~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


Salamun’ala manittaba’al huda.


Sunyi sudah

Kemeriahan di masjid semalam hari ini bakal diganti dengan suasana yang sedikit sunyi. Semalam ramai benar yang mengimarahkan masjid. Semuanya kelihatan cukup bersemangat untuk memburu lailatul qadr yang telah dijanjikan.. malam yang terbaik dari seribu bulan. Malam yang padanya malaikat terus turun dan turun ke bumi.. seperti yang disebut didalam surah al-qadr


تنزل الملائكة والروح


Kalau di dalam bahasa arabnya تنزل atas wazan تفعل itu bererti perbuatan yang terus menerus (continuously). Itulah untungnya bagi pelajar-pelajar bahasa arab. Keindahan alquran akan lebih dapat dirasai.


Membina persepsi


Semalam menitis lagi air mata saya bila sahabat saya Busra menyebut “kitalah yang harus menjaga dan meneruskan perjuangan ini sekalipun sahabat-sahabat yang sebelum ini bersama-sama kita tidak lagi mahu berganding bahu”.

Sejenak saya rasakan susahnya bila mahu menjadi muslimat yang mahu terus terlibat aktif dengan perjuangan. Bertambah susah lagi bila sudah punyai suami dan anak.. astaghfirullahalazim.. bagaimana saya boleh membina persepsi yang sedemikian.. teringat saya pada satu ayat quran yang dibacakan imam terawih sewaktu sepuluh yang malam yang pertama :


“mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu

adalah pakaian bagi mereka” (al baqarah 187)


Justeru seharusnya kedua-dua individu ini saling bertolak ansur, kuat menguatkan dalam mengharungi medan pejuangan ini. Allahuakbar barulah akan tertunainya hasrat untuk melahirkan mujtama’ islami hasil daripada baitul muslim.



Lantas saya cuba untuk menyorot kembali sirah perjuangan orang –orang yang terdahulu. Banyaknya muslimat yang saya jumpa mampu menjadi isteri dan pejuang yang baik. Antaranya adalah isteri baginda rasulullah s.a.w sendiri, saidatina khadijah, memberikan sepenuh hati dirinya kepada perjuangan tanpa mengabaikan tugas sebagai seorang isteri sekaligus ibu kepada anak-anak Rasulullah s.a.w. kerana itulah kewafatannya amat dirasai dan ditangisi oleh baginda. Teman seperjuangan yang hilangnya tiada ganti. Lalu saya cuba untuk berfikir dimana kedudukan kita?


Saya teruskan pencarian saya dan saya temui wanita ansar yang diberkati ; Nawwar binti Malik. Janda tinggalan Thabit bin Dahkak alkhazraji. Ibu kepada pemimpin pakar qurra’, pakar faraid, mufti Bandar madinah dan yang paling masyhur si penulis wahyu rasulullah s.a.w iaitulah Zaid bin Tsabit. Saya terpegun bila membaca tentang bagaimana si ibu ini berlandaskan kecintaan kepada agama yang mulia ini Berjaya mendidik si anak sehingga menjadi insan yang terbilang tanpa dia sendiri futur (gugur) daripada landasan perjuangan.


Saya cuba mengambil ruh perjuangan tinggalan mujahidah perindu syurga ; khaulah binti al azwar. Saya ingatkan pada diri saya kata-kata sang mujahidah sejati ketika memberi kata-kata perangsang kepada sahabat-sahabatya


“ wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang dijalan Allah, apakah kamu sanggup menjadi tukang picit orang-orang rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kamu dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kamu sebagai seorang islam yang bertakwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang rom”


kata-kata ini di ucapkan ketika mereka dikurung dalam satu peperangan Sahura. Beliau terus membakar semangat sahabat-sahabatnya sehingga akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal itu. Dan sebelum bertindak Khaulah telah berpesan

“ jangalah kamu sesekali gentar dan takut, kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka! Hancurkan pedang mereka! Perbanyakkan takbir serta kuatkan hati! Insyaallah pertolongan Allah sudah dekat.”


