kuliyah daripada ustaz Salahuddin, seorang yang tenang wajahnya, persis seorang ayah yang penyayang. Beliau membawa pendengar yang hadir untuk mengimbau kembali siri-siri khutbah warisan Hassan Al banna. Banyak yang disebut, antaranya segala apa yang kita kerjakan didunia ini ada balasannya di akhirat kelak.