~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


salamun'ala manittaba'alhuda

Kisah Semalam


semalam adalah hari terakhir anak-anak murid saya menghadapi peperiksaan akhir tahun. (jadi teacher matematik, bahasa inggeris dan sains... hmm padahal takhassus bahasa arab..=) ) esok giliran saya pula menyambung perjuangan di medan peperiksaan. saya agak gusar bila berbicara mengenai akademik.

bimbang kerana tidak mampu menjadi qudwah terbaik buat adik-adik dibawah saya. mudah-mudahan Allah memudahkan urusan urusan kita semua. agak lucu semalam ketika mana wajah saya yang agak kebimbangan dengan peperiksaan yang bakal berlangsung, diubati dengan nyanyian dan tarian ala-ala micheal jackson oleh anak-anak murid saya. si adik menyanyi manakala si abang menari.

please please please
jangan bimbang-bimbang
please please please
kita ada tuhan
please please please
i.allah ada kesenangan

lagunya direka sendiri..aduh hati mana yang boleh tahan melihat kanak-kanak ribena ini menari dihadapan. tergelak besar saya. sambil dalam hati berkata : kanak-kanak pun tahu dalam kebimbangan kita jangan dilupa Tuhan itu masih ada..

HARI INI

seorang teman bertanya pada saya. kenapa dah lama tak menulis pasal tarbiyah. lalu jawapan saya padanya hanyalah senyuman. saya katakan, saya sedang mentarbiyah diri melalui penulisan. tarbiyah bukan hanya berkisar kisah-kisah usrah, tamrin dan sebagainya. bahkan tarbiyah lebih besar daripada itu. berjiwa besarlah dengan tarbiyah. ia adalah nukleus dalam perjalanan kita.

pengalaman saya beralih mentaliti kepada pengurusan tarbiyah daripada jiwa siyasah memberikan makna yang cukup besar dalam kehidupan saya hari ini. harus bermula dengan saya katakan zero pendedahan saya terhadap dunia tarbiyah memberikan satu cabaran yang cukup besar. 3 tahun bergelumang dengan dunia siyasah menjadikan saya lebih mengetahui selok belok dunia itu berbanding dengan tarbiyah.

hari ini saya masih terfikir dimana agaknya kekuatan yang saya dapat untuk mengharungi semua itu? dunia tarbiyah saya kini membawa saya pergi lebih jauh daripada sangkaan saya sebelum ini. persepsi saya mengenai tarbiyah yang cukup dangkal satu ketika dahulu berubah sama sekali bila mana saya terlibat secara langsung.

KUASA TARBIYAH

teringat saya satu ketika saya benar-benar berada dalam situasi yang "hanya Tuhan yang tahu". tekanan daripada sahabat-sahabat seperjuangan dan juga tekanan daripada mad'u yang terpaksa saya dekati kerana keperluan untuk saya berada disitu. kuasa tarbiyah menjadikan airmata saya kurang menitis. sekalipun terpaksa menjauhi teman-teman, bersembunyi-sembunyi mengikuti kuliyyah-kuliyyah santapan rohani dan hujung minggu yang terpaksa ke pelbagai tempat.. ini semua pada saya kerana TARBIYAH.

pernah saya diasak dengan sms-sms yang mengatakan saya mengalami masalah fikrah menyebabkan satu ketika saya hampir putus asa dengan tingkah laku sahabat-sahabat seperjuangan. namun saya tidak salahkan mereka. "they are not in my shoes" dan hari ini pengalaman lalu mengajar saya agar lebih berhati-hati dalam bersahabat. saya tidak memilih untuk bersahabat. semua orang adalah sahabat saya. baik daripada yang tidak bertudung hatta ke yang berniqab semuanya adalah sahabat. tidak ada beza pada saya. semua kita adalah sama. berkongsi "title" hamba kepada Yang Maha Kuasa. cuma yang membezakan kita hanyalah taqwa sahaja.

