~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


salamun'ala manittabal huda

~Siapa bilang gadis melayu tak menawan?~ siapa tidak pernah mendengar? bahkan tajuknya sahaja pastinya kita sangat familiar dengan lagu tersebut. 

Nampaknya gadis melayu kita hari ini betul-betul menawan, sungguh-sungguh memikat hati sampai tidak sedar diri mereka sudah dieksploitasi dengan semakmsimumnya. Lihat sahaja disana sini, perempuan dimana-mana. di televisyen, papan-papan iklan, bahkan andai tiada perempuan saya yakin akan sunyilah dunia ini. :) kerana itulah disebut, wanita itu perhiasan dunia, tanpanya dunia akan hilang seri, bahkan adam pun pernah turut terasa sunyi.

Sedar atau tidak kemajuan duniawi hari ini tidak selari dengan pertumbuhan dakwah islam. Industri hiburan makin maju, namun dakwah kita masih lagi berada ditahap yang sama. Ada kemajuan tetapi masih lagi tidak serancak medan hiburan. Tidak dapat dipastikan adakah fenomena ini terjadi kerana faktor politik, sosial ataupun pendakwah sendiri yang makin lesu. Saya tidak berniat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak, bahkan artikel ini ditulis atas dasar kesedaran bertitik tolak daripada ayat alquran yang selalu diperdengarkan kepada kita mengenai perlunya ada satu pihak yang berusaha untuk menyeru kepada kebaikan. Firman Allah 

                وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar , merekalah orang-orang yang beruntung
 (ali-imran:104)
 
kembali kepada perbincangan kita mengenai eksploitasi gadis melayu hari ini, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada tarbiyah islam yang  tidak mengongkong bahkan mengangkat martabat wanita itu kepada darjat yang lebih tinggi. 

Apa yang menjadi kebimbangan saya apabila hari ini kita berdepan dengan suasana "memaksimumkan keberuntungan daripada muslimat" (istilah yang selalu disalahfahamkan. Muslimat bukan bererti semata-mata satu entiti didalam PAS bahkan ia adalah istilah untuk wanita-wanita yang dilahirkan sebagai muslim. 
 
Justeru mahu ataupun tidak wanita-wanita bahkan puteri-puteri umno seharusnya tidak berasa jelik, bahkan bangga kerana dilahirkan sebagai satu kejadian yang namanya muslimat.)

Keberuntungan yang digunakan  tersebut bukanlah dalam suasana yang positif bahkan terjadi pada yang sebaliknya. Kita lihat sahaja hari ini, paparan iklan didada-dada akhbar, diinternet bahkan ditelevisyen cukup memalukan.
 
Bahkan kadang-kadang melihatnya sahaja menjadikan kita terfikir adakah kita (golongan muslimat) terlalu bersifat ~tidak mengapa?, apa nak buat?, kita tiada kuasa?~ lihat sahaja iklan-iklan pelansingan badan, yang ternyata secara jelas mengambil untung daripada golongan muslimat.

Nah, situasi apakah yang sedang berlaku sekarang? kerajaan hari ini sibuk mahu merawat penyakit gejala sosial,  sedangkan anak gadisnya tak dijaga dengan baik. Binalah 1000 pusat penjagaan bayi tidak diingini sekalipun, buatlah rancangan pencarian gadis melayu sekalipun, andai tiada kesedaran yang wujud dalam diri mereka maka tidak akan kemanalah anak gadis kita, bahkan dibimbangi akan terus tenggelam.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Al-Hasyr: 18
 
KETEGASAN HARUS DIBINA
 
Mahu tidak mahu sebelum kita berbicara soal strategi, hakikatnya pemikiran gadis muda harus dibentuk. peribadi yang sentiasa progresif, optimis dan semangat dalam mengejar apa yang dicita-citakan harus dipacakkan didalam diri mereka tanpa melepasi batasan syariat. 
 
Tiga tingkatan kaderisasi muslimat muda harus diselesaikan agar yang lahir itu dapat berfikir secara holistik. Proses pendoktrinisasi harus dimulakan dikuti dengan budaya berfikir seterusnya berfikir mendunia (berfikir secara luas dan lebih jauh) dengan tujuan bahawa generasi hari ini tidak bermain-main dalam menetukan hala tuju muslimat muda pada generasi yang akan datang.

Rasulullah Saw. bersabda,

        “Janganlah engkau menjadi orang yang suka mengikuti orang lain, apabila mereka menjadi  baik maka kamu juga menjadi baik dan apabila mereka buruk  kamu juga buruk. Tapi kamu harus memiliki pendirian, apabila mereka baik kamu menjadi baik dan apabila mereka buruk kamu tidak melakukannya”.

Maka saranan saya, reformulasi muslimat harus dilakukan, dengan  mengambilkira nilai anak muda khususnya muslimat harus dibangunkan. Kerja-kerja ini sudah semestinya sulit dan sangat rumit, hanya dengan kesabaran dan kesungguhanlah yang menjadikan kita akan terus bertahan dan terus melangkah. Apa yang penting disini adalah peningkatan kualiti diri agar muslimat muda kita terus mampu bertahan. Seperti mana yang disebut oleh Alfadhil Imam Hassan Albanna dalam risalah ta'lim :

“hendaklah kalian bersungguh-sungguh meningkatkan kapasiti dirimu, hingga tongkat kepemimpinan itu diserahkan pada kalian yang memiliki kualiti”. 

Setelah itu, biarkanlah masa depan yang akan menyaksikan usaha-usaha yang telah kita tunaikan; jika tidak di sini (di dunia ini), nanti di sana kelak (di akhirat sana) insyaAllah..
 

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...