Kita bukan golongan kelas kedua


Kata seorang penyair :

Wanita diciptakan bukan dari bahagian kepala, kerana dia diciptakan bukan untuk jadi pemimpin, dia juga diciptakan bukan dari bahagian kaki kerana dia bukan untuk di pijak - pijak tetapi dia diciptakan dari tulang rusuk kerana tulang rusuk dekat dengan hati untuk disayangi dan dilindungi”

Ya, kita diciptakan untuk berada disebelah si suami untuk membantu perjuangannya, bukan untuk menjadi “queen control” ataupun si kuli batak. Itulah istimewanya wanita. Diangkat oleh islam daripada tempat yang paling hina dizaman jahiliah dahulu kala.


Saya tidak mampu untuk mengulas panjang kerana saya bukan ahli daripada golongan mereka yang berstatus isteri, tetapi saya harus menulis untuk memberi pesanan kepada diri dan untuk mematikan persepsi orang luar sebelum ini

“muslimat bila dah kawin, performance akan jadi slow”

“muslimat dulu bukan main lagi ligat tapi bila dah kawin habuk pun tarak”

“muslimat sebelum kawin janji akan tolong dalam perjuangan dibahagian-bahagian tertentu tapi bila dah kawin, lenyap dan lesap dimamah waktu”


Sedih betul saya bila mendengar bisikan-bisikan seperti ini. Membuatkan saya menjadi takut , bimbang dan runsing untuk bertemu dengan alam itu. Takut untuk menjadi golongan yang disebut futur atau mutasaqit. Kerana sekarang bukan senang nak cari orang yang faham kehendak kita dan perjuangan (betul ke? hmm )


Tapi hari ini saya sedar itu semua hanyalah andaian. Sebenarnya muslimat ada pilihan, dan mereka berhak untuk memilih. Cuma disana ada perbatasan yang tidak harus dilupakan.


Saya senang untuk melihat contoh-contoh didepan saya muslimat yang walaupun sudah berumah tangga tetapi tetap dekat dengan perjuangan. Sebagai contoh seorang murabbi yang saya kira belum pernah saya ketemu dengan wanita selembut ini tetapi cukup kental bersama-sama dengan perjuangan. Dr Nadzirah qudwah saya untuk terus menjadi sumber inspirasi didalam perjuangan ini. Tanyalah apa sahaja beliau cukup selesa untuk melontarkan idea dan berkongsi rasa. Juga didepan saya, seorang naqibah yang cukup aktif bersuara ; kak nurul syuhadah ~inspirasi srikandi harakah~ (^_~) terus berjuang sekalipun diri bergelar isteri..


("curi" dari blog rijal82 maaf ye k.nurul (^_~) hehe)



ربنا هبلنا من أزواجنا وزرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما


Dalam banyak-banyak muslimat pilihlah untuk menjadi yang paling bermanfaat. untuk si suami, anak-anak dan juga perjuangan melangsungkan rantaian dakwah tinggalan rasulullah..


salamun'ala manittaba'al huda

persoalan semalam

Di awal-awal perjumpaan dahulu sering saya katakan pada adik-adik saya, pilihlah untuk menjadi kejora. kerana dalam banyak-banyak bintang kejoralah yang paling bersinar. bintang fajar yang hanya boleh dilihat pada masa yang tertentu.. pepatah ada menyebut, manfaatkan dirimu untuk orang lain ; biar dilempar ke laut menjadi mutiara dilontar ke langit menjadi kejora.. (^_~) (saya bakal berblog bersama-sama anak-anak buah saya dalam masa yang terdekat.. nantikan blog smart group pertama ~kejora ummah~)

Abadinya Umar Mukhtar

Umar Mukhtar

dirinya pernah di filemkan. seorang tokoh yang cukup berdedikasi terhadap agama, intelektual, cerdas dan memiliki daya juang yang sangat tinggi.. seorang ulama yang memperdulikan persoalan dunia sedang yang lain banyak yang meninggalkannya.

