~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

Salamun'ala manittaba'al huda.

Pagi Yang Indah

Tarik nafas................................
Lepas.......................................
Tarik........................................
Lepas......................................

Untuk seketika, pejamkan mata, rasakan betapa nikmatnya punyai udara untuk dihirup. Percuma namun jarang-jarang ada yang berterima kasih dengan-Nya. Untuk seketika, mari sama-sama kita lafazkan, "ALHAMDULILLAH". Selesai untuk seketika bukan? Tidaklah kita hidup dengan perasaan gelisah.

Saya juag seperti anda, kekadang teringat, kekadang terlupa. Terlupa untuk berterima kasih dengannya. Namun, amat menggembirakan apabila Alhamdulillah, Tuhan lorongkan kehidupan saya ke arah kebaikan. Itu yang saya rasakan. Boleh jadi anda yang berada di luar sana memikirkan, hidup anda tidak serupa dengan saya. Anda lebih tersiksa, banyak masalah yang melanda, bertimpa-timpa dirundung duka? Begitukah kehidupan anda?

Saya juga manusia seperti anda. Fitrah kita adalah sama. Emosi dan perasaan kita adalah sama. Akal kita juga sama. Yang berbeza mungkin pada cara pandangan kita. Ya, cara pandangan itulah yang membezakan siapa kita. Cara pandanganlah yang menentukan kita bahagia atau duka. Norman Vincent Peale pernah menyebut, "Kunci kejayaan seseorang itu ditentukan oleh cara bagaimana dia berfikir." Nah, itu jawapannya mengapa hidup kita berbeza.

Apabila duka mendatangi diri, terpulang kepada kita bagaimana mahu menerimanya. Andai itu dipandang sebagai satu rahmat daripada Tuhan, percayalah, insyaAllah, pastinya perjalanan yang mendatang bakal dilalui dengan hati yang reda. Namun andainya ia diterima dengan hati yang marah dan kecewa  kepada  Allah, pastinya saat-saat yang bakal dilalui akan meranggut kebahagiaan yang sebelumnya.

Kasih Tuhan Lebih Erat Daripada Kasihnya Si Ibu.

Selalu apabila orang bertanya, siapa yang paling kita sayang? Saya yakin ramai yang menjawab "Ibu". Apabila ditanyakan, siapa orang yang paling kita rindui? Pastinya jawapan "Ibu" berada di ranking yang pertama. Bukan adik, abang, kakak ataupun kawan. Apabila bercerita pastinya kita lebih seronok menggambarkan betapa lazatnya hidangan ibu, betapa nikmatnya berada dalam pelukannya, betapa sayangnya dia pada kita, ah tiba-tiba sahaja menuliskan ayat-ayat ini saya mula merindui ibu saya.

Hebatnya kasih seorang ibu sehinggakan setiap titis katanya dirindui bukan? Andai itu yang kita rasakan sekarang, ya benarlah kita adalah seorang yang berperasaan. Untuk seketika, fikirkan, pernahkah kita merindui Tuhan? Ada ataupun tidak apa-apa yang diberikannya yang membawa kita kepada rasa ingin terus dibelai dengan kasih-Nya? Kasih Tuhan bukan hanya untuk orang yang baik-baik sahaja. Kasih Tuhan itu untuk semua, baik kaya mahupun miskin, baik cantik mahupun hodoh, baik bijak mahupun tidak, baik islam mahupun bukan muslim, semuanya Tuhan kasih.

Kerana kasih Tuhanlah, Umar al-Khattab mendapat hidayah. Daripada penentang menjadi pendokong. Kerana kasih Tuhanlah, Hindun si pemakan hati Hamzah menjadi muslimah,
Dan kerana kasih Tuhanlah, hari ini kita masih di sini. Mendapat udara percuma tanpa perlu dibayar dengan sebarang harga. Selepas duka didatangkan-Nya gembira. Buat mengubati hati. Selepas gembira ditukarnya dengan duka, supaya hati kita dididik dengan rasa bertuhan. Tuhan itu bukan hanya untuk waktu suka, tetapi  Dia juga ada di waktu duka. Kekadang kita terlalu gelojoh dalam merampas nikmat yang diberikannya.

Sebagai contoh, apabila diberi rupa yang cantik, maka ramai yang gelojoh mahu menayangkannya pada yang lain. Maka bermulalah sindrom melupai Tuhan. Yang aurat dibuka, yang haram disentuh dan sebagainya.
Apabila kaya, zakat mula menjadi beban, derma mula menjadi kiraan, yang miskin mula dilupa, itu yang terkadang, agaknya membuatkan Tuhan menjadi duka, duka dengan kita. Madu yang Tuhan beri, kita balas dengan tuba. Kasih yang Tuhan beri, kita balas melupakan-Nya. Maka, pada saat itu, anda bayangkan, siapa kita di mata-Nya?

Magisnya Kasih Tuhan..

Kekadang dalam kehidupan kita, apabila sudah terlajak kita melukakan hati seseorang, pastinya sukar untuk dia memaafkan kita. Tetapi tidak sama sekali bagi Tuhan. Dia itu terlalu sempurna. Seribu kali kita sakiti, belum tentu sekali akan dibalas-Nya. Selangkah gerakan yang kita buat untuk meninggalkan-Nya, seribu langkah Dia akan mendekati kita. Manusia mana didunia ini yang sanggup berbuat sedemikian rupa? Tidak ada bukan? Ya, kerana tidak ada itulah yang membezakan Dia dengan selainnya.

Ujian bukan untuk menjarakkan, tetapi sebagai penambat kasih. Kasih-Nya pada kita...
Duka bukan untuk memenjarakan kita dalam gua kesedihan, tetapi sebagai pintu untuk kita lebih mengenali-Nya,
Sakit bukan untuk menjauhkan, tetapi untuk dirawat dengan rindu pada-Nya.

Hakikatnya, itulah kasih Tuhan. terlalu magis hingga tidak mampu dilihat dengan pandangan mata. Ayuh bersama, kita bukakan hati, besarkan jiwa, sama-sama kita kembali pada-Nya. Terlajak masih boeh berpatah semula. Dia sudah bersedia untuk memeluk kita dengan Rahmat-Nya. Tinggal lagi, hanya pada diri kita. Andai masih mahu mendapatkan-Nya, ayuh, kita lari mendakapi cinta-Nya. Dia ada di sana takkan jemu-jemu menanti kita. Ayuh, siap sedia, satu... Dua... Tiga, lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dapatkan-Nya segera!!!!

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...