~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda


semalam


suratkhabar-surat khabar perdana kebelakangan ini riuh menguar-uarkan kemenangan yang bakal diperolehi oleh pihak kerajaan di bagan pinang.. agaknya mereka terlalu bimbang kejatuhan sendiri sehingga terpaksa berusaha dan tanpa disedari melampau-lampau dalam pemberitahuan sesuatu peristiwa. 


(bukannya apa, takut-takut berulang peristiwa "kemerepekan melampau" pihak media sewaktu PRU ke 12 yang akhirnya memakan diri... takut-takut "nak pasang umpan mahukan pelanduk, tiba-tiba terjerat diri sendiri" nah siapa yang rugi? tepuk dada tanya pilihan masing-masing..


hari ini


tadi sambil makan-makan seorang diri, saya terbaca tabloid KOSMO bertarikh ahad 2 ogos 2009 yang mengkhabarkan tentang pengebumian corazon acquino yang meninggal dunia akibat kanser kolon.. 


mendiang dikebumikan sebagai rakyat jelata dengan pemergiaannya ditangisi seluruh dunia khususnya rakyat filipina yang pernah berada dibawah pemerintahan beliau bermula dari 25 februari 1986 sehingga 30 jun 1992.


dikebumikan dengan tinggalan sejarah yang cukup nostalgik mengiyakan peribahasa 
"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"




mari belajar daripada cori







lebih dikenali sebagai cori, María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino merupakan janda kepada mendiang senator Benigno Aquino Jr. beliau merupakan surirumah teladan yang berjaya bangkit menjadi penyelamat Filipina daripada rejim Ferdinand Marcos sekaligus membuktikan tangan lembut wanita yang menghayun buayan itu bisa menggoncang dunia.


pada saat-saat akhir sebelum dikebumikan, jenazah beliau diarak melalui lapangan EDSA, tempat yang menjulang beliau sebagai tokoh perjuangan gerakan rakyat..


revolusi EDSA







Epifanio de los Santos Avenue (EDSA) atau people power merupakan sejarah yang telah dibina oleh manusia-manusia yang menagih kejatuhan presidennya merupakan satu era kebangkitan rakyat filipina di metro manila menghimpunkan jutaan penduduk menyaksikan sejarah dilakar tanpa ada sebarang pertumpahan darah.


 ini yang pakatan rakyat harus pelajari, bagaimana strategi yang dibuat sehingga mampu untuk menawan hati jutaan penduduk maupun pihak pentadbiran sekalipun marcos telah memerintahkan "gerakan rakyat" terbabit dihalang dengan kekerasan.. 


harus diselidik bagaimana keunikan yang mampu dihasilkan sehingga mereka bijak menposisikan tentera untuk berdiri dibelakang rakyat sehingga berjaya menggulingkan "orang nombor satu negara"? dan hal ini belum lagi terjadi di negara kita.. namun itu bukanlah perkara yang mustahil bakal terjadi di masa hadapan...



kecekalanan seorang suri rumah mentransformasikan filipina daripada sebuah negara "autocratic" kepada "democratic" seharusnya diteladani. 


reformasi hukum dan pemerintahan dilakukan mewariskan badan "judiciary" yang bersifat "indipendent". malah majalah times pernah menyebut cori sebagai wanita sederhana yang bersahaja tetapi berani serta mampu berdiri melawan rejim kuku besi pimpinan marcos



pemimpin politik harus belajar..


samada pihak kerajaan mahupun pembangkang yangbakal memenangi pilihanraya kecil kali ini, mereka seharusnya mempelajari "moral and values" tinggalan cori seperti antaranya membuang "post power sydrome"


bahkan ketika ditawar kereta mewah mercedes sebagai imbalan hasil jasanya sebagai presiden ditolak beliau dengan bukti beliau lebih senang menggunakan kereta toyotanya yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.



namun apa yang lebih penting cori mengajar kita erti kemustahilan yang boleh dicapai dengan kemahuan yang kuat dan keberanian untuk bangun memperjuangkan nasib  rakyat... (Road To Putrajaya???)



kematian beliau di iringi dengan sorakan laban oleh jutaan penduduk filipina... masing - masing menyebut "mahal ka namin" yang bererti kami mencintaimu.. dan tinggalan kasih sayang dan jasa beliau akan terus diingati oleh seluruh rakyat filipina. warisannya kata mereka :


1. Dia mengembalikan kebebasan  yang selama 20 tahun lebih dikendalikan oleh pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.
2. Dia selalu dikenang sebagai suri rumahtangga yang menjadi presiden
3. Dia membuat dunia bangkit dan mendengar suaranya.
4. Dia “bukan bintang rock” yang suka melanggar peraturan. “Bahkan kenderaan yang dinaikinya tetap berhenti bila melewati lampu merah”
5. Dia memberikan inspirasi bagaimana kami seharusnya (rakyat Filipina) menjadi  apa.