mencaturkan diri melalui perjuangan bersama gerakan mujahidin Libya cukup untuk menonjolkan kebijaksanaan individu ini sebagai master dalam strategi perang gerila di padang pasir. pengetahuan yang mendalam mengenai geografi Libya menyebabkan kepakaran beliau mendahului Itali yang ketika itu masih teraba-raba dengan keterbatasan persekitaran yang penuh dengan debu-debu itu.

peta libya

disinilah beliau mempraktikkan teori pergerakan dalam ruang lingkup alam atau sunnatullah dengan menggunakan ruang keterbatasan itu sebagai titik kemenangan bagi pihak mujahidin. Bersandarkan kaedah yang cukup cantik yang telah diperkenalkan oleh imam as syahid hassan al banna iaitu " jangan pernah melawan sunnatullah pada alam, kerana ia pasti mengalahkan mu, tetapi gunalah sebahagiannya untuk menundukkan sebahagian yang lain, nescaya kamu akan sampai kepada matlamat yang ingin di capai.

مهند الطاهر مهندس الرابع

istimewanya mereka ini adalah mereka agak menyerupai briged izzuddin al-qassam.(menyebut nama briged ini sudah cukup untuk menitiskan air mata saya dengan ingatan pada kisah as-syahid Muhannad Tohir ; anak muda palestina yang terdidik dengan tarbiyah islamiyyah dari kecil membesar sebagai seorang pejuang palestin dan akhirnya menjadi antara mastermind muda yang terkorban dalam usaha untuk mempertahankan bumi al quds ini.. saya syorkan tontonlah kisah ini, kerana inilah kisah redhanya seorang ibu terhadap kematian permata hatinya; seorang engineer muda yang diseru oleh Kekasih yang dicintai dalam keadaan yang cukup suci..).

20 tahun berperang melawan Itali, akhirnya huluran syahid di terima beliau di tali gantung. peristiwa yang menyentak jutaan ummat islam selaku icon paling penting dalam sejarah tirani abad ke 20. hakikat kematiannya wajar ditangisi. hari itu 16 September 1931, ratusan ribu ummat islam di libya meratapi pemergiaannya bertemu Sang Rabbi dalam keadaan tersenyum. seolah-olah hari itu mengimbau kembali sejarah tangisan wanita-wanita di Madinah dengan perkhabaran kematian Khalid Alwalid dibumi madinah.

Kewujudannya yang seketika mengajar ummat islam hari ini untuk bersiaga bertarung dengan ruh dan semangat. inilah resepi kemenangan beliau, memunculkan harapan dicelahan putus asa, tampak santai dalam keserabutan, terus bekerja dalam kesulitan, semuanya bermodalkan iman yang mendalam, berbekalkan konsep kepercayaan hanya Tuhan yang memenangkan insan.


Keunggulan Abd Rahman Ad dakhil

dengan gelaran Saqr al quraysh, Abd Rahman Ad dakhil mengindahkan kembali catatan sejarah nasab bani umayyah dengan penaklukan andalusia selepas kejatuhan bani umayyah di bumi syam. keupayaannya untuk membentuk sepasukan tentera dengan bantuan beberapa kabilah yaman yang berhijrah ke andalusia cukup untuk mengalahkan bani mudhar dalam peperangan almusarrah pada tahun 138 hijrah.

Andalus kini

kejayaan ini membawa kepada pemilihan cordova sebagai pusat pemerintahan yang menyaksikan 34 tahun kegemilangan pemerintahan kerajaan umawi di Andalus. dan hakikatnya sisa-sisa kegemilangan itu masih wujud sehingga kini kendatipun ia cuba dihapuskan oleh kerajaan sepanyol sekarang.

tertegaknya islam di kota ini menukarkan eropah daripada zaman kemunduran yang penuh bergelumangkan jahiliah kepada cahaya kemajuan berisikan keimanan, daripada sistem thoghut yang zalim kepada keadilan sistem islam. dan peristiwa ini cukup untuk mengajar kita erti pengorbanan kepada agama itu melangkaui batasan negara tanpa mengambilkira penat lelah dan jemu dalam berusaha. .

salamun 'ala manittaba'al huda..