namun kecenderungan saya secara peribadi adalah pada mereka-mereka yang tidak bertudung dan tidak mempunyai asas dengan islam. saya tidak kisah untuk keluar bersiar-siar dengan sekumpulan sahabat yang tidak bertudung mahupun bertudung pendek. saya mahu sebarluaskan keindahan islam itu sendiri. saya tidak mahu perjuangan islam ini hanya berlegar dikalangan orang yang bertudung labuh dan sudah sedia memiliki kefahaman tentang islam. itu matlamat saya.

saya bercita-cita suatu hari nanti, saya boleh berdiri dengan dikiri dan kanan saya srikandi-srikandi yang asalnya tidak memahami apa-apa tetapi kerana difahamkan mereka boleh berdiri bahkan lebih tinggi daripada saya. saya mahu turut sama menjadi pemula langkah dan rentak mereka untuk memperjuangkan islam nanti..

pada saya aura tarbiyah dan dakwah itu ada pada "our action". pernah saya berselisih dengan bekas "roomate" yang hanya bersinglet disebuah shopping complex, tanpa malu dan segan saya tegur dan bersalam dengan memeluknya atas nilai persaudaraan islam. hari ini ternyata dia masih mengingati saya sekalipun dia berada jauh dari mata saya. masih mahu berbicara soal solat dan puasa. pada saya itu kuasa tarbiyah. selebihnya saya serahkan pada Allah. kerana Dia yang memegang hati-hati kita.


hingga ke saat ini saya masih gusar dimana kaki saya bakal berpijak kerana masa depan kita adalah rahsiaNya. hari ini berkobar-kobar dimedan juang, esok belum tentu sama semangatnya. hanya doa yang boleh dipohon. saya doakan diri saya dan anda yang sedang membaca akan terus tsabat dijalanNya

IBADAH ITU NIKMAT

seandainya kita menyedari dalam kehidupan seharian kita seringkali terjadi dialog-dialog syahdu antara kita dengan Yang Menciptakan Cinta. kita boleh memilih untuk mengaturkan pertemuan denganNya samada dilewat malam atau sekadar mengharungi perjumpaan-perjumpaan biasa.

seringkali kemanisan spiritual itu jarang dicapai oleh kita. solat misalnya. seringkali terjadi satu perbuatan tanpa ruh. kegiatan fizikal tanpa disertai oleh partipasi dari hati. padahal semua kita tahu hati adalah titik "central" yang menentukan kualiti ibadah solat. solat tanpa khusyuk sia-sia dan sedekah tanpa ikhlas pun tidak berguna..
saya paling tersentuh bila membaca hadis ini (saya letakkan mafhum sahaja):


" Aku sesuai dengan keyakinan hamba-Ku terhadap-KU. Aku juga bersamanya jika dia menyebut-Ku. Jika dia menyebut-KU didalam dirinya, maka Aku pun akan menyebutnya didalam diri-Ku. Jika dia menyebut-Ku disuatu tempat, maka Aku akan menyebutnya di tempat yang lebih baik darinya. jika dia mendekati-Ku satu jengkal, Aku akan mendekatinya satu lengan, jika dia mendekati-Ku satu lengan, Aku akan mendekatinya satu depa, dan jika dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan perjalanan yang cepat." (HR bukhari, muslim dan imam ahmad)

bacalah hadis dia atas dengan penuh ketulusan, anda pasti merasakan sesuatu yang lain hadir di mata dan hati anda. kerana perasaan yang ada didalam hati pastinya terzahir dimata kita. apakah kita terlalu buta untuk tidak terasa dan terlalu keras untuk tidak tersentuh ketika lafaz yang diucapkan "Jika dia menyebut-Ku disuatu tempat, maka Aku akan menyebutnya ditempat yang lebih baik darinya." ~Allahuakbar... cukuplah Engkau bagi kami~

"Ya Allah, kami mohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan kamikepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kami cintai melebihi diri kami, keluarga kami dan dinginnya air saat dahaga."

siiru 'ala barakatillah.. bittaufiq wan najah


lagu ni ka kita?? pikiaq sama-sama

salamun'ala manittaba'al huda

MAI ORANG KAMPUNG NAK CERITA

saya ni selaku orang kampung dah bosan dengan politik lani. hang salahkan aku, aku salahkan hang, balik-balik sapa yang salah sebenaqnya? adoi pening kepala-kepala. orang buka laptop (orang kampung lanie dah maju) nak baca berita apa pakatan rakyat buat untuk rakyat, ni dok pi ikut perangai kerajaan. dok bertelagah hang aku. apa pasai? ni ka politik islam yang pakatan rakyat nak tunjuk.


