~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

Assalamualaikum dan didoakan anda yang saat ini membaca blog ini berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dibawah Rahmat Allah.

Setiap kali menulis entry baru, makanya setiap kali itu saya akan mengomel dan menyalahkan diri kerana tidak mampu untuk istiqamah dalam dunia penulisan. Saya sendiri tidak tahu apa yang menghalangnya, sedangkan saya sendiri sekarang sudah berada dalam dunia penulisan. Setiap hari menganalisis buku, bertemu penulis dan sebagainya tetapi masih tidak mampu bertabah untuk menulis. (Heh Nazirah, please wake up youself!)



Siapa tahu apa nasib kita di masa depan? Siapa sangka hari ini kita ditakdirkan untuk menjadi begini? Kalau ada sesiapa yang dapat menjawab, sila email saya segera untuk saya berikan anda hadiah... Lebih daripada iPad saya mahu beri. Dengan syarat anda harus beritahu saya apa rahsianya?

Seingat saya, dulu saya selalu berangan mahu jadi doktor, tup tup apabila besar tanpa dipaksa siapa-siapa, saya dengan rela hati mengambil aliran akaun. Eh eh belum habis lagi, selepas itu menyambung dengan jurusan bahasa Arab. Wah, apa nak jadi dengan saya? (Hmmm try to count by yourself Nazirah!)

Jadi, silalah merancang hari ini untuk anda menjadi siapa anda pada masa hadapan ya!

Let's me share!
Tadi sedang saya mengedit buku, saya terjumpa dengan satu terjemahan petikan ayat al-Quran yang berbunyi:
" Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambah kebaikan untuknya dengan menggandakan kebaikannya itu..."
(Surah as-Syura ayat 23)

Subhanallah! Indah bukan agama ini, hanya dengan sedikit kebaikan, Allah sudah jamin untuk berganda-ganda balasan kebaikan untuk kita. Persoalannya, baik itu bagaimana?

Adakah semata-mata dengan ibadah?
Adakah semata-mata dengan akhlak?

Maka jawapan saya, sudah tentu tidak. Kebaikan itu terlalu luas. Anda yang sebentar tadi bertolak-ansur dengan memberi laluan kepada kereta yang bertembung dengan anda adalah kebaikan. Anda yang membantu mengutip sampah dijalanan adalah kebaikan. Anda yang membantu menutup pili air yang tidak tertutup adalah kebaikan. Anda yang memilih untuk menyebarkan peringatan kepada orang lain adalah kebaikan. Senyum kepada orang juga adalah kebaikan. Maka apalagi yang menghalang kita daripada berbuat kebaikan? Tidak ada bukan?

Kisah saya di tahun akhir......

Hari itu nampak redup, angin bertiup seolah-olah menyatakan hari ini terlalu indah untul dinikmati. Oh terima kasih Tuhan. (Eh eh sudah seperti ayat novel... Bukan.. Bukan.. Saya bukan mahu berkisah seperti yang tertulis dalam novel) Ok sambung, selepas habis kuliyah, saya bergegas ke kaunter bas untuk membeli tiket ke rumah kakak sulung saya di Terengganu. Semasa saya di sana, seorang pak cik tua yang berpakaian serba putih menapak di kaki lima deretan kedai itu. Daripada atas sampailah ke selipar beliau semuanya berwarna putih. Selesai membayar harga tiket, si lelaki tua itu mengambil giliran bertanya kepada penjaga kaunter. Rupa-rupanya beliau mahu ke Terengganu, satu daerah yang serupa dengan saya.

Namun apa yang menyedihkan, dia tidak punya wang yang cukup. Lantas dia berjalan dengan penuh kepayah menjinjing beg plastiknya berjalan sambil berusaha menahan lori-lori yang lalu lalang. Tidak ada yang berhenti, lantas saya bergerak menuju kepadanya. "Pakcik, pakcik nak ke mana?" (Sekalipun sudah saya dengari sebentar tadi) "Pakcik  nak ke Terengganu, tapi tak cukup duit, cadangnya nak tumpang bas sampai Kuantan, di sana nanti baru pakcik naik bas, lebih murah. 2 hari lepas pakcik ke sini dengan anak, tetapi pakcik tak tahu di mana dia sekarang." Nah, air mata saya mengalir tanpa dapat disekat.. Saya seluk poket seluar, dan saya tahu, saya hanya ada sekeping wang itu untuk dihabiskan sebelum saya pulang ke rumah kakak dalam masa seminggu lagi.

Saya serahkan duit itu dan saya katakan padanya, "pakcik ambillah duit ini, dan jangan tanya saya lagi, cukup untuk pakcik doakan saya. Beli tiket dan bakinya simpan untuk makan. Semoga selamat sampai. Assalamualaikum..." Saya terus berlalu tanpa sempat dia bertanya dengan lebih banyak. Air mata yang terbit hanya Tuhan yang tahu, saya pusing sekali lagi untuk melihatnya, namun dia sudah menghilangkan diri. Ke mana dia pergi? Hanya Tuhan yang tahu... Semoga hari ini dia selamat walau di mana dia berada. Amin... Dan boleh jadi, berkat doa pakcik tua itu agaknya, rezeki saya bertambah-tambah selepas itu. Sampai ke hari ini alhamdulillah, usai pengajian saya terus dipanggil bekerja. Alhamdulillah.

Lantas apa yang mahu saya sampaikan? Teman, ketika ada terdetik dihati kita untuk berbuat baik, teruskanlah dan jangan ditangguh-tangguhkan, boleh jadi itu ilham daripada Tuhan. Santunilah ilham Allah dengan tindakan yang baik. Semoga kita jadi golongan yang berjaya seperti yang dinukilkan dalam surah as-syams. Sekarang? Apa tunggu lagi? Sebarkan kebaikan walau hanya dengan sekuntum senyuman, nescaya akan dibalas Tuhan dengan berganda-ganda pahala. ^__^

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...