Kisah semalam

esok kita bakal berhadapan dengan 19 ramadhan.. tetamu yang dulu kita rindui kini sudah bersiap sedia untuk meninggalkan kita.. Allahuakbar sungguh cepat masa itu berlalu.. tanpa kita sedari derap2 langkahan itu semakin berbunyi.. (T_T)

berkesempatan berbuka bersama-sama dengan smart group saya tempohari memberi saya peringatan : "keupayaan satu-satu smart group itu untuk menjadi hebat kadang-kadang bukannya disebabkan oleh keupayaan si fasilitator tetapi anak buahnya yang tidak mempunyai masalah sikap."

saya secara peribadi sangat bersyukur dan beruntung kerana memiliki adik-adik yang sangat membantu saya dalam mengendalikan smart group ini dan secara tidak langsung mempercepatkan proses kematangan dalam satu-satu perbincangan. (thanks adik-adik kejora (^_~)). oleh itu si fasilitator seharusnya sedar dengan keadaan ini dan harus cuba menjadi lebih baik. bukannya sekadar belagak sombong dan sebenarnya dalam diri mereka ini penuh dengan masalah melebihi anak-anak buahnya.

Mendepani hakikat kejatuhan tamadun swaktu khilafah usmaniah di Turki.



Kedudukan geografinya yang agak istimewa dengan separuh daripada wilayahnya terletak di Asia dan separuh lagi (sebahagian kecil) berada di kedudukan Eropah, dengan Selat Bosporus yang menjadi jambatan penghubung di antara kedua-duanya cukup untuk menjadikan Negara ini sangat di cemburui oleh musuh-musuh islam terutamanya Yahudi Dunnama yang pada akhirnya berjaya meruntuhkan kehebatan kerajaan usmaniah ketika itu.



khilafah ini di asaskan oleh Usman Ortoghol dengan klimaks pemerintahnya adalah Al-fateh yang berjaya menggegarkan bumi Byzantium dan menawan kota konstantinople. Strategistnya yahudi laknatullah ini hingga berjaya menaikkan Mustafa Kamal Attarturk
dan dalam pada masa yang sama mereka sangat giat dalam memperjuangkan gerakan yahudi yang lebih di kenali sebagai the young turks pada tahun 1908 dengan bantuan daripada satu pertubuhan yang lebih dikenali sebagai freemason. Perancangan keji mereka ini secara rasminya berjaya meruntuhkan khilafah pada 3 mac 1924 dengan pertabalan Mustafa kamal.

mustafa kamal atarturk

Dasar Kerajaan Turki yang sebelumnya berasaskan syariatullah secara drastiknya bertukar dan telah dipisah-pisahkan. menurut Ahmadi Al-Aziz (1998) antara dasar-dasar yang telah berubah adalah :

1) Al-quran dan hadis tidak lagi dijadikan sebagai sumber perlembagaan dan pemerintahan negara.

2) perompak-perompak terhormat yang mengaut harta kekayaan rakyat melalui penyertaan dalam bidang politik telah dilantik menjadi golongan pemerintah.

3) 95% isi kandungan siaran radio adalah berunsurkan maksiat dan hanya 5% sahaja yang baik

4) Pembinaan tugu-tugu dan patung-patung yang berleluasa dan di besar-besarkan

5) Pergaulan bebas, muzik-muzik haram, panggung-panggung wayang lucah,
pendedahan aurat, zina arak dan judi yang dibenarkan berleluasa

6) Manusia berkeliaran di luar masjid berusrusan dengan duniawi dan waktu-waktu sembahyang dan masjid dibiarkan kosong

7) penyisihan golongan anakyatim, fakir miskin, orang-orang tua dan sebagainya

8) banyak projek-projek sia-sia bernilai jutaan ringgit yang bertujuan memperbesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang besar sahaja.

9) polis yang sepatutnya bertugas menjaga ke amanan tetapi merekalah yang banyak membuatkan rakyat berasa tidak aman.

10) Para pemimpin apabila di tegur, mereka melenting marah maka mereka berdendam dan mencari peluang untuk menjatuhkan pihak yang menegur..

