~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda

semalam
semalam saya sempat untuk menghadiri Konvensyen Transformasi Malaysia TRANS'09'. agak mengujakan bila melalui suasana perbincangan ilmiah yang melibatkan keseluruhannya adalah anak muda. jadi saya boleh katakan anak muda malaysia sekarang sudah bersedia untuk berubah..

pada saya semalam sudah menjadi satu permulaan yang cukup cantik untuk menyaksikan perubahan pada bumi malaysia ini. cuma semalam dewan jubli perak itu sepatutnya dipenuhi oleh lebih ramai lagi anak-anak muda yang lain.
mungkin antara faktor yang boleh kita katakan adalah sikap anak muda sekarang khususnya mahasiswa lebih suka bersantai-santai dibilik maklumlah program dibuat pada hari minggu. 
namun antara yang lain lagi yang boleh saya simpulkan adalah kurangnya promosi atau publisiti sebagaimana keberjayaan KOSPIN '09 yang lalu.. mungkin selepas ini pihak pengurusan akan memperbaiki lagi suasana memandangkan ini adalah pertama kali program seumpama ini dibuat.

Domain-Domain satu persoalan?

mendengar idea-idea hasil dari pembentangan wakil-wakil front mahasiswa terdiri dari GAMIS, PKPIM,KARISMA,KAMI dan DEMA menjadikan saya optimis yang sebenarnya pemikiran anak muda tidaklah terlalu teruk. mereka bersedia untuk merubah dan  berubah ke arah yang lebih baik. 
daripada keseleluruhan kertas keja yang dibentangkan (sesiapa yang mahu mendapatkan kertas kerja tersebut, boleh tinggalkan email di shoutbox saya dan saya akan sesegera mungkin menghantarkannya pada anda), 
saya mendapati segala kerosakan, keburukan atau kelemahan pada sistem yang sedia ada ini sebenarnya adalah segala yang telah diaplikasikan pada zaman pengkhianatan mustafa kamal atarturk. menjadi bukti yang seolah-olah malaysia kita dalam proses sekularisme menjadi turki dizaman mustafa kamal. 
ini yang perlu kita bimbangkan. bayangkan malaysia dengan sekatan laungan azan, bayangkan arak berleluasa di sana sini (memang dah jadi pun sekarang), bayangkan masa depan anak-anak kita tanpa ajaran islam? wal'iyazubillah. kata nabi s.a.w ;
"matinya anak adam itu meninggalkan 
segala-galanya kecuali  tiga perkara : 
amal yang baik, sedekah jariah dan
doa anak yang soleh".

mahukah kita generasi yang kita tinggalkan nanti menjadi bangsa yang dilaknat seperti yahudi? dimusnahkan seperti kaum nabi nuh? dihapuskan seperti kaum tsamud? aad dan sebagainya ? ataupun diistidrajkan seperti fir'aun? wal'iyazubillah. inilah yang sangat-sangat kita takuti.
tinggalan kaum 'aad

DAN kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Hud. Ia berkata: ‘Wahai kaum-Ku! Sembahlah kamu akan Allah, Tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepada-Nya?’” (Al-Quran, surah al-A’raaf:65)
Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang malang kerana Kami hendak merasakan mereka azab yang hina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan.” (Al-Quran, surah Fussilat:16) 
dari itu suka untuk saya membuat pesanan pada diri saya dan pada generasi anak muda yang mahu berubah,  belajarlah dari sejarah. kenapa? kerana disana ada banyak yang boleh kita pelajari.  
"fahami masa lalu, bertindak dengan masa kini dan rancanglah untuk masa depan"
  
tidak dapat tidak, sama ada kita suka atau benci, hakikatnya sejarah memang perlu dipentingkan. hakikatnya sebuah gerakan yang mahu melakukan perubahan harus memandang kepada pengalaman yang sebelumnya. harus mengambil ibrah dari masa lalu. 
justeru pada saya, memang berasas keluhan tan sri khoo kay kim mengenai peratusan pelajar yang mengambil jurusan sejarah semakin mengecil sehingga fakulti ini seolah-olah bakal ditutup memandangkan kurangnya respon dari anak muda generasi yang bakal mendatang. 
ini memberi kita bayangan buruk tentang masa depan tamadun kita kerana jika kita tidak belajar daripada sejarah, sejarah yang lama pasti berulang .. bak kata sejarawan "history repeat itself"   persoalan yang harus timbul, "adakah  kita tidak boleh mengubah keadaan ke arah yang lebih baik?..  
jawapannya ada pada diri saya, anda dan kamu semua.. pilihlah kerana kita berhak untuk memilih.. dan setiap pilihan adalah pilihan kita.. jadi beranilah untuk berubah..

tidak harus dilupakan prinsip keberjayaan sesebuah gerakan adalah :

usuli (mendasar) pada prinsip
waqi'i (applicable) pada perlaksanaan
dan
istiqbali (futuristic)  pada perancangan..

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...