~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

Salamun'ala manittaba'al huda.



Saya coretkan segala memori BERSIH 2.0 di sini buat peninggalan generasi selepas saya untuk mereka baca sekiranya saya sudah tidak ada kelak ^_^ Saat saya menulis, kesemua memori itu seolah-olah wayang yang dimainkan didepan mata.

 .::. Pagi itu saya dan 6 orang teman serumah bersiap seawal mungkin untuk bergerak ke sana. Malah Amie yang begitu bersemangat pagi-pagi seawal jam 7.30 pagi sudah berdiri tegak dihadapan pintu rumah. Masak dan makan beramai-ramai akan menjadikan pagi BERSIH satu kenangan yang takkan kami lupakan. Kami berpecah dengan 4 menaiki tren dan 4 orang menaiki motorsikal.

..::. Sudah hampir 3 bulan saya tidak menaiki motorsikal, dan pagi BERSIH itu saya menaikinya semula. Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya sungguh gembira. Terima kasih kepada ustaz Ridhuan Helang Senja kerana sudi meminjamkan saya BGN yang sungguh berjasa ^_^

..::.. Tidak tahu mahu bergerak ke mana kerana sekatan polis yang menggila, saya dan Shahidat beserta Maryam dan Karimah memilih untuk melalaui lorong-lorong kecil menuju ke Pasar Seni. Tiba di sana seakan buntu tidak tahu mahu berbuat apa. Menunggu hampir 30 minit dengan hanya 4 orang kami sahaja. Ramai orang di sana, ada yang tua, ada yang muda, ada yang tertidur kerana penat bertolak daripada jauh barangkali. Dan saya sempat membeli seekor ram-rama untuk diletakkan di atas kepala ^_^ Dan ia masih hidup hingga kini sekalipun meredah hujan dan asap bersama saya.

.::.. Tiba-tiba sedang kami berdiam diri, di depan KTM Kuala Lumpur, terdengar laungan Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Berderau darah saya, sudah bermulakah? sedangkan jam baru menunjukkan angka 12.30 tengahhari. SMS yang saya dapat memberitahu perarakan ke Stadium Merdeka hanya pada selepas solat zuhur. 

..::.. Tanpa sebarang arahan, tanpa sebarang pembesar suara, semua yang berada di situ secara serentak berlari-lari memasuki crowd di sana. Seolah-olah kesemuanya dipukau ke sana, saya kira ribuan ummat dengan pelbagai rupa ada. Baik cina, melayu mahupun India.

..::.. Kesemua mereka berjalan dengan aman, tidak ada yang mematahkan sekalipun sebatang ranting pokok, berjalan ke arah bangunan pejabat Pos Malaysia. Sungguh saya teruja berada dicelahan mereka. Ada yang berkecek klate, berinteraksi dengan loghat Kedah, mung aku dengan Terengganunya, saya fikir ini baru 1Malaysia. 

.::.. Baru sahaja melepasi bangunan Pos Malaysia, tanpa diduga gas pemedih mata dilepaskan secara membabi buta. Sungguh saya kira yang melepaskan itu lebih buta dari babi. Tidak berfikirkah mereka, ada si tua, si kecil dan si kurang upaya yang tidak bersalah? Buat kali pertama air mata beribu manusia tumpah di situ, hanya kerana kerakusan nafsu sang boneka yang menjadi tunggangan kerajaan durjana.

..::. Kesemua berpatah semula, terbatuk-batuk mencari oksigen, saling memberi air dan garam, mengelap muka dan saling membantu. Sungguh ajaibnya apabila mereka ini tidak pernah mengenal siapa yang dikiri mahupun di kanan mereka. Apa yang terbayang adalah, aku kena bantu dia! Aku kena bantu dia! Allahuakbar! Air mata saya menitis saat itu bukan kerana pedihnya gas  beracun tetapi memikirkan laknatnya mereka yang sanggup menindas rakyat sedemikian rupa.



