~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

Salamun'ala manittaba'alhuda

Bersempena dengan ketibaan 1 Muharam, seluruh kepimpinan SIGMA mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mahasiswa dan mahasiswi dengan harapan pertukaran tahun memberi kekuatan kepada kita untuk berhijrah menjadi lebih baik.. daripada "biasa" menjadi "luarbiasa", daripada "baik" menjadi "cemerlang" dan seterusnya. Firman Allah S.W.T :


"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu.” (QS Muhammad: 36)

Baru-baru ini berita harian memaparkan mengenai aktiviti sampingan segolongan pelajar IPT yang membabitkan diri mereka dengan pelacuran angkara kesempitan wang. Perkara ini seharusnya dibincangkan secara serius oleh pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Namun apa yang membimbangkan kami diperingkat SIGMA, kenyataan  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin  seolah-olah kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, sedangkan kuasa mutlaknya berada ditangan mereka. 

Menurut beliau , “Kementerian dan pihak universiti hanya boleh memberi khidmat kaunseling untuk mencari punca kenapa mereka terjebak dalam kegiatan pelacuran,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Teluk Intan yang bernilai bernilai RM15 juta (BH 2010/12/07).  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang mendakwa ada pelajar IPT di Sabah yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka seperti yang didakwa Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Dr Jaina Sintian, Khamis lalu. 

Dr Jaina mendedahkan beliau mendapat maklumat kebanyakan pelajar terbabit yang berasal dari pinggir dan luar bandar serta mempunyai masalah keluarga mengenakan bayaran RM100 hingga RM500 setiap pelanggan. 

Kenyataan beliau amatlah mengecewakan. Jika sekadar khidmat kaunseling, ramai lagi pihak yang boleh dirujuk dan kepakaran mereka melebihi KPT dan pihak pentadbiran universiti. Seharusnya jika masalah dasarnya adalah kewangan maka pihak KPT seharusnya cuba mengusulkan sumber-sumber kewangan yang boleh membantu mereka. Sebagai contoh isu PTPTN yang sehingga kini masih dipandang lesu oleh pihak kerajaan. 

Dari itu SIGMA menantikan respon balas daripada pihak berwajib untuk kita teliti kembali rawatan yang harus diberikan. Kami diperingkat SIGMA sendiri akan cuba menyelidik kembali apakah punca sebenar terjadinya perkara seperti ini. Dan kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan kebenaran sekiranya mendapati pihak berwajib cuba untuk merahsiakan realiti sebenar yang terjadi.

Tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan tidak bermakna SIGMA menyetujui perbuatan golongan pelajar tersebut yang menggunakan alasan "terpaksa" untuk mencari sumber pendapatan. Allah menyebut, manusia ramai sukakan kesegeraan dlm banyak perkara dunia, hingga melupakan tawaranNya yg jauh lebih besar di akhirat. Bagi yangg kurang iman, semua balasan kenikmatan di akhirat tidak mampu ditunggu, lalu mereka sanggup melakukan yg haram di dunia walau ia hanya hanya terlalu kecil berbanding ganjaran akhirat. 

Justeru SIGMA menyeru sahabat-sahabat yang masih lagi terlibat samada secara suka-suka atau terpaksa untuk kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat untuk kita berubah kerana Allah itu Maha Penerima Taubat. Bersempena dengan ketibaan satu muharam ini, ayuh hijrahkan diri menjadi lebih baik. Tinggalkan dosa semalam untuk kita raih kasih Tuhan hari ini.. 

~ WE LOVE YOU WE SUPPORT YOU.. WE TRUST YOU WE SUPPORT YOU... ~

 Salamun 'ala manittaba'al huda..

Nabi S.A.W menyebut “Wanita yang baik adalah tiang negara, jika ia baik maka baiklah negara dan jika ia rusak maka rusaklah negara”. Mengungatkan kepada kita bahawa wanita itu harus dijaga dan dilindungi. Tindakan pihak Bas RapidKL baru-baru ini sedikit sebanyak mungkin memberikan kelegaan kepada sesetengah wanita khususnya penumpang bas awam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.
Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).
Sekalipun statistik kadar gangguan seksual belum pernah dikeluarkan, pimpinan SIGMA percaya langkah ini merupakan langkah pencegahan yang baik untuk menyelamatkan kaum wanita.Justeru SIGMA GAMIS, menyokong penuh tindakan ini dengan harapan lebih banyak lagi organisasi pemilik bas awam mengikut langkah yang telah dimulakan pihak bas RapidKL tersebut.

Satu hadis menyebut “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sejarah telah mengingatkan kita begitu banyak kontribusi yang yang telah diberikan oleh kaum wanita kepada islam. Siapa tidak kenal Saidatina Khadijah, peneman Rasulullah disaat susah mahupun senang, Saidatina Aisyah yang terkenal dengan gedung ilmunya dan lain-lain lagi.

Dari  itu SIGMA mengharapkan lebih banyak langkah-langkah untuk menyelamatkan kaum wanita di Negara ini. Harapannya agar, tindakan RapidKL ini merupakan pencetus untuk lebih banyak lagi pelaksanaan daripada pihak kerajaan untuk melindungi kaum wanita disamping memaksimumkan sumbangan wanita kepada perkembangan dan pembangunan Negara.




SEMALAM

Islam tidak melarang kita untuk berhibur, namun banyaknya yang terjadi sekarang adalah salah guna terhadap hiburan itu sendiri.. Akibatnya melahirkan budaya hedonisme yang cukup untuk memusnah generasi kita hari ini. Firman Allah s.w.t:

وإذا رأوا تجارة أو لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين
(الجمعة آية  11
Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkanmu berdiri (ketika berkhutbah) katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki.

Kesimpulan: Di dalam ayat ini Allah Taala telah menggabungkan hiburan( اللهو ) dan perniagaan secara bersama. Allah Taala tidak mencela hiburan dan perniagaan tetapi ayat ini diturunkan untuk menegur tindakan para sahabat Nabi yang telah meninggalkan khutbah Rasulullah pada hari Jumaat semata-mata ingin menyambut kedatangan rombongan perniagaan yang baru tiba di Madinah di samping memukul gendang untuk memberitahu orang ramai kedatangan kafilah tersebut sehingga bilangan para sahabat yang tinggal di dalam masjid bagi mendengar khutbah Nabi hanya sekitar 12 orang sahaja.



Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kehadiran gay si Adam Lambert yang beraksi di stadium Bukit Jalil, amat mengecewakan bilamana bantahan demi bantahan yang dibuat tidak mendapat perhatian pihak yang sepatutnya, jangan kita hairan sekiranya selepas ini lahir beribu-ribu lagi kes gejala sosial kerana pemerintah hari ini sudah tidak mampu membendung kemasukan budaya-budaya barat yang ternyata sudah disebut didalam kitab sejarah yang lalu sebagai antara faktor kejatuhan tamadun mereka dahulu.







