~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....



salamun'ala manittaba'alhuda

=) saya kira sudah agak lama saya meninggalkan cinta saya.. cinta pada penulisan berunsurkan tamadun secara keseluruhannya.. saya cuba untuk menulis dalam bentuk yang paling santai, mudah-mudahan Allah permudahkan pembacaan orang yang membaca coretan semula sejarah yang pernah dilakarkan oleh generasi yang terdahulu..

dahulu saya pernah dikritik dan saat itu ia menyebabkan saya sedikit gusar untuk kembali menulis, katanya " penulisan kamu sangat berat, menjadikan saya mahu muntah sesudah membaca.." aduh, siapa saya untuk membalas kembali apa yang diperkatakan oleh sahabat tersebut.. mungkin ada betulnya, justeru kali ini saya cuba untuk kembali menulis. 

EPISOD YANG PANJANG

sedar atau tidak Mei sudah berlalu, membawa kita melalui hari-hari dengan satu torehan sejarah yang sudah dijanjikan sejak dari zaman Nabi S.A.W lagi, hari ini kita sudah melepasi hari terbebasnya kota kostantinople ditangan sultan muhammad al fateh, anda boleh merasai keghairahan untuk mengorek rahsia siapa sebenarnya Al fateh ini dengan membaca blog ust syaari

saya tidaklah sehebat beliau yang mampu mengupas dengan sedalam-dalamnya mengenai pembebasan ini, sekadar mahu mencetuskan kesedaran dengan sedikit perkongsian melalui pembacaan yang tidak seberapa.

GAGAHNYA GENERASI SILAM

penaklukan itu menuntut masa yang terlalu panjang.. bayangkan 8 abad menunggu gong kemenangan yang dipalu oleh rasulullah s.a.w, cukup untuk mengkhabarkan kepada kita bahawa perlunya ada disana sifat optimis memandang masa depan walaupun saat berada dalam kesulitan dan apa yang dipertontonkan oleh Rasulullah melalui peristiwa ini cukup untuk menjadi inspirasi bagi sesebuah gerakan islam untuk mematangkan perencanaan dan konstisten dengan perencanaan tersebut.. 

disebut oleh hussain dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam ahmad yang terdapat didalam "almustadrak" dan dibeberapa tempat, disahihkan oleh Alhakim dan Az Zahabi dan disepakati oleh Al Baniy dalam "alhadis as sahihah 1/8" menceritakan bagaimana canangan Rasulullah S.A.W itu berjaya menitipkan semangat yang tidak berbelah bagi dihati kaum muslimin sehinggalah akhirnya masing-masing tanpa penat, lelah dan jemu terus mencuba untuk membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda.

Dari Abu Qubail, ia berkata: “Kami pernah berada di sisi Abdullah bin Amr bin al-Ash, ketika ditanya: “Yang manakah diantara dua kota yang akan ditakluk terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom?” , kemudian Abdullah meminta kotak kitabnya yang masih tertutup. 

Abu Qubail berkata: “Kemudian ia mengeluarkan sebuah kitab daripadanya. Lalu Abdullah berkata: ‘Ketika kami sedang menulis di sekeliling Rasulullah SAW tiba-tiba beliau ditanya: ‘Yang manakah diantara dua kota yang akan ditakluk terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom?” Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: “Kota Heraklius akan ditawan terlebih dahulu, yakni Konstantinopel.”

MENELUSURI MEMORI ITU

Bukan sedikit darah yang ditumpahkan, bukan sedikit tubuh yang rebah kerananya, demi membuktikan bahawasa Nabi Muhammad S.A.W itu benar, sahabat-sahabat bersedia untuk membayar harga yang cukup mahal. 

Perjalanan direntasi dengan perang Mu'tah, perang tTbuk, melalui zaman Saidina Uthman, Muawiyah, khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sehinggalah tentera muslimin diundurkan seketika sewaktu pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz daripada pengepungan konstantinopel atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. 

perjuangan diteruskan oleh Sultan Murad I, Murad II, sehinggalah akhirnya berjaya ditunaikan oleh pemuda yang digelar Alfateh ini. direalisasikan sudah kalam nabi yang satu itu,ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR WALILLAHIL HAMD

HARGA KEPEMUDAAN 

saat ini kita masih menantikan tertawannya kota rom (itali) seperti yang dijanjikan.. ditangan tentera bertuah manakah bakal tercetusnya sejarah islam yang baru? persoalannya dengan realiti dan hakikatnya anak muda hari ini, mampukah kita berusaha menjadikan sabda Nabi itu satu kebenaran?

Sikap optimis harus diteruskan namun andai generasi muda hari ini terus dijamu kekenyangan dengan budaya hedonisme yang melampau dan sebagainya, maka bayangan apakah yang bakal bertamu dipemikiran kita? 



generasi muda adalah generasi penentu.. ini ternyata turut disebut oleh Allah s.w.t didalam surah alkahfi 
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آَمَنُوا بِرَبِّهِمْ
وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
 
mereka adalah anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan hidayah untuk mereka.
(Alkahfi :13)

Masa muda bukanlah semata-mata untuk mencari persediaan materialistik untuk jaminan dihari tua, bahkan masa muda adalah masa yang cukup istimewa, antaranya 

1) Masa yang penuh keberanian.. kerana itu, lihat sahaja hari ini, berapa ramai mat rempit yang berani mati kerana jiwa muda? jarang sekali ada disana atuk-atuk rempit  yang cuba untuk mempertahan kan kepemudaan mereka. Nah, andai jiwa muda ini disalurkan untuk usaha yang lebih produktif  dan menegakkan keadilan untuk islam, maka tidak mustahil sejarah kegemilangan islam yang lalu mampu diulang untuk kali yang kesekiannya

2) Masa yang paling efektif untuk menabung amal untuk bekalan di hari tua.. disebut didalam satu hadis 

شبابك قبل هرمك
masa muda sebelum masa tuamu

3) Masa muda adalah masa yang paling kuat secara fizikal mahupun psikologinya.. 
4) Masa muda adalah masa yang subur dan kaya dengan idealisme. lihat sahaja berapa banyak sejarah yang dilakarkan oleh anak muda? antaranya tercetus reformasi 1998, sumpah pemuda dan sebagainya yang mana rentak dan gelombangnya adalah berpunca daripada anak muda.

Maka kerana itu, apabila hari ini kita berbicara tentang negara yang baik maka haruslah jangan dilupa pada kondisi anak muda kita. Kerana kehancuran secara spiritual sudah cukup untuk melahirkan kegerunan dihati untuk membayangkan bagaimana masa depan kita nanti..

Kerana itu atas dasar saya juga adalah anak muda, saya mahu kita sama-sama bergandingan tangan saling membahu ke arah memimpin bangsa, agama dan negara menuju matlamat yang satu iaitu menjadikan islam kembali dijulang tinggi. ALLAHUAKBAR!

~BANGUN ANAK MUDA MEMIMPIN GENERASI ~

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...