.::. Kami berjalan semula, melalui Pasar Seni ke Masjid Negara, sungguh bangsat mereka yang menyekat kami daripada bersolat di dalam rumah Allah yang mulia. Berpatah semula, saya melihat saat itu bertebaran ummat manusia sujud di kiri kanan jalan, ditepi-tepi sungai, di atas rumput, mendoakan yang terbaik buat rakyat. Zohor berlalu dan kami pantas bergerak ke Stadium Merdeka

..::.. BERSIH! BERSIH! BERSIH! ALLAHUAKBAR! Itu laungan yang berkumandang disepanjang perjalanan yang tidak pernah meletihkan. Tiba-tiba..... Air hujan mula mencurah-curah, membawa kami ke daerah semangat yang lebih membara! Merasakan Tuhan itu ada bersama kami. Menenggelamkan kami dalam lautan cinta kepada keadilan sejagat.

..::.. Sedang kami berkumpul didepan Stadium, ada yang menjerit; "BERI LALUAN, BERLALUAN"  Zasss datangnya Dr Hatta dengan badan yang menggigil kesejukan tapi wajahnya mempamerkan semangat yang menyala-nyala. Laungan BERSIH kembali bergema, "BERSIH!BERSIH!BERSIH!" 

..::.. Tidak berapa lama, berbunyi pula satu suara, "BERI LALUAN......" Nah datang pula si rakyat berbangsa India dengan sebelah kaki yang tiada melaungkan "REFORMASI!!"  Saat itu berderai air mata saya! Si dia yang kudung sudi menapaki jalanan ini, lantas apalagi yang saya mahu lihat! Its is enough! Saya tahu, rakyat sudah benar-benar marah!

..::.. Berpatah semula ke KLCC, saya kira langkah yang sudah hampir 20KM itu tidak disedari lantaran kiri dan kanan saya diapit mereka yang dahagakan keadilan. Laungan terus bergema, Takbir makin menongkah arus. FRU dan polis kembali tergugat, DUMP!!! DUMP!! Ledakan gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi, tercungap-cungap sahabat saya bagai meminta nyawa. Sekali lagi, saling membantu, ku berikan air, dan kau berikan garam padaku. Terima kasih Tuhan untuk anugerah BERSIH ini. 

..::.. Belum sempat ke KLCC, dibelakang saya ada seorang budak sindrome down menjerit "Bodoh punya polis, bodoh punya polis" Saya terfikir, tahukah dia apa yang sedang dijeritnya? Dia sendirian ke BERSIH tanpa seorang teman pun di sisi? Allah...... Sekali lagi air mata saya diragut situasi yang melanda.

..::.. Tiba-tiba kawasan Bukit Nanas bingit dengan bunyi"neno-neno-neno",  kenderaan FRU mula memenuhi kawasan tersebut, dengan helikopter yang sengaja direndahkan, kesemuanya menghalau lautan ummat manusia di situ. Polis mula mengejar seorang demi seorang, dan rakan saya berlari sehinga ke dalam hutan disebalik kawasan perumahan. 

..::.. Mamak yang membuka gerai membukakan laluan pintu belakang mengajak rakyat berlindung disitu, garam dihulur dan alhamdulillah kami bersekutu membawa mesej yang sama.

..::.. Terlalu banyak yang mahu saya coretkan lagi, namun kesemuanya takkan mampu melakarkan apa yang saya dan ratusan ribu yang lain rasa. Sungguh kami kira, jalannya kami dibumi Kuala Lumpur ini takkan mampu dihalang dek polis durjana, kerana kami sudah sedar yang kuasa rakyat jauh melangkaui apa yang mereka ada. TUHAN! SAKSIKAN AIR MATA KAMI YANG MENITIS, PELUH KAMI YANG MENITIK INI, AGAR MENJADI BUKTI YANG SATU KETIKA MEREKA-MEREKA ITU PERNAH MELUKAKAN KAMI! 

3 comments:

Sungguh menarik jalan cerita anda...

Menarik dan memilukan dan menitiskan airmataku. Hebat ukhti...teruskan dengan istiqamah dan perjuangan meletakkan keadilan di bumi Malaysia dan menegakkan Islam di mukabumi. Berbanding dengan 20 tahun dahulu Malaysia telah terdidik dan lebih baik kerana anda semua. Islam wajib diletakkan di atas segala perlembagaan. Allaahu Akbaar!!!!

media arus perdana blh trus-menerus mmbodohkn rkyat tntg isu ni,namun kita MELIHAT aksi mereka,MERASA kekejmn mreke d sana, MENYEDARI keBODOHan mreka mmprlakukan rkyat, smuanya kita LIHAT..1 kenangan yg akn trus sbur d mnda kita.. xkn mmpu lg utk dprBODOHkn..(^_^)

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...