Tidak cukup dengan luka masyarakat dengan kehadiran Adam Lambert, apa yang telah dibuat oleh first lady Malaysia amatlah meremuk redamkan hati kita. “Islamic Fashion Festival” yang sepatutnya mengangkat martabat pakaian-pakaian islam telah menjadi sebaliknya. Selaku penaung bagi festival ini, Datin Rosmah seharusnya sedar, beliau mempunyai kuasa untuk merencanakan percaturan untuk festival ini. Amatlah menjadi kekesalan kita bilamana apa yang disebut didalam ucapannya tidak  diaplikasikan dengan sebaik mungkin. Disebut dengan jelas :

“The IFF main mission is to capitalise on fashion as a platform to bring together designers and fashion enthusiasts of different cultures, religious backgrounds and race. It is also aimed at making Muslims to accept Islamic wear with a varied choice of styles.”

“Muslim's population comprises one of the fastest growing consumer markets in the world, hence represent a major growth opportunity for businesses around the world including fashion. According to the prestigious Dubai French Fashion University Esmod, over half of the world's 1.6 billion Muslim populations are spending more than USD 120 or more a year on fashion and accessories. As a result, Islamic fashion is fast becoming a lucrative business. It was also reported that the current market for Islamic-inspired fashion has been estimated to be worth more than 96 billion US dollars a year. There is thus a huge market potential for Islamic apparels”

“Lastly, I hope everyone will enjoy the rest of the evening as we sit back and be inspired by the varied interpretations of Muslim fashion by the designers.”

Tiga petikan yang cukup menarik tetapi gagal untuk dilaksanakan. Takutlah kita dengan firman Allah, didalam surah assaf ayat 2 dan 3 disebut dengan jelas :

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

“wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Hari ini, Jangan kita berbicara soal keruntuhan akhlak anak remaja kalau tindakan kita mencerminkan apa yang kita hajatkan dan tak diselaraskan dengan matlamat Negara untuk melahirkan generasi yang bekualiti. Jangan kita sibuk mencari penawar kepada masalah generasi muda jika akar umbi sakitnya tidak dihapuskan.

Justeru itu saya dan seluruh kepimpinan SIGMA mendesak agar :

1)    1)  Permohonan maaf dibuat secara terbuka kepada masyarakat islam khususnya daripada penganjur kedua-dua program yang telah disebutkan diatas.

2)     2)  Sebarang program yang melibatkan agama haruslah mendapatkan pandangan atau khidmat nasihat dari ulama’ dan mufti-mufti.

3)    3)  Memandangkan festival fesyen tersebut melibatkan kementerian pelancongan maka kami menggesa agar sebarang program yang melibatkan kewangan kementerian haruslah dihebahkan didalam media.

Harus ditegaskan, kami tidaklah menolak sebarang penganjuran festival yang ingin dianjurkan namun ianya haruslah dipastikan selari dengan syariat yang telah ditetapkan. bahkan kami menyokong dan akan berusaha mempromosikan mana-mana festival islam yang berada diatas landasan syariat.

Memurnikan Gerakan, Memaknakan Mahasiswa


salamun'ala manittabal huda

~Siapa bilang gadis melayu tak menawan?~ siapa tidak pernah mendengar? bahkan tajuknya sahaja pastinya kita sangat familiar dengan lagu tersebut. 

Nampaknya gadis melayu kita hari ini betul-betul menawan, sungguh-sungguh memikat hati sampai tidak sedar diri mereka sudah dieksploitasi dengan semakmsimumnya. Lihat sahaja disana sini, perempuan dimana-mana. di televisyen, papan-papan iklan, bahkan andai tiada perempuan saya yakin akan sunyilah dunia ini. :) kerana itulah disebut, wanita itu perhiasan dunia, tanpanya dunia akan hilang seri, bahkan adam pun pernah turut terasa sunyi.

Sedar atau tidak kemajuan duniawi hari ini tidak selari dengan pertumbuhan dakwah islam. Industri hiburan makin maju, namun dakwah kita masih lagi berada ditahap yang sama. Ada kemajuan tetapi masih lagi tidak serancak medan hiburan. Tidak dapat dipastikan adakah fenomena ini terjadi kerana faktor politik, sosial ataupun pendakwah sendiri yang makin lesu. Saya tidak berniat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak, bahkan artikel ini ditulis atas dasar kesedaran bertitik tolak daripada ayat alquran yang selalu diperdengarkan kepada kita mengenai perlunya ada satu pihak yang berusaha untuk menyeru kepada kebaikan. Firman Allah 

                وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar , merekalah orang-orang yang beruntung
 (ali-imran:104)
 
kembali kepada perbincangan kita mengenai eksploitasi gadis melayu hari ini, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada tarbiyah islam yang  tidak mengongkong bahkan mengangkat martabat wanita itu kepada darjat yang lebih tinggi. 

Apa yang menjadi kebimbangan saya apabila hari ini kita berdepan dengan suasana "memaksimumkan keberuntungan daripada muslimat" (istilah yang selalu disalahfahamkan. Muslimat bukan bererti semata-mata satu entiti didalam PAS bahkan ia adalah istilah untuk wanita-wanita yang dilahirkan sebagai muslim. 
 
Justeru mahu ataupun tidak wanita-wanita bahkan puteri-puteri umno seharusnya tidak berasa jelik, bahkan bangga kerana dilahirkan sebagai satu kejadian yang namanya muslimat.)

Keberuntungan yang digunakan  tersebut bukanlah dalam suasana yang positif bahkan terjadi pada yang sebaliknya. Kita lihat sahaja hari ini, paparan iklan didada-dada akhbar, diinternet bahkan ditelevisyen cukup memalukan.
 
Bahkan kadang-kadang melihatnya sahaja menjadikan kita terfikir adakah kita (golongan muslimat) terlalu bersifat ~tidak mengapa?, apa nak buat?, kita tiada kuasa?~ lihat sahaja iklan-iklan pelansingan badan, yang ternyata secara jelas mengambil untung daripada golongan muslimat.

Nah, situasi apakah yang sedang berlaku sekarang? kerajaan hari ini sibuk mahu merawat penyakit gejala sosial,  sedangkan anak gadisnya tak dijaga dengan baik. Binalah 1000 pusat penjagaan bayi tidak diingini sekalipun, buatlah rancangan pencarian gadis melayu sekalipun, andai tiada kesedaran yang wujud dalam diri mereka maka tidak akan kemanalah anak gadis kita, bahkan dibimbangi akan terus tenggelam.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Al-Hasyr: 18
 
KETEGASAN HARUS DIBINA
 
Mahu tidak mahu sebelum kita berbicara soal strategi, hakikatnya pemikiran gadis muda harus dibentuk. peribadi yang sentiasa progresif, optimis dan semangat dalam mengejar apa yang dicita-citakan harus dipacakkan didalam diri mereka tanpa melepasi batasan syariat. 
 