"SALAMAT PRES" (terima kasih presiden), 
“Hindi ka namin malilimutan Madam President
"Kami tak pernah melupakanmu Puan Presiden "



salamun'ala manittaba'al huda


kisah semalam


rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya pada seluruh sahabat-sahabat baik muslimin mahupun muslimat.. taqabbalallahuminna wa minkum taqabbal ya kareem

pulang beraya ke kampung semestinya satu yang pasti menggembirakan pada  semua orang. kepulangan saya baru-baru ini cukup meninggalkan kesan pada saya.. bila saya sampai ke rumah selepas perjalanan jauh dari kuala lumpur ke kuala terengganu, dan kuala terengganu terus ke kedah, saya perasan yang ada satu benda yang berubah, tapi saya belum dapat memerhatikan apakah yang berubah itu.. 

sehari kemudian waktu satu family duduk bersembang beramai-ramai baru saya perasan, rambut ayah sudah berubah menjadi putih semuanya.. bila saya fikir-fikir semula rupanya dah terlalu lama saya tak bersama dengan ayah. (mak pun sama).. kali terakhir jumpa selepas raya haji (kalau tak salah). (T_T).. dan waktu itu jugak saya rasa seolah-olah mahu melupakan semua tugas di kampus, tinggalkan demi mak dan ayah.. 

tapi apa boleh saya buat, saya akur pada pilihan yang telah saya ambil, dengan harapan kalau disana ada secebis pahala, saya mahu hadiahkan kesemuanya pada ayah dan mak.. kalau disana ada doa-doa dari orang yang sempat saya bantu, saya mahu serahkan semuanya pada ayah dan mak.. allahuakbar entah apalah yang dapat saya berikan pada mereka sebelum sampai masa mata ini tertutup.. (T_T)


"wahai tuhan.. kau ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku, ampunilah mereka dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil, rahmatilah mereka kerana sesungguhnya aku benar-benar berbahagia dengan kasih mereka.. allahumma amin.."


hari ini...


hari ini sewaktu saya membelek-belek nota subjek survey of islamic history and civilization, saya temui nota- nota yang sempat saya tulis dari asst prof abd ghani yaakub... sekadar mahu berkongsi (mana yang salah betulkan, yang ini sahaja sempat saya tulis.. ) jika sebelum ini saya sering menulis tentang kepentingan sejarah, maka hari ini mari kita sama-sama nilai perkembangan ilmu sejarah..




تطور دراسات علم التاريخ 


  - التطور الأول




التطور الأول : التاريخ في العصر الجاهلي

-          إذا حولنا أن نتبع دراسة فكرة التاريخ في العصر الجاهلي، فعلينا أن 
نرجع إلى العرب اليمن، (العرب الجنوب والعرب

 الشمال) العرب الجنوب (اليمن) كانت مركز من مراكز الحضارة العربية 
القديمة. حفظت لنا أثارا تاريخيا مثل النقوش السبائية 
والنقوش الحميارية  والنقوش المعينية وما إلى ذلك.

-          أما العرب الشمال (الحجاز) فينتشر بينهم نظام قبلي وعشائر حيث يفترحون بالأنساب والأخشاب.

-          قام علم التاريخ في بداية الأمر على أسس من الروايات الشفهية ( في كل من بلاد اليمن والحجاز وذلك للأسباب الأتية) :

>> الظروف القبلية التي تحدث فيما بينهم قتال وحروب (بسبب الماء والمرأة والكلاء)

>> حفظ الروايات الشفهية لقوة الذاكرة العرب

>> انتشار الأنانية فيما بينهم

>> البيئة الصخروية الواسعة

>> عدم التفور مواد الكتابة

>> القتال والحروب بين قبيلين وأخرى

-          المهم خلاصة القول، أن التاريخ العرب في العصر الجاهلي تاريخ مأثور
بالرواية الشفهية والمحفوظة في الذاكرة. إذن نستطيع أن نقول أن علم التاريخ في
العصر الجاهلي لم تصل إلى الدرجة النضوج.

-          ومن النموزج الكتب عن التاريخ : 
                           1) عيون الأخبار لإبن قتيبة
2) كتاب الأصنام لهشام الكلبي (من بني كلاب)
3) العقد الفريد لإبن عبد ربه


Kita sambung lagi nanti.. maaf kalau ada salah dalam 

nahu..moga apa yang baik untuk kita semua amin


Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...