~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


salamun'ala manittaba'al huda

NOTA SEMALAM

semalam hari yang cukup menenangkan. dari pagi sampai ke malam alhamdulillah everything running smoothly. praise to Allah.. malam saya berakhir dengan kesempatan untuk berbual dengan seorang adik baru, afiqah namanya (nama penuh dirahsiakan =) )..

walaupun baru berkenalan tetapi saya senang sekali untuk terus berbual dengannya. menetap jauh nun di jordan sana. semata-mata mahu mencari ilmu. mahu jadi doktor gigi yang islamik katanya (ma'ruf club kata : inspiring dakwah leading the ummah (^_~) ). mudah-mudahan diberkati dan berjaya mencapai impian.. bila balik nanti, bersedia untuk berkhidmat kepada ummah.. bersedia untuk menjadi pemimpin dan dipimpin. (good luck dik (^_~) )


LAKARAN HARI INI

today i'm not trying to write very much so i'll try as simple as i can.

"who wants to lead other people, they must leading their self first"

that is one of the special words from saidina Ali who is one of the leader in islam. while Peter G.Northouse said that:

"leadership is a process whereby an individual influences a group of individuals to achieve a common goal".

is it true that "all people were born to be a leader?" lets us discover the secret...


let us start with the words from Thomas Alva Edison. he said that :

" i do not have to know everything, every time. i just need to know when to find it, when i need it, anywhere at anytime.."

try to think about it..




SEJARAH LALU

what explain the extraordinary transformation of the muslims (arabs) from the state of ignorance (jahilliyah period) to where they became pioneers of learning and scientific progress? what is actually happened? where is the beginning of that transformation??

the historians said that all of these were because of :

>> the emergence of islam. means the worldview of muslims were shaped by the influences of Islamic teaching.. so how do we relate it with our daily way of thinking? is it base on islamic teaching or what? try to find it by your own..

actually when we are talking about worldview, what is the real meaning of muslim's worldview?.. here we go :

1) there is true meaning and purpose in life. whereby human on earth for the important mission which is to be a "khalifah" of Allah. they need to fulfill their duty, responsibilities and throw out the laziness, apathy and fatalism.


وما خلقت الجن ولإنس إلا ليعبدون
(azzariyat :56)


إني جاعل في الأرض خليفة
(al baqarah : 30)


2) to seek for the pleasure of Allah and His reward. means what? all the discoveries of ilm or knowledge and constructive contribution for the benefits of the ummah and future generations will be rewarded by Allah s.w.t

فينبّئكم بما كنتم تعملون
(Almaidah : 105 )

in a nutshell, lets us think together.. nowadays, while we are seeking for the knowledge ,do we try to look for the pleasure of Allah or we do it for the purpose of job or what so ever? and do we care about the next generation? hmm be answerable to ourselves.

(p/s : b. inggeris masih lagi tunggang-langgang. tapi saya akan tetap berusaha mencabar diri) p(^_~)q

salamun'ala mittaba'al huda

MEMORI SEMALAM

terkesima seketika pagi tadi ketika saya menerima mesej perkhabaran keberangkatan selama-lamanya sijantung hati ust ramadhan dan kak khadijah .. innalillahi wa inna ilaihi raji'un. ya Allah berat mata melihat pastinya berat lagi bahu yang memikul. Allah berikan ketabahan pada mereka. kesempatan menziarahi adik nur fatimah sewaktu dia wad icu tempohari cukup menggetarkan jiwa saya. apa yang pasti bukannya mudah untuk melalui saat-saat itu. melihat si kecil yang bertabah dengan badan yang sarat dengan wayar-wayar membuatkan saya cukup takut untuk memikirkan masa hadapan.



bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. apatahlagi bila dikurniakan anak.. namun saya cuba ingatkan diri. hakikat kita ini hanya hamba sahaja. hari ini terjaga, esok belum tentu mata akan tetap terbuka. hari ini dihantar ke dunia boleh jadi esok dipanggil pulang semula. siapalah kita untuk mempertikaikan semua-semua yang berlaku. duhai adik, pergilah dengan kasih sayang kami , selamat jalan adik fatimah,moga menjadi tamu di syurga Allah, disamping saidatina Fatimah anakanda kesayangan Rasulullah.. selamat jalan si kecil sayang... (T_T)

LAKARAN HARI INI

hari ini saya jadi tidak tahu untuk menulis mengenai apa-apa. kebelakangan ini saya jadi agak kurang berselera untuk makan sehingga berat saya menurun 7kg hanya dalam masa 2minggu (tak perlu ke slimm world (^_~) ). tidur ala-ala kadar kerana mengejar beberapa dateline assignment yang baru dapat, ujian-ujian akhir sebelum ke final exam dan juga sedikit sibuk dengan meeting line-up bakal pimpinan. (bukan memikirkan UPSI ye)

tadi seorang bertanya mengenai facebook pada saya.. aduh bagaimana saya harus jawab sedangkan facebook pun saya tidak sertai. bukan menolak teknologi tetapi saya belum lagi berkemampuan. menguruskan blog ini sudah cukup memberikan kepuasan pada saya.

menyebut mengenai facebook ia sebenarnya merupakan antara kehendak komuniti global. sociologist said that interdependence of the world community which is interested in the global connection. for example by politically, economically and also socially (like facebook, friendster etc). and the important is technology forged links between societies worldwide.

MARI BELAJAR DARI SEJARAH

komuniti hari ini sudah bijak menilai baik buruk kerajaan. justeru pakatan rakyat seharusnya mengambil peluang ini dengan menguasai skill seni mengusai rakyat. dan ini pernah terjadi pada gerakan Jamiat Islami Pakistan. di sebut oleh sejarah, antara punca pengembangan gerakan ini adalah kerana mereka bersifat gerakan massa yang cakna. bagaimana? berbekalkan pengalaman bergaul dengan masyarakat selama hampir 6 dekad, gerakan ini dimatangkan secara berperingkat. mereka memiliki rangkaian NGO yang luas dalam usaha untuk membina pengaruh dan memobilasi rakyat dalam sesuatu isu.

ANGIN KEBANGKITAN ISLAM HARUS DITIUP MAHASISWA

Algeria sebagai contoh terbaik. mahasiswa-mahasiswa mereka pernah bangkit satu ketika pada era 80an bagi menyuarakan pendapat mereka berkenaan beberapa isu dalam dan luar negara. dan tulang belakang bagi demonstrasi ini adalah mahasiswa yang berorientasikan fikrah perjuangan islam. bolehkah kita mengulangi kembali sejarah itu? mampukan mahasiswa kita? hari ini di Malaysia cuba kita lihat dan nilai sejauh manakah kualiti mahasiwa kita? apatah lagi yang mendakwa mereka adalah pejuang islam.. persoalan itu saya tinggalkan untuk sama-sama kita fikir dan nilai sedalam-dalamnya.

di Algeria pada ketika itu gagasan usrah mula melebihi batasan pemikiran islam sebelumnya yang hanya berkisarkan tentang solat dan puasa. mereka mula berbicara mengenai karya-karya agung klasik tulisan imam annawawi, imam ibnu qayyim aljauziyah, al ghazali dan sebagainya. tokoh-tokoh kontemporari seperti yusuf qardhawi, syeikh kishk dan sebaginya mula mendapat tempat di hati mereka.

krisis demi krisi di negara ini menghasilkan puluhan demonstrasi bantahan daripada rakyat yang akhirnya membawa kepada penubuhan FIS (barisan penyelamat islam) yang berjaya memenangi pilihanraya pusingan pertama sehingga menyebabkan gementarnya kulit pihak barat yang telah membuat beberapa konspirasi yang berkesudahan dengan natijah krisis kemanusiaan yang panjang menyaksikan 70000 rakyat terkorban. di situ berakhirlah kisah drama air mata rakyat dengan penjara padang pasir al geria yang menjadi saksi bisu kekejaman pihak kuffar laknatullah yang terus menerus menzalimi rakyat khususnya yang beragama islam.