Satu Malaysia Dalam Bahaya..

dalam kesepuluh-sepuluh perkara di atas yang telah digariskan oleh ahmadi al aziz, ternyata Malaysia sekarang berada di kedudukan yang sama. cuba baca dan perhatikan dengan betul-betul..

1) adakah alquran benar-benar diambil menjadi dasar pemerintahan negara kita? kerana setahu saya perlembagaan Malaysia adalah diambil daripada penjajah yang sebelum ini iaitu daripada England dan dipinda-pinda mengikut kesesuaian dan ke "suka hati"an pemimpinnya. (Malaysia antara negara yang banyak melakukan pindaan akta) hmm satu persoalan.

2) cuba perhatikan, adakah menteri yang sedia ada kaya-kaya selepas menyertai politik? siapakah yang banyak menguasai projek-projek besar di negara ini? jawapannya ada pada anda

3) siaran media yang kini semakin berleluasa dengan penayangan cerita-cerita karut marut dan banyak berunsurkan penerapan budaya barat seperti adegan memeluk antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sehingga kini ia menjadi seolah -olah satu kebiasaan pada mata penonton.. (allahukbar..)

cuba teka siapa di dalam gambar?

4) pembinaan tugu-tugu tokoh di dalam negara yang kian berleluasa yang katanya "untuk memberi peringatan kepada generasi muda". padahal sejarah itu bukan semata-mata pada tugu yang dibina tetapi lebih kepada sikap penghayatan kepada nilai sejarah itu sendiri.

5) muzik-muzik, tari-menari, pergaulan bebasa yang semakin menggila di bumi Malaysia ini. dan baru-baru ini isu arak "kartika" yang mendapat perhatian ramai menyebabkan timbul kenyataan-kenyataan yang seolah -olah mahu memperlekehkan hukum Tuhan.

6) tak perlu saya hurai panjang, lihatlah. berapa banyak masjid-masjid yang di imarahkan dengan sebaiknya. ada tetapi jumlahnya yang terlalu kecil dan kian mengecil dengan kemaitian generasi tua yang terdahulu. generasi sekarang? hmm sibuk dengan urusan dunia mereka..

7) Bayangkan berapa ramai jumlah fakir miskin dan anak yatim yang diabaikan? sehingga baru-baru ini heboh dengan kisah si janda yang melacur smata-mata kerana tidak berduit untuk menyuapkan nasi kepada si anak? lalu saya ingin persoalkan di mana insan-insan yang sepatutnya bertanggung jawab?

8) Lihat sahaja projek-projek yang berjuta-juta yang bertujuan "ntah apa-apa" dilaksanakan dengan begitu mudahnya. sebagai contoh. peruntukan pembangunan di brieckfield bernilai rm30juta semata-mata untuk membangunkan little india ini dengan sewenang-wenangnya diluluskan oleh Perdana Menteri 1malaysia. sedangkan berapa ramai jumlah rakyat yang sedang menanti huluran bantuan daripada kerajaan pusat. klik sini http ://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7693&highlight=

9) polis sebagai sumber ke amanan? allahuakbar. cukuplah dengan pendedahan pengalaman demonstrasi isa yang lalu, cukup untuk menjadikan saya alergik dengan sistem kepolisan Malaysia. saya tidak pernah anti dengan polis kerana pada saya mereka ini berusaha memenuhi tanggungjawab mereka tetapi kerana kebobrokan sistem yang digunapakai menjadikan mereka seolah-olah dicucuk hidung dengan pimpinan yang sedia ada.

10) daya tidak mahu mengatakan pemimpin yang sedia ada tidak terbuka untuk di tegur tetapi dengan apa yang dilaporkan media (yang sememangnya dikuasai oleh mereka) menunjukkan sikap siapa mereka yang sebenarnya.

cukuplah dengan perbandingan itu tadi. satu titik persamaan (sebenarnya 10) yang saya kira cukup untuk menjadikan Malaysia sebenarnya di ambang kejatuhan. inilah keuntungan belajar daripada sejarah. "cari-analisis-develop" keypoint untuk memajukan tamadun kita (^_~)

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...