Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Ya Allah....
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..
Hidup matiku hanya untukmu..
Salamun'ala manittaba'al Huda
KETUK_KETUK REJAB
Satu hadis yang direkodkan oleh Bukhari, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa yang terdahulu"
Siapa yang berani menjamin bahawa dirinya pasti sampai ke Ramadan yang bakal mendatang? Sila angkat tangan anda. Kalau anda berani, memang anda hebat! Namun saya yakin pastinya ramai yang tidak mengangkat tangan. Siapa kita untuk menentukan yang kita akan sampai ke medan itu? Hatta, nujum Pak Belalang pun belum tentu boleh meramal. Tidak ada di dalam kitabnya barangkali.
Hari ini sudah masuk 6 Rejab. Siapa yang sudah mula berpuasa? Pasti ada yang senyum apabila soalan sebegini di ajukan. Ada yang senyum kerana dirinya sudah memulakan rentak menuju Ramadan. Barangkali ada juga yang senyum kerana malu mengakui yang dirinya belum melakukan apa-apa tindakan. :) Tidak mengapa, masih ada baki 24 hari, mari bersama-sama kita usahakan supaya paling tidak kita dapat sepuluh hari dalam bulan Rejab.
Jom puasa Rejab!







1 comments:
satu post yg sngat menarik,,,moga jd pngajaran,,,yg paling penting,,,moga Allah beri ape yg terbaik utk kita semua,,,,insyaAllah
Post a Comment