malaysia hari ini ke arah itu kah? tertipu dan terus tertipu atau kita akan terus terperangkap dalam PUAKA DEMONSTRASI?? You better know your leaders now or not.............

salamun'ala manittaba'al huda

KISAH SEMALAM

semalam selepas kelas Introduction to Sociology , seorang sahabat berbunyi kepada saya "bila lagi PAS nak memerintah Malaysia ni? dah lebih 50 tahun wujud di Malaysia ni tapi tak mampu nak berdikari lagi. i rasa kita kena terima hakikat dakwah PAS memang tak diterima. ke camne u rase?" (waduh-waduh susah nak bersoal jawab dengan orang camni ni.. i pun pening.. hehe) tapi tak mengapa, nasib baik saya pernah baca buku Syeikh Abbas Asiisy "الطريق إلى القلوب" "bagaimana menyentuh hati"





sedikit sebanyak boleh membantu rasanya. terdiam saya seketika. cuba mencari susunan ayat yang terbaik. saya perlu berhati-hati kerana dia belum mempunyai kefahaman yang mendalam tentang haraki dan perjuangan.. saya tidak mahu disebabkan saya dia hilang harapan dengan dakwah islam itu sendiri. "dakwah itu adalah terminal" saya cuba mengatur bicara. "maksudnya?" pantas dia menyoal..





saya cuba menarik minat dia dahulu.. "bayangkan kapal terbang yang nak terbang jauh tetapi tidak mempunyai terminal perhentian.. apa jadi? " mesti la susah. nak mula kat mana tak tahu, nak isi minyak susah, tempat akhir nak berhenti pun tak pasti." alhamdulillah sedikit sebanyak dia sudah membantu saya memahamkan dirinya sendiri dan pada masa yang sama saya turut belajar

. "ha itulah, pendakwah ni macam kapal terbang yang nak bawak orang. terminalnya adalah dakwah. kita berhenti seketika mengumpul orang untuk bersama-sama dengan kita dari satu lapangan ke satu lapangan yang lain. perhentian kita tak boleh terlalu lama dan tak boleh terlalu cepat. kalaulah kapal terbang tadi nak cepat, alamatnya ketinggalanlah banyak penumpang dibelakang. nampak tak? pendek kata atas nama dakwah kita mengajak orang. dakwah ke arah kebaikan. dakwah ni bukan macam air yang dapat diminum sekali teguk. tapi uslubnya harus dicanai dengan ilmu, seni dan memerlukan sedikit masa.." dia diam seperti berfikir. "ok tapi next kelas i nak tanya u lagi.." saya senyum sahaja sambil dalam hati "wah saya sangat berbesar hati, setidak-tidaknya ada lagi mahasiswa yang mahu berfikir soal masyarakat." mungkin soalan-soalannya akan saya kisahkan nanti. cuma sekarang persediaan saya harus diperkasakan. pembacaan saya perlu ditambah supaya nanti tidak terkial-kial jadinya.


LAKARAN HARI INI

alhamdulillah semasa menunggu hujan berhenti petang tadi sempat saya habiskan bacaan artikel "chapter two : the new science :ilm al-umran" secara generalnya mengenai "Muqaddimah" karya ulung ibn khaldun. hujan rahmat agaknya. sesekali terdetik dihati saya, bagaimana generasi dahulu boleh menguasai dua tiga bidang serentak? seolah-olah غير معقول kata orang arab. bukan mudah nak kuasai satu-satu bidang. bila masa mereka belajar? apakah harian mereka hanya dipenuhi dengan mengkaji-mengkaji dan terus mengkaji? subhanallah mungkin disana ada keberkatan ilmu agaknya.





