~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....



TRANSFORMASI WANITA, PIMPINAN PARTI PATUT LUPAKAN PERBEZAAN IDEOLOGI

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Umatku ini adalah umat yang dirahmati (dikasihani). Tidak ada azab bagi mereka di akhirat. Azabnya adalah di dunia, berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, musibah-musibah, dan pembunuhan.”
(Riwayat Thabrani melali Abu Musa r.a)

Isu lucah sana lucah sini kini menjadi satu isu yang kian meruncing di kalangan rakyat Malaysia. Adegan-adegan yang cukup memalukan dipertontonkan sesuka hati. Beginikah hakikat penampilan dan imej serta kriteria masyarakat yang kita mahukan? Sesat dalam kemodenan serta menghilangkan nilai-nilai sesbuah tamadun. Maka siapakah yang harus dipersalahkan? Pengeksploitasian politik atau media cetak?

Di sana-sini orang sering memperkatakannya tanpa sedar sebenarnya disebalik kesemua yang terjadi, kaum wanita sepatutnya yang merasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Media elektronik secara terang-terangan menjadikan wanita sebagai aset untuk dieksploitasi. Iklan-iklan ubat pelangsing tanpa segan silu mempamerkan bentuk tubuh wanita sebagai pelaris produk mereka.

Selain itu, majalah-majalah hiburan yang ada hari ini turut seakan-akan memberi sokongan kepada aktiviti tidak bermoral ini. Adegan-adegan yang keterlaluan seperti berpeluk dan menggayakan aksi di tepi kolam mandi menjadi pilihan untuk mempopularkan majalah masing-masing. Justeru saya tidak tahu apa yang mahu ditonjolkan, apa motif dan kebaikannya, hanya mereka yang tahu.

Langkah majlis fatwa yang telah memutuskan agar wanita yang beragama islam tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik yang memerlukan mereka berpakaian separuh bogel dan sebagainya seharusnya disambut dengan baik, namun saya kira hari ini, para artis masih lagi seakan-akan tidak memperdulikan keputusan tersebut.

Sebagai contoh, sewaktu pertandingan juara lagu dan sebagainya, sebahagian besar daripada mereka lebih selesa memilih baju-baju yang lebih sesuai dikatakan berkemban dan sebagainya.
Maka saya lihat, Jabatan kemajuan agama islam seharusnya tampil sekali lagi bagi menasihati para artis supaya nilai-nilai muslimah yang ada dalam diri masih terpelihara.

Justeru, pihak yang bertanggungjawab sewajarnya mengambil langkah yang lebih bijak untuk menangani masalah tersebut. Akta percetakan dan penerbitan 1984 dalam seksyen 7 (1) yang mengawal perkara-perkara berhubung percetakan dan penerbitan sebagai salah satu hujah yang memberi kuasa kepada menteri untuk menghalang secara mutlak atau bersyarat jika berpuas hati bahawa apa-apa penerbitan yang mengandungi artikel, karikatur , laporan, nota-nota, lagu, muzik dan kenyataan atau apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan prasangka terhadap moral.

Pengeksploitasian akan terus berlaku sekiranya golongan wanita masih lagi berada di takuk lama, sekadar berpuas hati dengan apa yang ada.

Wanita seharusnya sedar dan bangun untuk memainkan peranan dalam memastikan bangsa yang ada tidak hanyut dalam norma-norma kehidupan barat yang sesat dan jahil. Zaman jahiliyah akan kembali memperjijikkan wanita seandainya masalah ini tidak dibendung daruipada peringkat akar umbi.

Justeru, kerana sayangkan kaum wanita, dan bimbangkan masa depan generasi akan datang, maka kami diperingkat SIGMA menggesa baik Kementerian Pembangunan Wanita dengan spefikasi kepada Datuk Shahrizat Abd Jalil dan seluruh NGO serta sayap kiri parti politik termasuk Dewan Muslimat untuk duduk semeja membincangkan permasalahan ini.

Transformasi wanita seharusnya menjadi noktah bidayah untuk kita melupakan seketika perbezaan parti demi menyelamatkan anak bangsa kita pada masa akan datang. Keprihatinan kita kepada mereka bakal merubah Malaysia ke arah menjadi masyarakat yang tinggi dengan nilai ketamadunan.







Daripada wanita untuk wanita,
Nazirah Abu Bakar
Pengerusi Srikandi Gerakan Mahasiswi Muda 2011 (SIGMA GAMIS)

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...