orang kampung lani tak bodo dah. depa pandai dah nak nilai. dah mengkala kata bila kelai tu kluaq habis rahsia itu ini hat tak boleh bocoq pun bocoq, apa ni? nak jadi lagu mana ni pemimpin pakatan rakyat ni?
kami hat muda-muda ni punya dok pulun nak bagi political education dari sudut pandang orang muda, yang hampa tua-tua ni apasai pi dok tunjuk prangai tak elok. l

agu mana nak berjaya cita-cita kami? kami bulih bagi teori ja. hampa kena la tunjuk yang praktikal. sebab hampa tengah memimpin.
kalau dah rasa tak bulih, habaq elok-elok. duduk bincang sama-sama hampa. tau dak hampa dok buat perangai ni orang jadi muak. esok-esok bila pilihanraya jangan dok gaduh umno guna duit banyak la apa la sebagai punca kemenangan.

memang ada faktor tu. tapi faktor paling besaq perbuatan kita. ingat sikit PERBUATAN KITA.. sebab tu orang putih dok kata "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS"
saya bagi peringatan kat pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, kalau hampa rasa dah cannot go, tulong la pi habaq kat orang-orang yang sepatutnya dalam parti. jangan dok buat penaya kat sapa-sapa.

saya geram sungguh bila orang dok bincang bab negara depa dan lagi dok pi bertelagah. kalau nak bertelagah, mai kampung saya, mai tunjuk wira kat sini.. kita bagai keris sorang satu, ha lawan. hat menang jadi hang tuah hat kalah jadi hang jebat. hat kami tukang tengok sorak ramai-ramai.. tudia pemimpin pakatan berkelai...

APA NAK JADI..
saya desak pemimpin pakatan tulong BERUBAH. kita nak bawak islam. toksahla dok buat perangai-perangai tak elok ni. satgi susah nak ubah pemikiran rakyat. kalau hampa takmau berenti jugak, saya rasa anak muda tulong la GULINGKAN PEMIMPIN SEDIA ADA. apa pasai kami nak ada pemimpin macam ni. bukan negara jadi koi maju, makin punah ada la..

semua tulong la stop dok cakap pasai benda ni.. TULONG, TULONG DAN TULONG berenti cerita pasai gaduh-gaduh ni. pasni saya takmau tulih dah. buat malu orang kampung ja tengok saya mai mengaji tapi dok tulis hat tak elok pasai orang. apa ni. baik ghembiang beg bawak balik kampung..

tau dak orang umno dok sorak kat kita dah nun. media dah la depa control. lani orang kampung hat tak dak internet macam saya ni jadi kompius. mana hat betoi mana hat salah. last-last ambik keputusan pilih umno la atau esok-esok tak payah pi ngundi. waktu tu sapa nyesai? KITA DAN PARTI-PARTI KITA..

cukup-cukup la. kami orang kampung nak tengok perubahan. TULONNNNG LA BERUBAH UNTUK KEMASLAHATAN KAMI NI SEBAGAI RAKYAT. KAMI NAK TENGOK KEINDAHAN POLITIK ISLAM. KAMI NAK HIDUP DIBAWAH ISLAM. KAMI NAK JADI RAKYAT YANG BAIK. DUDUK PULAK DIBAWAK PEMIMPIN YANG BAIK. KAMI BIMBANG ALLAH MURKA DENGAN KAMI SEBAB KAMI DUDUK DIAM TENGOK BENDA YANG TAK BETOI.