Muqaddimah secara generalnya membincangkan enam tajuk yang disusun beliau "in an orderly way" which is
1) human civilization or now known as social ecology
2) desert civilization or in modern sociology they called it as rural sociology
3) dynasties or political sociology
4) sedentary civilizaton or present terminology is urban sociology
5) crafts or economic sociology
6) and the last one is on the sciences , their acquisitions and study.

uniknya penulisan beliau ini bermula dengan chapter two dan chapter one menjadi tajuk terakhir penulisan beliau sedangkan dari susun atur sepatutnya harus bermula dengan yang pertama . why? try to find it by your own!! (^_~)



KENALI SIFAT IBNU KHALDUN

"the muslim's sociologist" gelaran masyhur bagi ibnu khaldun. baik di kalangan masyarakat timur mahupun barat. keunikan beliau dengan karya-karya intelektualnya seperti "muqaddimah", "al ibbar" dan lain-lain sememangnya diakui oleh barat. beberapa sikap atau peribadi ibnu khaldun dapat saya kesan sepanjang membaca artikel tersebut. antaranya beliau sangat merendah diri dan mengembalikan semuanya kepada sang pencipta langit dan bumi ini. katanya beliau banyak di ilhamkan oleh Allah yang membawa kepada ilmu ini. sebut beliau :

" if i have succeeded in presenting the problem of this science exhaustively and in showing how it differs in its various aspects and characteristic from all other crafts, THIS IS DUE TO DIVINE GUIDANCE, if, on the other hand, i have omitted some point, or if the problems of this science have got confused with something else, the task of correcting remains for the discerning critic, but the merit is mine seince i cleared and mark the way"





selain dari itu beliau sentiasa tahu dan faham dengan konsep ilmu itu sendiri. akan ada pentajdid yang akan memperelokkan lagi setiap penemuan yang dicapai. katanya

" a person who creates a new discipline does not have the task of enumerating all the individual problems connected with it. his task is to specify the subject of the discipline and its various branches and the discussions connected with it , his ancestors, then, may gradually add more problems, until the discipline is completely presented"








ILM AL UMRAN

matlamat ilm al umran adalah untuk menghasilkan ketepatan undang-undang masyarakat dan perubahan sosialnya. dan method yang digunakan oleh ibnu khaldun adalah "observe-compare-historical method". pada beliau sedikit usaha diperlukan untuk mencari kebenaran.dan beliau mengajar kita agar tidak bersifat double standard atau bersikap "aku saja yang betul ". jika tidak, kita tidak akan sampai kepada goal akhir masing-masing. kemunculan karya ini (muqaddimah) adalah antaranya bertujuan memberitahu kita bahawa informasi atau maklumat mengenai masyarakat boleh diperbetulkan, boleh dipanjangkan yang akan membawa kita kepada satu teori yang tepat mengenai masyarakat dan ketamadunan.



salamun'ala manittaba'al huda






KISAH SEMALAM

saya jadi penat sangat-sangat. penat dengan perangai manusia ni. ada-ada sahaja yang tak kena. itu salah, ini salah apa sempurna sangatkah diri kita. saya memang rasa nak bagi je apa-apa yang patut pada orang macam ni. puas hati!! tadi saya dah penampar seorang budak. menangis teresak-esak, "saya dah penat-penat ni dia banyak soal pulak". mesej bertimbun-timbun malas saya nak balas, panggilan masuk bertalu-talu saya buat tak peduli ja. peduli apa sama orang lain. hidup saya, saya punya suka. lantak lah orang lain nak cakap apa. tak payah nak paksa-paksa saya.saya geram sangat. saya rasa nak pergi duduk kat gua je. bertapa sorang-sorang. saya dah tak peduli. saya langgar je kereta-kereta yang saya rasa nak langgar sepanjang balik tadi.. orang tengok saya buat tak tahu je.. arghhhhhhhhhh saya nak langgar je budak depan saya ni...

"eh kak bangun kak, dah nak maghrib ni.."kejut adik roomate saya.. astaghfirullahalazim.. mimpi rupanya saya.. hmm terdiam saya membayangkan  bagaimana agaknya jika saya mimpi saya berkesudahan dengan kemalangan yang saya cipta.. ya allah ampunkan saya. agaknya selepas membaca beberapa artikel mengenai bagaimana remaja melepaskan emosi membuatkan saya terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.. astaghfirullahal 'azim.