Tiga tingkatan kaderisasi muslimat muda harus diselesaikan agar yang lahir itu dapat berfikir secara holistik. Proses pendoktrinisasi harus dimulakan dikuti dengan budaya berfikir seterusnya berfikir mendunia (berfikir secara luas dan lebih jauh) dengan tujuan bahawa generasi hari ini tidak bermain-main dalam menetukan hala tuju muslimat muda pada generasi yang akan datang.

Rasulullah Saw. bersabda,

        “Janganlah engkau menjadi orang yang suka mengikuti orang lain, apabila mereka menjadi  baik maka kamu juga menjadi baik dan apabila mereka buruk  kamu juga buruk. Tapi kamu harus memiliki pendirian, apabila mereka baik kamu menjadi baik dan apabila mereka buruk kamu tidak melakukannya”.

Maka saranan saya, reformulasi muslimat harus dilakukan, dengan  mengambilkira nilai anak muda khususnya muslimat harus dibangunkan. Kerja-kerja ini sudah semestinya sulit dan sangat rumit, hanya dengan kesabaran dan kesungguhanlah yang menjadikan kita akan terus bertahan dan terus melangkah. Apa yang penting disini adalah peningkatan kualiti diri agar muslimat muda kita terus mampu bertahan. Seperti mana yang disebut oleh Alfadhil Imam Hassan Albanna dalam risalah ta'lim :

“hendaklah kalian bersungguh-sungguh meningkatkan kapasiti dirimu, hingga tongkat kepemimpinan itu diserahkan pada kalian yang memiliki kualiti”. 

Setelah itu, biarkanlah masa depan yang akan menyaksikan usaha-usaha yang telah kita tunaikan; jika tidak di sini (di dunia ini), nanti di sana kelak (di akhirat sana) insyaAllah..
 


salamun'ala manittaba'al huda.

Sedar atau tidak hari ini kita berdepan dengan kegagalan pimpinan sedia ada baik dari parti pembangkang mahupun kerajaan untuk menilai kembali anak muda., samada dari sudut peranan, tahap mahupun potensi yang ada. Dan kesemua ini menjadikan anak muda yang ada hari ini seolah-olah satu entiti yang kewujudan mereka sekadar pelengkap kepada sistem masyarakat yang ada. 

Kegagalan ini menyebabkan golongan ini sebenarnya dimatikan tanpa sedar. Padah yang menanti, generasi yang akan datang bertambah-tambah kelemahan mereka. Sedangkan kita sering diingatkan dengan kata-kata “jika kamu ingin melihat pimpinan akan dating maka lihatlah pada generasi yang ada pada hari ini”. Justeru, mahu atau tidak, golongan muda seharusnya dipastikan mereka mempunyai nilai kerana mereka adalah aset Negara.

Bilamana kita tidak mengetahui nilai anak muda, maka kita akan gagal untuk mengetahui dimanakah tahap golongan ini baik dari sudut akhlak, pemikiran, akademik dan lain-lain. Kesemua ini sebenarnya amat berkait rapat dengan masalah-masalah yang timbul hari ini. Bayangkan berapa rendahnya nilai anak muda kita bila berlaku keruntuhan aklahk yang semakin hari semakin menggerunkan. Benarlah kata allahyarham Dato’ Fadzil Nor “seandainya kita boleh melihat iblis hari ini, nescaya kita kita akan melihat ia menangis lantaran jahatnya manusia hari ini melebihi kejahatan mereka”. Disana sini anak muda hanya disama ertikan dengan dadah, seks bebas, pembuangan anak luar nikah, hiburan yang melampau dan sebagainya.

Hari ini kita bercakap soal kepupusan pimpinan yang hebat. Persoalannya bagaimana kepimpinan yang sedia ada boleh dianggap hebat seandainya mereka gagal untuk menghasilkan generasi yang hebat? Jika soal ketiadaan pelapis ini terus digembar-gemburkan tanpa ada jalan alternatif yang dicadangkan, maka mulut-mulut yang berbicara soal ini seharusnya bersedia untuk bertanggungjawab tentang apa yang telah mereka usahakan. Maka sekali lagi, mahu atau tidak, penilaian terhadap anak muda harus diuruskan dahulu sebelum kita terus berbicara tentang episod kelahiran bakal pemimpin Negara yang tidak matang yang semestinya mengkucar-kacirkan Negara..

Pastinya kita selalu mendengar, “if you fail to plan then you plan to fail” . daripada sejarah kita belajar untuk bagaimana membangunkan sesebuah tamadun. Jika tidak kita akan terus berdepan dengan teori “history repeat itself”. Jika pimpinan sedia ada bersedia untuk melakukan transformasi yang ada pada Negara, maka kenapa aset Negara ini dianaktirikan?. Sekali lagi penilaian terhadap anak muda harus segera diatur untuk memastikan perancangan yang tepat dapat dilakukan. 

Saranan saya;

1) Kementerian belia seharusnya diasingkan daripada mana-mana kementerian termasuklah sukan demi memastikan golongan ini dapat diperhatikan pembangunan mereka baik dari sudut syakhsiah, minda, akademik, sosial mahupun sukan dan sebagainya.

2) Penilaian terhadap golongan muda harus disegerakan. Statistik sebenar harus dikeluarkan tanpa ada sebarang penyelewengan, agar semua pihak dapat bersatu- padu, serius untuk menilai seterusnya memikirkan perancangan yang terbaik untuk anak muda selaku agen perubahan ummah.

3) Pendokumentasian yang baik harus diaplikasikan seawal penilaian hinggalah kepada hasil yang didapati demi memastikan generasi akan datang tahu bagaimana mereka memulakan langkah. Ini kerana kita mendapati antara kelemahan sesebuah penilaian adalah pada pendokumentasian yang baik.

4) Akhir sekali setiap anak muda seharusnya “alert” dengan sebarang isu yang membabitkan golongan mereka tanpa mengenepikan isu-isu Negara yang ada. Sebagai contoh dalam RMK10 adakah soal pembangunan anak muda dispefikasikan dengan baik atau sebaliknya.








salamun'ala manittaba'al huda

SEMALAM 

Dulu-dulu saya pernah bercita-cita untuk menjadi menteri pembangunan wanita malaysia.. Dan kini, cita-cita itu masih ada, menjadikan saya cuba menjadikan diri ini, sentiasa upadate dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan hak-hak wanita dan sebagainya. 

Baru-baru ini, ketika Datuk Shahrizat melancarkan "baby hatch" atau pusat penjagaan bayi tidak diingini, saya sedikit bingung, apa sebenarnya yang cuba diterjemahkan oleh kKmenterian Kembangunan Wanita. 

Melihat kepada nama pusat itu sendiri menjadikan saya terfikir, apakah perasaan kanak-kanak yang bakal membesar dengan status sebagai "bayi yang tidak diingini"?, apa  rasanya membesar dipusat penjagaan bayi yang tidak diingini? padahal pada hakikatnya, mereka tidak pernah menginginkan dilahirkan sedemikian rupa.. apakah salah mereka sehingga mendapat gelaran sebegitu?.. ini yang harus difikirkan.