TOK-TOK GURU KAMPUNG KAMI AJAQ "BARANGSIAPA YANG TENGOK KEMUNGKARAN, MAKA HENDAKLAH DIA UBAH DENGAN TANGAN, KALAU TAK MAMPU DENGAN LIDAH, KALAU TAK MAMPU JUGAK DENGAN HATI DAN ITULAH SELEMAH-LEMAH IMAN..


kami ni nak jumpa pemimpin takut tak dan. jadi kami habaq pakai penulisan sajalah. kalau nak dengaq dengaq la. kalau tak takpa. kami berlapang dada. last sekali tok guru kami penah pesan, Allah ni kalau kita buat zalim Dia akan ganti kita dengan satu kaum yang lebih baik.

kami ORANG KAMPUNG TAK MAU MATI DALAM KEZALIMAN ATAU BUAT ZALIM. KAMI NAK HUSNUL KHATIMAH. DAN KAMI PUN MAU PEMIMPIN KAMI MATI DALAM KEADAAN ALLAH REDHA. ESOK-ESOK KAMI HARAP KITA BOLEH JUMPA DISYURGA. KITA SALING BERPIMPIN TANGAN UNTUK MENITI TITIAN SIRAT.. falsafah orang kampung "united we stand divided we fall"



ikhlas tulus rasa buat kali terakhir
~saya cuma orang kampung~


salamun'ala manittaba'alhuda

SEMALAM

beberapa hari yang lalu perbincangan mengenai bajet 2010 perkongsian bersama ust mior sangat membuka minda saya. seolah-olah ia proses menggilap kembali kekaratan lama di minda saya mengenai bidang ekonomi yang satu ketika dulu menjadi bahan santapan hampir setiap hari. saya bersyukur kerana sedikit sebanyak aliran perakaunan yang saya ambil sewaktu di sekolah menengah dahulu sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami perbincangan tersebut. ini lah agaknya ROI (return of investment). ( istilah untuk mengira semua jenis hasil pulangan pelaburan) hasil penat lelah disekolah (^_~)

HARI INI

perjalanan ke perak memberikan saya seribu satu pengalaman. sedikit berbeza dengan perjalanan beberapa minggu sebelum ini ketika saya ke perak bersama shbt baik saya dari usim dan juga ukm (teringat ancaman mereka nak bawak saya ke upsi.=) ). kali ini saya bersama skuad uia saya. ke perak untuk berkongsi pengalaman mengenai smart group.. perjalanan balik ke uia terasa begitu pendek.

perbincangan didalam kereta yang asalnya mengenai smart group berpindah menjadi perbincangan ekonomi. kata-kata adik saya iqbal yang cukup menarik perhatian saya "najib ni bukannya pandai pun ekonomi. tapi dia ada
team yang kuat. penasihat dia ada dua tiga master dan 1 phd dalam bidang yang berbeza.maksudnya dia bukan sekadar menguasai satu bidang. jadi dia mampu untuk mendapat overview yang luas untuk setiap tindakan yang bakal dilaksanakan.

jadi tak mustahillah berlaku seperti yang terjadi hari ini.." terfikir saya mungkin inilah sebabnya ulama' kita boleh pergi jauh satu ketika dahulu. mereka berupaya mendapat
helicopter view yang sangat luas. kita hari ini? khususnya mahasiswa? sebesar mana view kita terhadap sesuatu perkara? tepuk dada tanya minda...

LAKARAN SEJARAH BERMULA

teringat saya pada kata-kata pada satu papan iklan di highway plus ke perak :

"untuk mempolopori sesuatu tidak memerlukan jarak yang jauh, kadang-kadang hanya selangkah kehadapan yang diperlukan".





MAINAN PERSEPSI

kita hari ini banyak terbelenggu oleh persepsi diri. apa itu persepsi? ia adalah pandangan kita ke atas sesuatu perkara...seringkali "ketakutan" dan "hasrat" yang berlebihan mendominasi pemikiran kita sehingga kita gagal mengawal dan tidak mampu untuk melihat kebenaran.

ini semua adalah hasil kebanjiran maklumat yang gagal diempangkan. hari ini kata orang dunia berada dihujung jari kita. pendek kata tekan sahaja baik internet mahupun telefon atau apa-apa sahaja, maka berjuta-juta maklumat akan diperolehi. dan ini sebenarnya yang secara halus mempengaruhi bentuk pemikiran kita.