(p/s macammana agaknya kalau betul semua-semua di atas terjadi? (^_~) tentulah ayah saya tak mengaku saya anak dia.. wah, saya akan menyesal tak sudah.. waktu tu mungkin saya dah bawak diri pergi ke turki ke istanbul ke atau ke mana-mana saja, awetkan diri jadi monumen sejarah dunia.. hehe (^_~).. alhamdulillah hari ini saya masih kekal jadi anak ayah )

LAKARAN HARI INI

 Kata P.Ramlee
"tiada kata secantik bahasa.. 
untuk ku puji adinda... 
tiada gambar secantik lukisan.. 
nak ku tunjuk perasaan..
(tolong sambung sendiri (^_~))


itu kata P Ramlee dalam lagunya.. apa agaknya kata Muhammad Ahmad Rasyid?


"ISLAM TIDAK TERTEGAK DENGAN KATA-KATA" itu pesanan Muhammad Ahmad Rasyid. bekalan buat saya, buat anda, juga pada siapa-siapa yang mahu mendengar bicara orang lama. kata beliau masyarakat hari ini adalah cerminan kepada keperibadian pimpinan yang ada sekarang. bahkan peratusan keperibadian itu melebihi pantulan daripada undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan masyarakat tidak kira samada daripada aspek sosial, ekonomi, politik mahupun apa saja.

dua faktor terbesar yang mendorong ke arah fenomena ini adalah disebabkan :

1) kefahaman, akhlak dan tabiat lebih memberi kesan berbanding arahan yang dipaksa melalui penguatkuasaan undang-undang. ia mengajar kita pedoman tidak boleh digarap oleh kekuasaan.
"action speak lauder than words".

2) faktor fuqaha'. hujah, dialog, falsafah dan kesusasteraan mereka mengetuk akal, perasaan dan ruh. memberi kita pengajaran; undang-undang yang kuat adalah undang-undang atau syariat yang dibelakangnya disokong oleh pemimpin yang melaksanakannya. lihat sahaja hari ini boleh dikatakan setiap hari dimana sahaja slogan anti rasuah dilaung-laungkan.. pada saya kalau kita mahu negara kita bebas rasuah maka pemimpin kita seharusnya menjauhi rasuah. jika hari ini keadaan yang sama masih berlaku maka lihatlah pada pimpinan yang sedia ada. jangan jadi seperti kata karam singh walia  

" bagai ayam jantan berkokok, suara berdegar-degar, 
punggung bergelumang dengan tahi" 
(dari saya karam singh walia untuk tv3 =))

untuk menjayakan cita-cita agar kehidupan masyarakat kita adalah berlandaskan islam maka semua pihak harus berganding bahu menjayakannya. asas rumah kita adalah sama iaitu nas-nas syarak, maka tiang-tiang islam haruslah diperkukuhkan oleh gandingan kepimpinan orang-orang yang beriman yang berupaya memberi kesan dari bahagian ekonomi, intelek, politik dan sebagainya. ketua mereka haruslah seorang lelaki yang memiliki hampir kesemua kelebihan dan memiliki unsur kepekaan. undang-undang islam tidak akan berpeluang untuk melakukan perubahan seandainya kita tidak memiliki hati yang cekal dan merasakan pelaksanaan undang-undang islam ini sebagai satu ibadat..




BELAJAR DARI SEJARAH

tragedi keruntuhan daulah abbasiyah adalah hasil daripada kemucak penyelewengan. namun ianya belum cukup untuk menyedarkan dan membuka pintu hati orang-orang muslim khususnya yang terselamat dari keganasan Tatar. hal inilah yang terjadi di mesir dan syam dan kita dapat lihat negara-negara ini menyaksikan berbagai kelemahan dan kekurangan yang memeritkan. jadi apakah kita rakyat Malaysia juga sama? tidak mahu belajar dari sejarah? butakah mata kita dengan iktibar lalu? atau kita sengaja membutakan mata dan hati, seolah-olah semuanya tidak pernah kita fahami? renung-renungkan dan selamat beramal..