BABY HATCH

mahu tidak mahu, sebagai mahasiswa saya tidak rela menjadi golongan yang memberi pendapat secara membabi buta, justeru saya cuba untuk melakukan sedikit kajian dan mengadakan perbincangan bersama adik-adik smart group saya dan apa yang saya dapati hasilnya agak mengujakan.

SEJARAH BERMULA

Saya tidak pasti samada kerajaan melakukan penyelidikan ataupun tidak sebelum sistem ini diluluskan untuk diaplikasikan di Malaysia.. Kerana melalui pembacaan saya yang sedikit ini, sistem ini agak bermasalah. ok, mari kita lihat bagaimana sejarah baby hatch ini bermula;

sistem ini terlebih dahulu dikenali sebagai foundling wheel dimana ia menerangkan tentang sejenis alat yang diletakkan disatu tempat yang dikhususkan untuk ibu-ibu meletakkan bayi yang tidak diingini oleh mereka.

Alat ini berfungsi seperti dua buah bakul yang satunya diletakkan disebelah dalam pusat penjagaan dan satu lagi berada diluar, apabila bayi diletakkan didalam bakul tersebut, maka ia akan berputar dan digantikan dengan bakul yang kosong, bakul yang berisi bayi tadi akan bergerak ke dalam pusat tersebut dan penjaga yang bertugas akan mengambil bayi tersebut. Namun kini, dengan kemodenan yang ada, alat ini sudah dimodenkan, termasuklah disediakan alarm yang berbunyi apabila bayi diletakkan.

Berdasarkan rekod yang ditemui, sistem ini  mula digunakan di Milan pada abad ke 8, yang kemudiannya berkembang ke Eropah sehinggalah hari ini, ia menjejakkan kakinya ke Malaysia. Harus diingat ia diperkenalkan dengan meluas sebagai satu sistem pada 1198 oleh Pope Innocent III di Itali. 

Ia digunakan digereja dan merupakan sebagai salah satu langkah untuk mencegah pembunuhan bayi. Sistem ini digunakan dengan agak meluas pada zaman pertengahan sekitar abad ke 18 dan ke 19. Kini ia digunakan di merata negara termasuklah Jerman, Perancis, Ireland, dan sebagainya.

FAKTA YANG HARUS KITA KETAHUI

Selepas mencari kesan-kesan yang terhasil daripada penggunaan sistem ini, saya mendapati majoriti hospital atau pusat penjagaan yang dibina ini terpaksa ditutup selepas beberapa tahun akibat daripada jumlah bayi yang dibuang bertambah dengan mendadak hampir setiap tahun. 

Sebagai contoh, Jerman yang membuka pusat seperti ini pada tahun 1709 terpaksa mengambil langkah untuk menutupnya berikutan masalah kewangan, lambakan bayi dan sebagainya 5 tahun selepas itu (1714).

ULASAN 

Saya berpendapat, kaedah ini seolah-olah memberi keuntungan kepada kita namun disana ada beberapa masalah besar yang bakal terhasil daripada penubuhan pusat ini. Saya sama sekali  tidak menolak yang kewujudan sistem ini akan menyelamatkan bayi-bayi daripada dibunuh dan secara tidak langsung kita membantu pasangan yang mahu mengambil anak angkat, namun pada saya disamping penubuhan pusat ini, perlu ada satu penegasan daripada pihak kerajaan berhubung status ibu-bapa bagi kanak-kanak yang dibuang tersebut.

Saya sedang cuba untul memikirkan alternatif lain bagi menggantikan sistem ini, namun yang jelas sebaik-baik penyelesaian adalah kita kembali kepada syariat Allah. Mahu tidak mahu kerajaan seharusnya akur dengan masalah keruntuhan akhlak yang begitu dahsyat dan mengambil tindakan untuk mengaplikasikan undang-undang syariah secara berperingkat. 

Kerajaan juga harus memikirkan bagaimana dengan tindakan terhadap ibu-bapa yang tidak bertanggungjawab ini. 

Pada saya, sekiranya mereka terus dibiarkan, saya khuatir, jumlah kelahiran bayi luar nikah akan berganda-ganda. Pasangan tersebut akan berlepas tangan kerana sudah ada pihak yang ketiga yang mahu bertanggungjawab kepada bayi meraka, maka, mereka akan terus membuat dan membuat bayi yang lain. 

Disana ada pepatah cina yang berbunyi "berikan seseorang itu dengan ikan , dan dia akan kenyang untuk hari itu, ajarkan seseorang itu memancing dan dia akan kekenyangan untuk sepanjang hidupnya". 

Pepatah arab juga berbunyi, " الوقاية خير من العلاج" .  

Pendapat saya tindakan kerajaan sekarang lebih kepada usaha untuk mengubati bukan untuk mencegah. Tidak ada masalah untuk kita mengubati gejala ini, namun dalam masa yang sama, langkah pencegahan harus dipertingkatkan. Jangan dibiarkan anak-anak muda kita "kekenyangan" dengan "suapan" kita untuk hari ini sahaja, bahkan mereka perlu diajar untuk berdikari sepanjang hayat. 

KESIMPULAN

Sebagai konklusi, saya cuba simpulkan begini,

1) gunakan sistem ini untuk sasaran 5tahun bagi menyelamatkan bayi - bayi daripada dibunuh. Dan dalam masa yang sama, ibu-bapa terbabit harus dikenalpasti untuk usaha menyedarkan mereka.

2) satu sistem alternatif lain harus difikirkan untuk menggantikan sistem ini dengan dimasukkan elemen-elemen islam yang sememangnya terbukti  sebagai satu cara hidup yang terbaik.

3)kerajaan harus memikirkan bagaimana masa depan anak-anak yang "lahir" daripada pusat jagaan ini, tentang hak mereka, status dan sebagainya.

4)kerajaan harus mengfungsikan kembali media sebagai alat utama yang berperanan untuk mengembalikan kesedaran kepada masyarakat. Budaya hedonisme harus dikurangkan, hiburan haruslah berlandaskan islam, dan surat khabar-surat khabar harus bijak memberi pendedahan kepada massa apakah tindakan yang perlu dibuat, dan apakah hasil yang bakal terjadi seandainya perkara-perkara seperti ini berlaku. 





Salamun'ala manittabaal huda



kali ni saya cuba untuk menyelongkar  sedikit isu semasa . kebelakangan ini bermacam-macam peristiwa yang terjadi.. ada yang menyakitkan hati dan ada yang semacam merosakkan minda untuk seketika..