MEMBINGKAI PERSEPSI MASYARAKAT


kuasa media amat besar dalam membingkai persepsi masyarakat. inilah suasana yang sedang kita hadapi. era perang persepsi. siapa yang bijak menguruskannya maka dia yang akan menang. kata seorang ahli perniagaan

" we are not in the battle of product but we are in the battle of perception."

cara pandang kita berbolak balik bergantung kepada apa yang kita dengar, lihat mahupun rasa. seperti contoh sebuah gitar lama yang dipamerkan untuk dijual tidak akan mendapat perhatian kerana tidak ada yang istimewa padanya. namun persepsi "tiada apa-apa" itu boleh berubah ketika mana ia diiklankan sebagai barangan koleksi peribadi micheal jackson (sebagai contoh). waktu itu orang akan berlumba-lumba memilikinya sekalipun ia cuma hanya gitar tua sahaja. begitulah kuasa persepsi.



KUASA PERSEPSI SEORANG DOKTOR

kerana itulah ketajaman mengobservasi amat diperlukan. dan inilah rahsia kekuatan Musashi (samurai terhebat dan terkenal di jepun). untuk membaca dan mengawal persepsi kita harus mempunyai daya observasi yang tinggi.

tidak hairanlah jika kajian mengatakan dr mahathir adalahantara individu yang bijak dalam menguruskan persepsi. ini kerana latarbelakang beliau sendiri sebagai seorang doktor adalah bersifat lebih mengobserve sesuatu perkara. dan tidak dinafikan percakapan seorang doktor adalah sangat berpengaruh nilainya.

sebagai contoh bilamana seorang doktor mengatakan "anda hanya mempunyai jangka hayat selama 3 bulan sahaja lagi", maka seseorang pesakit selalunya akan berpegang dengan apa yang diberitahu. hiduplah dia dengan keadaan percaya jangka hayatnya hanya bersisa selama 3 bulan.

keadaan yang sama juga berlaku bilamana seseorang pesakit yang akan terus sembuh hanya dengan kata-kata seorang doktor. "anda sihat. tidak ada sebarang penyakit..". dan pada pendapat saya golongan yang paling bijak membuat dan menguruskan persepsi adalah seorang doktor. justeru tahniah kepada semua doktor-doktor kita. namun apa yang penting selepas ini kita harus mengkaji bagaimana kuasa percakapan seorang doktor dapat dibentuk.



PERSEPSI EKONOMI

selalunya masyarakat kurang mengetahui dimana kedudukan ekonomi islam. ini kerana ekonomi selalunya hanya dibahagi kepada dua. samada ekonomi kapitalis atau sosiolis. banyak mengatakan ekonomi islam lebih cenderung kepada sistem sosiolis. sedangkan ekonomi islam sebenarnya mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. daripada pembacaan saya dan dicampur dengan ilmu ekonomi sewaktu di sekolah dahulu bezanya ekonomi islam dengan yang lainnya adalah :

1) ilmu ekonomi dan sistem ekonomi adalah dua perkara yang berbeza. maksudnya ilmu adalah pengetahuan yang diperolehi dan ia selalunya adalah fakta. berbeza dengan sistem. sistem adalah sesuatu yang boleh berubah mengikut pandangan dan kesesuaiannya bergantung kepada orang yang melaksanakan sistem tersebut.

disinilah islam memainkan peranannya untuk mengatur sistem ekonomi islam berdasarkan syariat berbekalkan ilmu dibidang ekonomi tersebut. sebagai contoh dalam urusan segala jenis transaksi haruslah halal dan tidak melanggar syarak. ia tidak mencampur adukkan antara keinginan dan keperluan. (kalau salah tolong betulkan)

2) sistem ini dapat diterapkan apabila tertegaknya daulah khilafah islamiyyah. ini kerana adalah mustahil bagi sesebuah negara yang tidak mengamalkan hukum islam untuk mempraktikkan sistem ekonomi islam. namun tidak dinafikan sesetengah ekonomi islam turut diamalkan sebagai contoh kewujudan bank-bank berteraskan syariat islam. tetapi harus diingat, kita selaku aktivis islam tidak seharusnya berbangga dan berpuas hati dengan kewujudan institusi-institusi ini sahaja bahkan kita harus berjuang untuk menjadikan ekonomi islam sebagai satu sistem yang digunapakai secara menyeluruh.