ISLAM TELAH TERCEDERA

saat ini kita sedang menyaksikan islam mengalami kecederaan hasil pertembungan antara islam dan jahiliah. kata ibnu qayyim; beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu
syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan
berwala’kan      kepadanya     dengan    membelakangi       Tuhan    mereka    yang   sebenar    (Allah).

Mereka      telah  menjadi    musuh    kepada    Tuhan    mereka    yang    sebenar   bersama    dengan
syaitan   yang   memangpun   sudah   menjadi   musuh   kepada   Tuhannya.   Mereka   menyeru
kepada   kemurkaan-Nya.   Mencacat   cederakan   rububiyyah,   uluhiyyah   dan   keesaan-Nya.

Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali-
Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para
wali-Nya   daripada   kewujudan   ini.   Mereka   juga   berusaha   keras   untuk   mendirikan   satu
negara buat mereka.”

pertarungan ini sudah terlalu lama. mereka-mereka yang sudah terlalu kerap bercakaran tetapi bersatu padu atas nama menentang agama. dan adakah kita selaku ummat islam mampu untuk melawan mereka sekadar dengan kata-kata? keadaannya akan menjadi seolah-olah dalam satu pertarungan, mereka berkereta kebal, sedangkan kita merasa kebal dengan lastik yang dibawa. tanpa menyedari lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mengalahkan mereka.

justeru hari ini semua pendakwah harus bangun, bukan bermaksud meninggalkan terus medan dakwah melalui pengucapan, tetapi kita harus bergandingan dengan mereka yang sedang menyusun strategi samada melalui penglibatan didalam kepimpinan,politik dan sebagainya. kekurangan tarbiyah harus ditampung, ribat(ikatan) kita harus diperkukuh, semangat kita harus dinyalakan dalam misi "penyelamatan" praktis jihad politik yang tersusun untuk menegakkan negara islam yang dipimpin oleh du'at haraki .

tidak kira dimana kita berada, apa sahaja status kita, sedikit impak harus diberi dalam usaha mencapai matlamat akhir nanti berdasarkan kemampuan masing-masing.  Tiada makna kehidupan      seseorang    yang    berpendirian     negatif.  apa yang diperolehi tidak lain hanyalah sekadar    kemewahan     di
dunia     ini,  dengan     makan,    minum      dan   wanita,    sedangkan     dia  tidak   berusaha     untuk
memperlihatkan        pendiriannya.  sedang dalam masa yang sama  para   politikus   di  kiri dan kanan   sedang   bertarung;   ada   yang   baik   dan   ada   yang   jahat,   namun   dia   hanya membiarkan dirinya menjadi penonton sahaja.


Sikap   negatif,   suka   mengasingkan   diri   dan   hanya   menjadi   penonton   ini,   adalah
ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al- Shaibani,   seorang   penyair   dan   ahli   tafsir.   Beliau   menganggapnya   sebagai   kematian.  Di sisinya,    seseorang    manusia     dan  pedang,    jika  tidak   memberikan      sebarang     kesan   atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung.

Al-Rafie pergi   lebih   jauh.   Beliau   melihat   tiada sebarang   alasan bagi kewujudan seseorang      yang   berpendirian     negatif.   Beliau    memberi     amaran     kepada    kita   tentang keperluan   bersikap   jelas   dan   terang.   Kerana   jika   kita   tidak   menambah   sesuatu   (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka kita adalah barang lebihan kepada dunia ini. Inilah    keadaan    orang   yang    disengat   hatinya    ketika  melihat    kesejukan     ummat Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari   ingatannya   bahawa   kita   tidak   mampu   mendengar   ungkapan   yang   berterus   terang,
lalu dia berkeras terhadap kita sedangkan kita tidak berdaya menanggungnya ..



Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...