KES 1


kejadian kematian allahyarham adik syafia.. apa punya gila lelaki yang pijak kepala adik tu.. cuba mintak orang yang join the biggest losser asia (dengan berat badan sebelum join program nih) pijak kepala dan dada dia sekali.. apa pendapat korang? baru best kan? baru buku bertemu ruas kan?..beberapa persoalan yang saya rasa kita kena sama-sama fikirkan :

1) betapa institusi keluarga memainkan peranan penting.. ini bila dah jadi, keluarga siti nurhanim (ibu mangsa) salahkan abang mat (suspek), keluarga abang mat salahkan keluarga siti nurhanim, siap gaduh-gaduh di hospital.. dari situ mulalah terdedah aib-aib yang selama ini dilindung. 

surat khabar macam biasa dengan tagline mereka "cari siapa yang salah bukan punca masalah". JAIS pulak jadi silent bystanders sebab membisukan diri bila tidak mengambil apa-apa tindakan bila siti nurhanim didakwa mengandung anak luar nikah.. atleast JAIS kena keluarkan diri, betulkan yang tak betul dan "ubatkan" yang salah.. Polis macam biasa, "kami tak boleh keluarkan kenyataan lagi... bla bla bla" .

apa nak jadi ngan Malaysia kita ni? tengoklah TV1,TV2, TV3 (baca tv 3suku) bukalah surat khabar setiap hari,
MELAYU=DADAH+BUNUH+ROMPAK+DERA+(macam-macam yang tak ingin saya tulis)

apa kes? ya Allah takutnya.. sekali-sekali dengan saya jadi silent bystanders.. dah nak buat apa pun tak boleh.. mahasiswa ada AUKU, rakyat ada ISA yang menanti didepan.. last-last kita tunggu najib bom satu malaysia.. haha

KES2



israel laknatullah serang misi bantuan ke gaza.. tak tahulah semua tahu ke tak. tapi siapa yang tak tahu itu memang patut dihantar ke sempadan israel sahaja.. kalau yang tidak dapat membaca atau tiada alat komunikasi tu tak apalah (contohnya orang kat dalam gua niah ke apa... 

hmm tapi sekarang kan dah ada 3G, orang gua niah pun tahu apa yang jadi diluar agaknya, haha)  tapi yang paling saya tak boleh tahan, bila satu pihak memohon untuk mengadakan solat hajat untuk wakil misi bantuan, seorang kakitangan satu masjid dengan selamba menjawab "tak perlu sembahyang hajat, diorang dah selamat, kalau mati pun syahid" mak aih, mulut.. apa korang nak buat dengan orang camni? (dahla tak bagi buat, siap cakap macam tu pulak..)  

siapa yang jadi silent bystanders? kitalah.. yang tak mampu nak buat apa.. orang ajak ke demonstrasi taknak, suruh solat hajat taknak, suruh doa taknak.. agaknya nak tunggu Najib keluarkan fatwa "solat hajat untuk palestin itu halal" macammana dia halalkan judi bola? hahaha

KES 3



macam biasa.. musim bola sudah tiba, kena pulak kali ini judi bola sudah dihalalkan, apa lagi, melalak seronoklah taukey-taukey judi. tahukah awang adek tu judi tu haram? kaedah fiqh ajar:

"ما أدى إلى الحرام فهو حرام "
"التحايل على الحرام حرام "

ni dua kaedah yang ajar apa yang haram tu haram.. tiada lagi tipu helah.. sebutlah pertaruhan ke, pertandingan ke atau apa-apa yang "per per" tu semuanya haram kalau hukum asalnya haram.. (muhasabah untuk diri jugak ni) (T_T)

isu judi bola dah sejuk dah.. (baca disejukkan oleh kerajaan).. mufti, tokoh agama yang sebelum ni lantang sangat sebut politik dalam masjid tak boleh terus senyap. macam tikus nampak kucing.. bukan main berani lagi.. ingatkah mereka itu ? 

perjuangan yang paling hebat adalah "berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim?" ataupun mereka fikir kerajaan sekarang tak zalim? kang kalau keluarkan fatwa, kerajaan pulak dizalimi? bila kerajaan dizalimi, habislah, mereka akan disumpah dan dibuang kerja.. hahaha

saya buat begini kerana saya sedih dengan diri.. hanya jadi silent bystanders yang tak punya apa-apa.. nak melawan tiada kuasa, hanya mampu melampirkan bantahan melalui artikel sebegini rupa..

maaflah artikel kali ini agak sempoi.. sekali sekala rasa macam ada kepuasan.buat artikel dengan tujuan nak peringat diri sendiri.. harap-harap diri ni ambik perhatian atas apa yang disebut diatas... amin..



salamun'ala manittaba'alhuda

=) saya kira sudah agak lama saya meninggalkan cinta saya.. cinta pada penulisan berunsurkan tamadun secara keseluruhannya.. saya cuba untuk menulis dalam bentuk yang paling santai, mudah-mudahan Allah permudahkan pembacaan orang yang membaca coretan semula sejarah yang pernah dilakarkan oleh generasi yang terdahulu..

dahulu saya pernah dikritik dan saat itu ia menyebabkan saya sedikit gusar untuk kembali menulis, katanya " penulisan kamu sangat berat, menjadikan saya mahu muntah sesudah membaca.." aduh, siapa saya untuk membalas kembali apa yang diperkatakan oleh sahabat tersebut.. mungkin ada betulnya, justeru kali ini saya cuba untuk kembali menulis. 

EPISOD YANG PANJANG

sedar atau tidak Mei sudah berlalu, membawa kita melalui hari-hari dengan satu torehan sejarah yang sudah dijanjikan sejak dari zaman Nabi S.A.W lagi, hari ini kita sudah melepasi hari terbebasnya kota kostantinople ditangan sultan muhammad al fateh, anda boleh merasai keghairahan untuk mengorek rahsia siapa sebenarnya Al fateh ini dengan membaca blog ust syaari

saya tidaklah sehebat beliau yang mampu mengupas dengan sedalam-dalamnya mengenai pembebasan ini, sekadar mahu mencetuskan kesedaran dengan sedikit perkongsian melalui pembacaan yang tidak seberapa.

GAGAHNYA GENERASI SILAM

penaklukan itu menuntut masa yang terlalu panjang.. bayangkan 8 abad menunggu gong kemenangan yang dipalu oleh rasulullah s.a.w, cukup untuk mengkhabarkan kepada kita bahawa perlunya ada disana sifat optimis memandang masa depan walaupun saat berada dalam kesulitan dan apa yang dipertontonkan oleh Rasulullah melalui peristiwa ini cukup untuk menjadi inspirasi bagi sesebuah gerakan islam untuk mematangkan perencanaan dan konstisten dengan perencanaan tersebut.. 

disebut oleh hussain dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam ahmad yang terdapat didalam "almustadrak" dan dibeberapa tempat, disahihkan oleh Alhakim dan Az Zahabi dan disepakati oleh Al Baniy dalam "alhadis as sahihah 1/8" menceritakan bagaimana canangan Rasulullah S.A.W itu berjaya menitipkan semangat yang tidak berbelah bagi dihati kaum muslimin sehinggalah akhirnya masing-masing tanpa penat, lelah dan jemu terus mencuba untuk membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda.