3) sistem ekonomi islam adalah berteraskan al-quran dan sunnah. membawa erti mengambil kira halal atau haram serta perkara-perkara yang membawa maslahah.

"makanlah apa yang halal dan baik yang terdapat di muka bumi ini.
(albaqarah : 168)
"hai orang -orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah. dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman"
al-baqarah : 278

RIBA UNTUNG ATAU RUGI?

ribalah punca utama kejatuhan ekonomi barat. kerana ribalah berlaku kekangan pengaliran wang dalam ekonomi negara. ini kerana antaranya lebih banyak bunga yang dikenakan, menyebabkan kurangnya orang yang mahu membuat pinjaman dan hasilnya jual beli pasaran menjadi kurang aktif.

disinilah terbuktinya hukum Allah itu sangat memberi manfaat kesejahteraan untuk semua. persoalannya mengapa masih ada pihak-pihak yang mahu untuk terus melawan hukum Allah sedangkan bukti-bukti yang nyata sudah terang lagi bersuluh.


PERSEPSI EKONOMI GAYA NAJIB

banyak pihak yang menyebut gaya ekonomi najib adalah berteraskan liberal. namun apa yang lebih membimbangkan saya adalah ia dilihat seolah-olah menjurus ke arah neo-liberal. tidak dapat dinafikan ramai ahli sarjana yang memberitahu liberalisme adalah senjata paling ampuh untuk membangkitkan semula kelas kapitalis diabad ke 17-19.

diantara tokoh tersebut adalah Harry K. Girvetz, beliau menggambarkan liberal mengubah masyarakat yang ekonominya bersandarkan pertanian dan kebudayaan kraftangan kepada masyarakat elit dan penggunaan mesin-mesin. ia lebih memfokuskan kepada nilai-nilai individualistik, perindustrian dan kepercayaan sekular serta ekonomi yang mempunyai nilai-nilai pemikiran liberal.

liberal menurut falsafah Socrates iaitu:

“a belief in the power of reason to regulate the conduct of life…critical view of dogmatic beliefs,..an experimental attitude towards problems in government and society.”


Bagi menggambarkan kedinamikan liberalisme, ia juga dinamakan prinsip yang sentiasa berkembang yang berpaksikan kepada hak perundangan sejati kepada kebebasan politik dan ekonomi.

sesetengah pengkaji menyatakan tamadun barat beridentitikan liberalisme. jadi adakah tamadun malaysia = tamadun barat?? fikir-fikirkn.. ia adalah hasil kepada keruntuhan sistem feudal yang digantikan dengan kuasa pasaran atau masyarakat kapitalis. sebagai tambahan didalam doktrin politik liberalisme lawannya adalah absolutisme.


BAGAIMANA IA TERBENTUK?

kemunculan liberalisme adalah berasaskan hak-hak semulajadi, kebebasan dan kesamarataan. kemudian, ia bergerak kepada teori psycological dimana kepentingan individu adalah hadaf yang terpenting. dan seterusnya liberalisme ekonomi dikenali sebagai kapitalisme dimana kepuasan dan kepentingan individu adalah tunjang utama. konsepnya adalah memaksimakan kenikmatan dan meminimakan kesakitan.


Teori Macridis memberitahu asas liberalisme adalah 3 perkara :

1) moral. bererti pengesahan terhadap nilai-nilai dan hak-hak asas manusia seperti kebebasan dan maruah

2) politik. termasuklah hak untuk mengundi, menjadi sebahagian daripada decision maker dalam kerajaan yang dipilih dan sebagainya. dan ia berkaitan dengan demokrasi.

3) ekonomi. terkandung didalamnya hak-hak pemilikan dan semua yang bersangkut paut dengan ekonomi. ia dikenali sebagai sistem dagangan bebas, kapitalisme dan mengemukakan hak kepada individu dan membiarkan pasaran bebas membuat keputusan..

(sambungan nanti bahaya neo-liberalisme)

p/s : antara rujukan :buku ekonomi, web hidayatullah,dan artikel-artikel mengenai persepsi di google.

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...