~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun 'ala manittaba'al huda..

Siapa Muhammad yang Yang Kita Kenal?? saya percaya.. anda juga amat mencintanya.. namun sejauh mana kita cakna dengan catatan sejarah hidupnya.. ayuh.. ~KEMPEN KENALI BAGINDA~

KELAHIRANNYA

Muhammad (s.a.w.) dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal, Tahun Gajah yang bersamaan dengan lebih kurang 20 April, 571. Tahun tersebut digelar Tahun Gajah kerana pada tahun itu, Abrahah Al-Ashram, gabenor Mesir di Yaman, menaiki gajah dan memimpin tenteranya untuk menyerang Mekah dan memusnahkan Kaabah.

Ayah Muhammad bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah, anak kepada Wahab. Nama penuhnya adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Kusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir bin Malik bin Al-Nadhar bin Knana bin Khuzaima bin Mdraka bin Ilias bin Mudir bin Nisar bin Ma'ad bin Adnan. Nenek moyang Adnan boleh dijejak kepada Ismail (a.s.), anak kepada Nabi Ibrahim (a.s.). Datuk Muhammad, iaitu Abdul Muttalib, adalah pemimpin suku Quraisy, suku termulia di kawasan tersebut. Ibunya adalah daripada keturunan bangsawan yang berpengaruh dan mempunyai moyang yang sama dalam suku tersebut.

IBU BAPANYA

Bapa Muhammad, Abdullah, meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan dan tidak pernah melihatnya. Sejurus sebelum kelahiran Muhammad, ibunya Aminah bermimpi nampak suatu cahaya keluar daripadanya dan menerangkan istana-istana Basrah. Seperti mana kebiasaan pada masa itu, apabila Muhammad dilahirkan, ibunya menghantarnya untuk tinggal di padang pasir pada beberapa tahun pertama supaya beliau boleh belajar bahasa Arab klasik yang bersih, menghirup udara padang pasir yang segar, jauh dari kota Mekah. Selama dua tahun pertama, beliau disusukan oleh Halimah Al-Saadiah. Selepas dua tahun, Halimah meminta izin ibunya supaya membenarkannya tinggal lebih lama dengannya dan ibunya bersetuju.

Ibu Muhammad (s.a.w.) meninggal dunia ketika beliau berusia enam tahun, diikuti oleh kematian datuknya, Abdul Muttalib, ketika beliau berusia lapan tahun. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya, Abu Talib, dan tiga sepupunya, iaitu Ali, Jaafar dan Akeel. Di bawah bimbingan bapa saudaranya, beliau belajar menggembala kambing dan berniaga. Apabila meningkat dewasa, beliau dikenali sebagai seorang yang jujur, adil, rendah diri dan utuh peribadinya. Orang Quraisy menggelarnya "Al-Amin" (bermaksud "Yang Dipercayai").

BERMULANYA KEHIDUPAN

Semasa berusia enam belas tahun Muhammad (s.a.w.) bekerja dengan Khadijah, anak perempuan Khuwalid, seorang balu dan ahli perniagaan terkenal, yang merupakan salah seorang bangsawan Quraisy. Semasa berusia dua puluh lima tahun, beliau mengahwininya. Dianggarkan bahawa Khadijah berusia empat puluh tahun semasa mengahwininya. Beliau adalah ibu kepada semua anaknya kecuali Ibrahim. Anak-anak mereka adalah Al-Qasim, Abdullah (Al-Tahir/Al-Tayyib), Zainab, Rukayyah, Umi Kalsum dan Fatimah. Selepas kematian Khadijah, Muhammad mengahwini Maria, seorang Koptik, yang melahirkan anak bongsunya, Ibrahim.

ISTIMEWANYA DIA

Salah satu tanda-tanda awal kebijaksanaan dan sifat diplomasi Muhammad ditunjukkan semasa berusia tiga puluh lima tahun. Suku-suku Quraisy terpaksa membina semula Kaabah untuk mengelakkannya daripada roboh. Apabila mereka perlu meletakkan "Batu Hitam" pada tempatnya, suku-suku ini mulai bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan penghormatan meletakkan batu tersebut pada tempatnya. Hal tersebut berterusan selama beberapa hari sehingga keadaan menjadi tegang. Perjanjian darah diadakan di antara beberapa suku untuk berjuang habis-habisan dan peperangan hampir meletus. Pada masa ini, mereka mengambil jalan damai. Mereka bersetuju bahawa orang pertama yang memasuki pintu masjid suci akan memilih siapa yang layak menerima penghormatan ini dan mereka akan bersetuju dengan keputusannya.

Secara kebetulan, orang pertama yang memasuki masjid suci adalah Muhammad (s.a.w.). Apabila mereka nampak beliau, mereka menarik nafas lega dan berkata, "Dia adalah Al-Amin, kami menerimanya! Dia adalah Muhammad.".

Muhammad meminta sehelai kain, membentangkannya di atas lantai dan kemudian meletakkan batu tersebut di tengah-tengah. Kemudian beliau meminta setiap suku memilih seorang wakil yang kemudiannya diminta memegang bucu kain tersebut. Semua wakil tadi membawa batu tersebut bersama-sama ke Kaabah. Apabila tiba di sana, Muhammad menggolekkannya ke tempatnya.

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...