~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda..

SEMALAM

keputusan kemenangan Bagan Pinang oleh pihak kerajaan sememangnya sudah dijangka. bagi saya, tiada apa yang pelik, biasalah menang di tempat sendiri, tetapi kalau menang di tempat orang, ya, itu baru luar biasa. dan harap-harapnya pengundi-pengundi kita tak jadi seperti pak pandir "menang sorak kampung tergadai"

media? masih lagi seperti biasa, kejayaan kerajaan disiarnya berita 4-5muka , kalau pembangkang yang menang, dibubuhnya bak kata orang kedah "secoet" cuma (sikit je).

HARI INI

Realitinya masyarakat kita belum bersedia untuk berubah.. dan kerana itulah Malaysia masih berada ditakuk lama. nak kata makin baik sistem ekonominya? tak jugak, nak kata politiknya makin menghampiri demokrasi? tak jugak.. lalu apa yang kita ada sebenarnya?

percayalah.. biarpun kita punya emas bergunung-ganang tetapi jika mentaliti rakyat masih belum mahu berubah, belum bersedia untuk berfikir secara kritikal, jangan harap Malaysia akan melalui era baru.. dan dengan media yang masih dirasuki "hantu-hantu" kerajaan, jangan harap impian 1malaysia akan tercapai.
 Semalam dari Filipina, hari ini sejenak mari kita mengembara ke Rusia.. Kita terokai sejarah mereka.. apa yang hebatnya?


revolusi rakyat

REVOLUSI BOLSHEVIK

Revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan bersangkut dengan dasar atau perkara-perkara utama dalam kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang terjadi adalah melalui perancangan dan kadangkala tidak melalui proses ini. ia dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan.

Ukuran kecepatan suatu perubahan sebenarnya mempunyai hubungkait kerana revolusi juga kadang-kadang memakan waktu lama. Misalnya revolusi industri di Inggris yang memakan waktu puluhan tahun, namun dianggap ‘cepat’ kerana mampu mengubah sendi-sendi norma kehidupan masyarakat seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara buruh dan majikan yang telah berlangsung selama ratusan tahun


gaya revolusi bolshevik


tahukah kita selepas berlakunya revolusi bolshevik ,  muslim di rusia menjadi lebih bebas dan merdeka. mereka merasai satu kebebasan yang cukup bererti dan cukup significant dalam hal-hal yang berkaitan dengan hak-hak yang sewajarnya dipenuhi. kebebasan dalam melakukan ibadah, kebebasan dalam melakukan interaksi sosial, bahkan turut memainkan peranan dalam membangunkan bangsa melalui parlimen.. sejarah mengatakan setelah revolusi boleshevik 1917 ini, islam mulai berkembang di rusia.

DARI REVOLUSI MENUJU DEKLARASI


Tony Cliff


kata Tony Cliff , di sana ada banyak sebelum sesuatu revolusi itu memperolehi kemenangan.. antaranya saya simpulkan begini :

St. Just, seorang pemimpin Revolusi Perancis tahun 1789 berkata :

“Mereka yang melakukan revolusi secara setengah-setengah akan menggali kubur mereka sendiri.” Untuk menyelesaikan revolusi dan membawanya kepada kemenangan yang penuh, kaum proletar harus dipimpin oleh sebuah parti revolusioner. Kelas buruh sendiri yang harus melakukan revolusi (erti kata lain rakyat), tetapi parti memberi pedoman kepada buruh ( rakyat)

Trotsky menulis:" tanpa sebuah organisasi yang memberi pedoman, tenaga massa akan bubar bagaikan wap yang tak ditampung dalam kotak sihir.namun, faktor penggerak yang menggerakkannya bukanlah sihir atau kotak tetapi wap itu sendiri. saya suka untuk mengambil idea dari ajaran marxisme.




inilah ideologi yang dibawa kedalam kaum buruh sehingga mereka berjaya menghasilkan revolusi kelas buruh itu sendiri.. dan saya tukar menjadi begini "emansipasi rakyat harus bermula dengan tindakan rakyat sendiri.".para buruh telah dipasakkan dengan perjuangan kelas yang membawa kepada naiknya semangat kepercayaan ke atas diri sendiri dan mampu untuk melemahkan idea-idea dari golongan "bourgeoise" dan membuatkan mereka iaitu rakyat menjadi lebih bersedia untuk menyambut idea-idea yang bersifat "react"

pada saya, suasana yang berlaku sekarang ini seolah-olah tempoh revolusi yang akan berlaku dimalaysia. rakyat dan pemimpin sekarang tidak lagi dapat bersatu, terlalu banyak perbezaan yang muncul, menjadikan seolah-olah kita adalah golongan buruh dan satu lagi golongan "bourgeoise". 

untuk memberikan kepercayaan kepada rakyat, seharusnya parti-parti yang sedia ada (khususnya pakatan rakyat) harus membangunkan mentaliti dan tidak bersifat "dogmatisme" kerana seperti yang dikatakan lenin "Yang paling penting adalah percaya diri bahawasanya jalan yang dipilih merupakan jalan yang paling benar. Kepercayaan ini melipatgandakan energi dan "enthusiasm" orang yang mahu melakukan revolusi yang dapat memperlihatkankan keajaiban.”

dan hakikatnya tanpa pengetahuan tentang hukum-hukum perkembangan sejarah, kita tidak dapat berjuang secara mantap. Supaya tidak tersesat, kita harus mantap secara ideologi. Kekuatan Lenin adalah dia selalu menghubungkan antara teori dan proses pembentukan manusia. Dia menilai setiap gagasan teori dalam hubungannya dengan keperluan-keperluan yang praktikal. Dia mencari apakah yang paling sesai dengan teori Marxis. Dia menggabungkan kombinasi teori dan praktik secara sempurna..
Lenin sentiasa percaya dengan perubahan. Tetapi supaya perubahan ini tidak hanya bersifat reaktif, harus sesuai dengan perspektif umum  berdasarkan pada teori yang difikirkan secara mendalam.

AYUH BANGUN

sekarang satu model kehidupan islam harus di bina dengan segera kerana rakyat ternanti-nanti untuk melihat dan merasai keindahan itu..Firman Allah SWT:

Maksudnya: Barang siapa yang menghendaki selain Islam sebagai cara hidup, sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan di Akhirat, ia menjadi orang yang rugi. (Ali Imran: 85)


islam itu perlu diambil secara keseluruhan, jika mengambilnya secara separuh-separuh maka tidak akan terhasil satu natijah yang baik. lihat saja contoh litar elektrik dalam kehidupan kita seharian. jika satu daripada komponennya tidak dipasang dengan betul atau dibuang maka matlamat kita untuk menyalakan lampu tidak akan berjaya. lampu akan terus terpadam sehingga dibetulkan pemasangan tersebut..





jadi ayuh jangan biarkan "mentol" kehidupan kita terpadam. betulkan semula litar itu dengan mencari dan membetulkan kesilapan itu hari ini, masa masih ada. Pada hari pemasangan litar "PRU13" nanti sama-sama kita betulkan punca ketidaknyalaan cahaya islam di Malaysia ini dengan memilih komponen islam secara keseluruhan. masanya masih ada.



REVOLUSI BELUM BERAKHIR

Revolusi kita baru bermula dan ia harus diteruskan alirannya.... Makkal sakhti sudah dikenalpasti, tinggal lagi? TINDAKAN KITA.....


Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...