~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....







salamun'ala manittaba'al huda

SEMALAM 

Dulu-dulu saya pernah bercita-cita untuk menjadi menteri pembangunan wanita malaysia.. Dan kini, cita-cita itu masih ada, menjadikan saya cuba menjadikan diri ini, sentiasa upadate dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak-hak wanita dan sebagainya. 

Baru-baru ini, ketika Datuk Shahrizat melancarkan "baby hatch" atau pusat penjagaan bayi tidak diingini, saya sedikit bingung, apa sebenarnya yang cuba diterjemahkan oleh kKmenterian Kembangunan Wanita. 

Melihat kepada nama pusat itu sendiri menjadikan saya terfikir, apakah perasaan kanak-kanak yang bakal membesar dengan status sebagai "bayi yang tidak diingini"?, apa  rasanya membesar dipusat penjagaan bayi yang tidak diingini? padahal pada hakikatnya, mereka tidak pernah menginginkan dilahirkan sedemikian rupa.. apakah salah mereka sehingga mendapat gelaran sebegitu?.. ini yang harus difikirkan.

BABY HATCH

mahu tidak mahu, sebagai mahasiswa saya tidak rela menjadi golongan yang memberi pendapat secara membabi buta, justeru saya cuba untuk melakukan sedikit kajian dan mengadakan perbincangan bersama adik-adik smart group saya dan apa yang saya dapati hasilnya agak mengujakan.

SEJARAH BERMULA

Saya tidak pasti samada kerajaan melakukan penyelidikan ataupun tidak sebelum sistem ini diluluskan untuk diaplikasikan di Malaysia.. Kerana melalui pembacaan saya yang sedikit ini, sistem ini agak bermasalah. ok, mari kita lihat bagaimana sejarah baby hatch ini bermula;

sistem ini terlebih dahulu dikenali sebagai foundling wheel dimana ia menerangkan tentang sejenis alat yang diletakkan disatu tempat yang dikhususkan untuk ibu-ibu meletakkan bayi yang tidak diingini oleh mereka.

Alat ini berfungsi seperti dua buah bakul yang satunya diletakkan disebelah dalam pusat penjagaan dan satu lagi berada diluar, apabila bayi diletakkan didalam bakul tersebut, maka ia akan berputar dan digantikan dengan bakul yang kosong, bakul yang berisi bayi tadi akan bergerak ke dalam pusat tersebut dan penjaga yang bertugas akan mengambil bayi tersebut. Namun kini, dengan kemodenan yang ada, alat ini sudah dimodenkan, termasuklah disediakan alarm yang berbunyi apabila bayi diletakkan.

Berdasarkan rekod yang ditemui, sistem ini  mula digunakan di Milan pada abad ke 8, yang kemudiannya berkembang ke Eropah sehinggalah hari ini, ia menjejakkan kakinya ke Malaysia. Harus diingat ia diperkenalkan dengan meluas sebagai satu sistem pada 1198 oleh Pope Innocent III di Itali. 

Ia digunakan digereja dan merupakan sebagai salah satu langkah untuk mencegah pembunuhan bayi. Sistem ini digunakan dengan agak meluas pada zaman pertengahan sekitar abad ke 18 dan ke 19. Kini ia digunakan di merata negara termasuklah Jerman, Perancis, Ireland, dan sebagainya.

FAKTA YANG HARUS KITA KETAHUI

Selepas mencari kesan-kesan yang terhasil daripada penggunaan sistem ini, saya mendapati majoriti hospital atau pusat penjagaan yang dibina ini terpaksa ditutup selepas beberapa tahun akibat daripada jumlah bayi yang dibuang bertambah dengan mendadak hampir setiap tahun. 

Sebagai contoh, Jerman yang membuka pusat seperti ini pada tahun 1709 terpaksa mengambil langkah untuk menutupnya berikutan masalah kewangan, lambakan bayi dan sebagainya 5 tahun selepas itu (1714).

ULASAN 

Saya berpendapat, kaedah ini seolah-olah memberi keuntungan kepada kita namun disana ada beberapa masalah besar yang bakal terhasil daripada penubuhan pusat ini. Saya sama sekali  tidak menolak yang kewujudan sistem ini akan menyelamatkan bayi-bayi daripada dibunuh dan secara tidak langsung kita membantu pasangan yang mahu mengambil anak angkat, namun pada saya disamping penubuhan pusat ini, perlu ada satu penegasan daripada pihak kerajaan berhubung status ibu-bapa bagi kanak-kanak yang dibuang tersebut.

Saya sedang cuba untul memikirkan alternatif lain bagi menggantikan sistem ini, namun yang jelas sebaik-baik penyelesaian adalah kita kembali kepada syariat Allah. Mahu tidak mahu kerajaan seharusnya akur dengan masalah keruntuhan akhlak yang begitu dahsyat dan mengambil tindakan untuk mengaplikasikan undang-undang syariah secara berperingkat. 

Kerajaan juga harus memikirkan bagaimana dengan tindakan terhadap ibu-bapa yang tidak bertanggungjawab ini. 

Pada saya, sekiranya mereka terus dibiarkan, saya khuatir, jumlah kelahiran bayi luar nikah akan berganda-ganda. Pasangan tersebut akan berlepas tangan kerana sudah ada pihak yang ketiga yang mahu bertanggungjawab kepada bayi meraka, maka, mereka akan terus membuat dan membuat bayi yang lain. 

Disana ada pepatah cina yang berbunyi "berikan seseorang itu dengan ikan , dan dia akan kenyang untuk hari itu, ajarkan seseorang itu memancing dan dia akan kekenyangan untuk sepanjang hidupnya". 

Pepatah arab juga berbunyi, " الوقاية خير من العلاج" .  

Pendapat saya tindakan kerajaan sekarang lebih kepada usaha untuk mengubati bukan untuk mencegah. Tidak ada masalah untuk kita mengubati gejala ini, namun dalam masa yang sama, langkah pencegahan harus dipertingkatkan. Jangan dibiarkan anak-anak muda kita "kekenyangan" dengan "suapan" kita untuk hari ini sahaja, bahkan mereka perlu diajar untuk berdikari sepanjang hayat. 

KESIMPULAN

Sebagai konklusi, saya cuba simpulkan begini,

1) gunakan sistem ini untuk sasaran 5tahun bagi menyelamatkan bayi - bayi daripada dibunuh. Dan dalam masa yang sama, ibu-bapa terbabit harus dikenalpasti untuk usaha menyedarkan mereka.

2) satu sistem alternatif lain harus difikirkan untuk menggantikan sistem ini dengan dimasukkan elemen-elemen islam yang sememangnya terbukti  sebagai satu cara hidup yang terbaik.

3)kerajaan harus memikirkan bagaimana masa depan anak-anak yang "lahir" daripada pusat jagaan ini, tentang hak mereka, status dan sebagainya.

4)kerajaan harus mengfungsikan kembali media sebagai alat utama yang berperanan untuk mengembalikan kesedaran kepada masyarakat. Budaya hedonisme harus dikurangkan, hiburan haruslah berlandaskan islam, dan surat khabar-surat khabar harus bijak memberi pendedahan kepada massa apakah tindakan yang perlu dibuat, dan apakah hasil yang bakal terjadi seandainya perkara-perkara seperti ini berlaku. 





Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...