Dari Abu Qubail, ia berkata: “Kami pernah berada di sisi Abdullah bin Amr bin al-Ash, ketika ditanya: “Yang manakah diantara dua kota yang akan ditakluk terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom?” , kemudian Abdullah meminta kotak kitabnya yang masih tertutup. 

Abu Qubail berkata: “Kemudian ia mengeluarkan sebuah kitab daripadanya. Lalu Abdullah berkata: ‘Ketika kami sedang menulis di sekeliling Rasulullah SAW tiba-tiba beliau ditanya: ‘Yang manakah diantara dua kota yang akan ditakluk terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom?” Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: “Kota Heraklius akan ditawan terlebih dahulu, yakni Konstantinopel.”

MENELUSURI MEMORI ITU

Bukan sedikit darah yang ditumpahkan, bukan sedikit tubuh yang rebah kerananya, demi membuktikan bahawasa Nabi Muhammad S.A.W itu benar, sahabat-sahabat bersedia untuk membayar harga yang cukup mahal. 

Perjalanan direntasi dengan perang Mu'tah, perang tTbuk, melalui zaman Saidina Uthman, Muawiyah, khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sehinggalah tentera muslimin diundurkan seketika sewaktu pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz daripada pengepungan konstantinopel atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. 

perjuangan diteruskan oleh Sultan Murad I, Murad II, sehinggalah akhirnya berjaya ditunaikan oleh pemuda yang digelar Alfateh ini. direalisasikan sudah kalam nabi yang satu itu,ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR WALILLAHIL HAMD

HARGA KEPEMUDAAN 

saat ini kita masih menantikan tertawannya kota rom (itali) seperti yang dijanjikan.. ditangan tentera bertuah manakah bakal tercetusnya sejarah islam yang baru? persoalannya dengan realiti dan hakikatnya anak muda hari ini, mampukah kita berusaha menjadikan sabda Nabi itu satu kebenaran?

Sikap optimis harus diteruskan namun andai generasi muda hari ini terus dijamu kekenyangan dengan budaya hedonisme yang melampau dan sebagainya, maka bayangan apakah yang bakal bertamu dipemikiran kita? 



generasi muda adalah generasi penentu.. ini ternyata turut disebut oleh Allah s.w.t didalam surah alkahfi 
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آَمَنُوا بِرَبِّهِمْ
وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
 
mereka adalah anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan hidayah untuk mereka.
(Alkahfi :13)

Masa muda bukanlah semata-mata untuk mencari persediaan materialistik untuk jaminan dihari tua, bahkan masa muda adalah masa yang cukup istimewa, antaranya 

1) Masa yang penuh keberanian.. kerana itu, lihat sahaja hari ini, berapa ramai mat rempit yang berani mati kerana jiwa muda? jarang sekali ada disana atuk-atuk rempit  yang cuba untuk mempertahan kan kepemudaan mereka. Nah, andai jiwa muda ini disalurkan untuk usaha yang lebih produktif  dan menegakkan keadilan untuk islam, maka tidak mustahil sejarah kegemilangan islam yang lalu mampu diulang untuk kali yang kesekiannya

2) Masa yang paling efektif untuk menabung amal untuk bekalan di hari tua.. disebut didalam satu hadis 

شبابك قبل هرمك
masa muda sebelum masa tuamu

3) Masa muda adalah masa yang paling kuat secara fizikal mahupun psikologinya.. 
4) Masa muda adalah masa yang subur dan kaya dengan idealisme. lihat sahaja berapa banyak sejarah yang dilakarkan oleh anak muda? antaranya tercetus reformasi 1998, sumpah pemuda dan sebagainya yang mana rentak dan gelombangnya adalah berpunca daripada anak muda.

Maka kerana itu, apabila hari ini kita berbicara tentang negara yang baik maka haruslah jangan dilupa pada kondisi anak muda kita. Kerana kehancuran secara spiritual sudah cukup untuk melahirkan kegerunan dihati untuk membayangkan bagaimana masa depan kita nanti..

Kerana itu atas dasar saya juga adalah anak muda, saya mahu kita sama-sama bergandingan tangan saling membahu ke arah memimpin bangsa, agama dan negara menuju matlamat yang satu iaitu menjadikan islam kembali dijulang tinggi. ALLAHUAKBAR!

~BANGUN ANAK MUDA MEMIMPIN GENERASI ~


salamun'ala manittaba'al huda

hamdan laka ya Allah, lewat malam ini saya mampu menggerakkan jari bagi menaip keyboard komputer yang semakin lama makin menjadikan saya seolah-olah orang asing dalam dunia penulisan..

MEMAKNAKAN SISA HIDUP SEBAGAI HAMBA

hari demi sehari, masa semakin pantas berlalu. dalam tidak sedar hidup ini seolah -olah mendesak kita memilih pilihan yang kadangkala bukan kehendak kita.. pernah sahabat saya berkata, "g-ah, saya memilih untuk tidak memilih apa-apa pilihan", wah tertarik betul saya dengan kenyataan beliau, indah pada susunan ayat tetapi bukan pada maknanya.. 

saya hanya senyum sambil berkata " suka atau tidak, hidup ini secara semula jadi telah menjadikan kita harus memilih. nak hidup atau mati? nak makan atau lapar? nak bekerja atau tidak? nak syurga atau neraka? nah, inilah kehidupan.. 

sentiasa ada pilihan yang harus dibuat, dan setiap pilihan itu adalah pilihan kita.. mahu berkeluarga pun harus ada pilihan bukan?, isteri yang bagaimana yang kita mahukan? suami yang bagaimana kita idamkan? hatta didalam al-quran sekalipun Allah berfirman :

"maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan # sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu) # dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" 
(as-syams:8-10)

saya bukanlah seorang pemidato yang petah dalam berbicara, saya juga bukanlah seperti Tuan Guru Nik Aziz yang hebat dengan ilmunya, apatahlagi seperti ustaz hasrizal yang kaya dengan pengalamannya, namun saya cuba memilih untuk berkongsi apa sahaja yang saya ada dengan anda. 

MEMAKNAKAN SISA SAAT TERAKHIR SEBAGAI AHLI GERAKAN

sedar tidak sedar masa untuk saya berada dikampus hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.. selepas ini saya harus bersedia dengan alam lain yang belum menjamin peluang untuk saya menyumbang secara langsung kepada gerakan islam.. 

saya selalu berpesan pada diri, "buat sehabis daya, sehabis baik untuk memastikan legasi dan generasi dibawah mendapat hak mereka untuk mengambil alih tugasan dengan semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. saya tidak mahu kerana kegagalan saya dan sahabat-sahabat yang lain mematikan nadi perjuangan islam ini (wal'iyazubillah). jadi mahu tidak mahu, amanah yang cukup berat ini harus dijaga sebaik mungkin untuk diperturunkan dengan sebaiknya.

"dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah dibelakang mereka yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan)nya. oleh sebab itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar"
(annisa':9)


MEMAKNAKAN SEJARAH SEBAGAI BEKALAN PERJUANGAN

melihat sahaja generasi hari ini, saya sangat yakin kalian yang  ketika ini sedang membaca sudah tersesak nafas.. dengan kuasa hiburan yang makin melampaunya, teknologi terkini yang banyaknya disalahgunakan, dan yang makin menyakitkan hati bilamana pemerintah mengambil sikap mencabulkan lagi akhlak anak muda kita hari ini menjadikan suasana hari ini haru biru dimana-mana sahaja.. 

ahli politik sibuk dengan politiknya, ahli pendidikan sibuk dengan periuk nasinya, ahli ekonomi sibuk dengan debit dan kreditnya, maka siapa lagi yang mahu membuka mata membimbing generasi akan datang? pada siapakah lagi yang kita mahu bergantung harap? astaghfirullah... ya Allah, sedarkan kami yang buta dalam penglihatan yang kau berikan..

semak sahaja bagaimana hebatnya sahabat-sahabat terdahulu, berjuang dan terus berjuang demi memastikan anak-anak dibawah mereka dipertahankan aqidahnya.. 

selak semula sirah ashabul ukhdud. rujuk sahaja surah alburuj ayat 1-16, diceritakan secara langsung bagaimana kisah kemurnian iman satu golongan manusia yang rela dibakar demi mempertahankan aqidah mereka daripada diinjak-injak oleh musuh.

mahu tidak mahu, suka atau tidak, kita harus mengakui, nilai yang paling berharga dineraca Allah adalah aqidah dan sesuatu yang paling laris dipasaran Allah adalah iman.. 

pesan said qutb didalam bukunya "ma'alim fit thoriq"- petunjuk sepanjang zaman; 

"kita masih sahaja dapat menyaksikan usaha menyelewengkan panji-panji perjuangan yang dilakukan oleh gerakan kristian antarabangsa dengan motif memesungkan pandangan kita mengenai hakikat perjuangan dan dengan tujuan memutarbelitkan fakta sejarah. mereka berusaha memberi gambaran kepada kita, bahawa perang salib yang berlaku ratusan tahun antara ummat islam dan kritian itu adalah kononnya merupakan tirai kepada penjajahan barat.. bukan demikian, sebab hakikat yang sebenarnya ialah penjajahan baratlah yang merupakan tirai  dan pelindung kepada ruh perang salib uang sekarang ini tidak berdaya lagi membuka dadanya seperti yang berlaku di abad-abad pertengahan dahulu; kerana ruh perang salib itu sudah hancur berkecai dihentak oleh batu pejal aqidah islamiah dibawah pimpinan orang-orang islam yang berasal dari berbagai-bagai keturunan..diantara pemimpin-pemimpin itu ialah : salahudin al ayyubi berketurunan kurdi, Tauran Syah keturunan mamluk yang telah meleburkan fahaman dan perkauman masing-masing dan memegang teguh aqidahnya.. lalu beroleh kejayaan dibawah panji-panji aqidah " 
(petunjuk sepanjang zaman:197)

persoalannya adakah kita generasi muda hari ini sekadar bertepuk tangan dengan kehebatan mereka yang terdahulu? bangga dengan Salahudin Al ayyubi? mendabik dada dengan Sultan Muhammad Alfateh? mendongak ke atas dengan pengiktirafan ke atas assyahid Hassan Albanna? ayuh renungi pepatah arab ":

ليس الفتى من قال هذا أبي ولكن الفتى من قال هذا أنا
bukanlah seorang pemuda jika dia itu bangun berbangga diri dengan mengatakan inilah bapakku tetapi seorang pemuda itu adalah dia yang bangun dan mengatakan inilah aku..

 

salamun'ala manittabalhuda

SETIA SEORANG ISTERI?? 

sengaja saya pilih tajuk ini.. memandangkan ramai kawan-kawan saya yang sudah menjadi isteri, maka dikesempatan ini saya ucapkan tahniah kepada puan nabilah, kak tasnim, adik husna, maziyah, yati, kak nadiah, nik dan semua yang baru berada dalam kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya..(fuh ramainya nak sebut kat sini.. maaf tak dapat hadir ke kenduri antunna sebelum ni..) (^_~)

setia? bukan ekslusif hanya untuk yang bergelar pasangan. "aku dan engkau saling setia" "seiring dan sejalan" dan sebagainya. masih saya ingat lagi seorang guru saya di sekolah dahulu pernah berpesan "hampa jangan dok percaya sangat ngan laki hampa esok-esok. orang laki ni serupa ja.. saya percaya kat laki saya secamca ja.. yang lain tu baik berjaga-jaga" haha.. ada jugak yang macam ini.. 

untuk membentuk organisasi yang baik, membina rumah tangga yang harmoni (cewah macam dah kawin.. tapi betul la kan?(^_~), tidak dapat tidak elemen setia itu harus wujud.. namun hari ini unsur ini makin pudar dalam diri generasi baru. kes cerai disana sini, pecah amanah makin berleluasa dan sebagainya.. situasi yang berbeza dengan orang-orang tua yang terdahulu.. kahwin berpuluh-puluh tahun, walaupun ada perbalahan, namun masih terikat dengan kesetiaan pada pasangan masing-masing. nampak atau tidak? keruntuhan nilai kesetian sudah makin membarah dalam masyarakat kita.

SETIA LANDASAN DAKWAH ISLAM..

ok, sekarang baru masuk topik.. sedar atau tidak, tertegaknya islam di atas ikatan janji setia nabi s.a.w dengan orang-orang yang mempercayai baginda. ia tidak boelh dimungkiri dan di ingkari. bukan hanya melibatkan hanya golongan muslimin bahkan muslimat juga diambil janji setia mereka. 


 "Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan  berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara kaki dan tangan mereka, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(al mumtahinah :12)

CINTA DAN SETIA


cinta dan setia saling bergabung dalam makna yang sama. didalamnya ada unsur-unsur saling membantu, saling menolong serta disana ada erti dengan pengorbanan. kesemua ini membawa kepada penyatuan hati dan jasad dalam memaknakan erti sebuah kesetiaan. 

selaku daie, tidak kira saya, anda, mereka ataupun siap-siapa sahaja yang sedar bahawa diri mereka adalah seorang pendakwah seharusnya mengetahui betapa setia ini memainkan peranan yang tersangat penting.

KESETIAAN YANG BAGAIMANA?

merujuk kepada karya syeikh muhammad abduh didalam karyanya maza yakni intima' lid dakwah ataupun sekarang ini telah disediakan terjemahannya yang berjudul "memperbaharui komitmen dakwah", disebut  antara bentuk kesetiaan terhadap dakwah adalah dengan :

1) merealisasikan makna ukhwah dan setia memenuhi segala hak-hak disana.
2)percaya penuh dengan pemimpin dan taat dengan perintahnya 
3) sanggup menunaikan tugas dan beban yang diberikan samada dalam keadaan susah mahupun senang
4)memberi komitmen dan aturan denga tatatertib yang ditentukan oleh dakwah.
5)percaya penuh dengan manhaj yang dibawakan oleh islam.

justeru ayuh sama-sama kita memperbaharui janji setia kita dengan Tuan yang punya dunia ini mudah-mudahan disana ada keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t

siiru 'ala barakatillah..

p/s: dalam usaha membangunkan satu lagi blog berbahasa inggeris ~real people real success~.. jemput kunjungi.. (walapun tak mahir berbahasa inggeris..(^_~) )

salamun'ala manittaba'al huda

SEMALAM

alhamdulillah, kesibukan saya kini makin berkurangan, hmm masih terfikir mampukah saya meneruskan perjuangan untuk menggerakkan jari untuk istiqamah dalam menulis? kekadang bila melihat sahabat-sahabat lain mampu untuk update blog menjadikan saya amat iri hati.. (T_T) huhu ada kemahuan tapi belum cukup kekekuatan untuk membentuk kemampuan.. agaknya coretan yang sebelum ini hanya sekadar tulisan orang yang malas berfikir.. (huhu kenapa la jadi macam ni g-ah??? try to be better than now ok!!)

HARI INI

sekarang saya agak bersemangat untuk menghabiskan buku "i walked the dollar" karya dr. saiful bahri. wah sungguh menarik.. tulisan tentang the real people, the real success.. sedikit perkongsian dari buku ini, kata dr saiful:

"to keep myself motivated i created a new middle name... CASH, because in order to get cash i needed to adopt the following attributes :

C = Commitment & Candour
A = Aim & Attitude
S = Self Discipline & Strategy

H = Hunger for Success & Security



anda dapat apa yang saya dapat?. pandangan saya sekalipun kita tidak berada di dalam dunia perniagaan, konsep yang beliau utarakan ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dilapangan mana pun kita berada... sebagai ahli gerakan, saya berpendapat prinsip CASH ini sangat patut dilebarluaskan... BACA-FAHAM-dan BERTINDAK.. kata Zanab Yang:

"dont sit back and receive, step out and achieve"

anak muda perlu keluar dari keselesaan yang sedia ada.. perlu bersedia untuk bergandingan bahu dan bangun untuk membangkitkan kembali nilai-nilai didalam masyarakat yang makin terpadam.. tahukah anda jatuhnya tamadun-tamadun terdahulu seperti contoh turki adalah kerana kejatuhan nilai-nilai masyarakat, dan hari ini Amerika sedang menuju ke arah itu. bagaimana pula dengan Malaysia? itu saya serahkan pada anda, "hang pikiaq la sendiri"..


YOUNG GENERATION SHOULD POSSESS A STRONG WILL POWER, ENERGY & DESIRE TO SUCCESS...

wow macam hebat saja bunyinya.. memang hebat pun, tapi sangaaaaaat (bahasa apakah ini? =)) susah untuk dibentuk.. nak memiliki kemahuan yang kuat? bukan senang.. tapi samada suka atau tidak ini yang perlu dimiliki.. sebab kita tidak tahu takdir apa yang telah ditulis Allah tapi kita mampu ubah kehidupan kita sekarang.. firman Allah (ayat yang selalu orang baca..)

إن الله لايغير مابقوم حتى يغيروا مابأنفسهم
(ar-ra'du:11)

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya.."

tak cukup lagi?? hmm kata william jennings bryan :

"destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved"


SEJARAH MASA DEPAN ISLAM.....

anda bimbang atau tidak bila berhadapan dengan situasi islam hari ini? sedar atau tidak kita sekarang sedang berhadapan dengan TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEJARAH MASA DEPAN UMMAT ISLAM.. ia menuntut daripada kita iman dan iradah (kehendak) yang kukuh untuk menampung kekosongan yang telah dilompangkan oleh musuh-musuh islam..

tergamakkah kita hari ini mahu melihat kelompangan besar ini di isi dengan rancangan-rancangan Kremlin dari Rusia? pemikiran Mark, Lenins, prinsip-prinsip Jipara ataupun Ho Chi Minh??

saya tidak mengatakan kita harus mengenepikan prinsip-prinsip mereka ini.. ia HARUS DIPELAJARI tetapi BUKAN UNTUK DIPASAKKAN. kerana apa? kerana saya amat percaya, sejarah pemikiran yang dilakarkan oleh mereka harus kita dikaji dan digunakan untuk kebaikan ummat islam. namun harus di ingat semua ini MEMERLUKAN ASAS PEMIKIRAN ISLAM YANG JITU..

saya agak berbangga bilamana melihat generasi dibawah saya yang agak advance bila berbicara soal-soal falsafah pemikiran barat,seolah-olah sudah ada perkembangan dari sudut pemikiran anak muda hari ini, namun KEGUSARAN saya lebih besar bilamana persoalan-persoalan asas tidak mampu dijawab dengan baik.

sebagai contoh mereka mampu untuk berbicara soal John Dewey, Arnold Tonybee dan sebagainya.. seolah-olah pemikiran barat itu sudah dihadam dengan baik sedangkan persoalan-persoalan asas dan dasar mengenai arahtuju gerakan islam, asas-asas gerakan dan sebagainya tidak mampu dihuraikan dengan baik.

saya amat meraikan perkembangan yang berlaku ini, namun dalam masa yang sama gerakan untuk memperkuatkan asas harus diseimbangkan..

akhirnya memetik petikan ayat daripada surah al hajj: 78, firman Allah :

P/S : BACA DENGAN MATA HATI...

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

"dan berjuanglah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu, dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan, (ikutilah) agama orang tuamu ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim, dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu, dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pula pada tali Allah, Dia adalah pelindung, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."

rujuk tafseer ibnu kasir disini.. http://www.iid-alraid.de/EnOfQuran/Tafseer/TafseerBooks/kathir/kathir341.htm

AYUH SAHABAT-SAHABAT YANG SEAKIDAH DENGAN SAYA!!!!

- KITA TIDAK DILAHIRKAN DENGAN MEMILIH ISLAM SEBAGAI HOBI, ATAUPUN KERANA KITA MEMANG TELAH SEMULAJADI DILAHIRKAN SEBAGAI MUSLIM..

TETAPI, KITA HARUS MENDEPANI HAKIKAT KITA BAHAWA KITA SEHARUSNYA FAHAM DENGAN TUNTUTAN UNTUK MENGGABUNGKAN DIRI DENGAN ISLAM..

KITALAH MANUSIA YANG DIPILIH OLEH ALLAH UNTUK MENYAMBUNG RANTAIAN DAKWAH YANG DISEMAI OLEH RASULULLAH.. MAHU ATAU TIDAK??? TEPUK DADA TANYA IMAN..

alfaqir ilallah...
~mukmin mujahid~

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...