~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:Jm1Cx6_UwyAJXM
salamun'ala manittaba'al huda

Ya Allah, setelah berminggu-minggu tidak menulis akhirnya saya berkesempatan untuk membersihkan kembali sesawang di blog ini.. bermacam-macam pengalaman yang ditempuh mengajar saya untuk "BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA DISISI SAYA". yang pasti, setiap daripada kita ada masalah masing-masing, baki lagi tinggal sejauh mana kita melihat masalah itu sebagai satu peluang yang dihadirkan oleh Allah.. perjalanan yang singkat didunia ini.. Kembara kita menuju Allah adalah kembara hati... (^_~)

sabda Nabi s.a.w
"bersungguhlah kamu dan dekatkanlah diri kamu kepada Allah"
(tabrani, hakim, abu ya'la dan haitsami)

DUNIA BLOG MAKIN TEPENCIL

saya tidak tahu samada ini hanyalah perasaan saya atau hakikat yang sedang terjadi.. dunia penulisan blog makin menyepi.. apa pandangan anda?kini, tiada lagi serangan-serangan yang menyengat baik daripada golongan muda, professional dan sebagainya.. petanda apakah ini? sama-sama kita fikir kan..

sayyiduna.jpg


MAULIDURRASUL

maulid nabi makin mendekati.. selain daripada usaha untuk mengumpulkan buku-buku mengenai baginda, azam saya, melewati hari-hari yang mendatang, saya mahu blog saya ini dipenuhi dengan kisah-kisah Baginda.. ayuh kita kenali sejarah semuanya tentang junjungan besar Muhammad s.a.w ini..

KEADAAN SEMENANJUNG TANAH ARAB SEBELUM ISLAM..


"Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar."

Al-Israa' (17):9



Nota: Sumber utama maklumat berikut adalah buku "As-Sirah an-Nabawiyyah" oleh Ibn Hisham, dan "As-Sirah an-Nabawiyyah" oleh Abu-AlHasan Al-Nadwi. Sumber-sumber lain juga turut digunakan.

muhammad 1.jpg

Kawasan di sekeliling Semenanjung Arab

Pada abad keenam Masihi, semasa kelahiran Muhammad (s.a.w.), Semenanjung Arab dikelilingi oleh beberapa empayar yang besar. Empayar-empayar ini sering bertelingkah, berperang dan menakluki wilayah. Sempadan negara sentiasa bertukar dan kadang kala sesebuah negara jatuh di bawah kemaraan tentera jiran yang lebih gagah dan berkuasa.

Bagaimanapun, pada zaman di mana rakyat negara-negara ini telah biasa dengan berbagai pemerintah, penakluk-penakluk, ahli-ahli falsafah, dan agama-agama, sepanjang masa ini, Allah Yang Maha Berkuasa berpendapat perlu untuk melindungi Semenanjung Arab daripada kuasa-kuasa ini dan membiarkan penduduknya bebas, dan berbangga dengan kebebasan mereka yang tidak pernah tunduk kepada tuhan-manusia atau mana-mana pemerintah yang mendakwa dirinya "penjelmaan" tuhan-tuhan mitos seperti mana yang terjadi pada bangsa Parsi, Rom, India dan banyak bangsa-bangsa lain di sekeliling mereka.

Walaupun paganisma dan penyembahan berhala berakar umbi, kepercayaan paganisma mereka adalah mudah dan adalah paganisma yang asas berbanding dengan paganisma bangsa-bangsa yang mengelilingi mereka yang lebih kompleks dan berbagai rupa.

Empayar Rom

Keadaan Empayar Rom bukanlah keadaan yang dicemburui. Empayar Bizantin (terletak di bahagian timur Empayar Rom) dibebani dengan cukai dan rasuah berleluasa. Rakyatnya amat kecewa dengan keadaan mereka yang melarat sehinggakan kekacauan dan rusuhan adalah perkara biasa. Pada tahun 532 M, pada zaman pemerintahan Justin I, satu rusuhan telah menyebabkan kematian lebih tiga puluh ribu rakyatnya di ibu kotanya, Konstantinopal.

Pada masa ini, pengumpulan harta dan wang dengan apa cara sekali pun menjadi amalan biasa. Golongan elit agama amat tidak bertolak-ansur terhadap sesiapa yang tidak mengikuti kepercayaan mereka dan ini mengakibatkan banyak pertumpahan darah dan kempen-kempen penindasan. Para pemerintah tenggelam dalam kemewahan dan berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan apa akibatnya terhadap rakyat mereka.

Kegiatan hiburan terdiri daripada sukan-sukan darah yang amat kejam. Sehingga 80,000 orang akan menghadiri acara-acara ini pada satu-satu masa yang diadakan di koliseum untuk menghiburkan diri dengan menyaksikan pertarungan maut di antara manusia, atau di antara manusia dan singa, atau binatang-binatang lain.

Mesir membekalkan bijirin yang merupakan makanan kepada rakyat Rom, yang mana ia juga adalah sumber pendapatan kerajaan. Empayar ini memeras ladang yang subur ini dengan cukai yang tinggi, pemerintahan yang kejam dan penindasan agama untuk mengekalkan cara hidup mewah kelas elit pemerintah. Keadaan ini tidaklah lebih baik daripada keadaan di Siria yang diperintah secara kuku besi yang mengenakan cukai yang amat tinggi sehinggakan rakyatnya tiada cara lain kecuali menjual anak-anak sendiri sebagai hamba abdi untuk membayar cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Zoroastrinisma adalah agama rasmi empayar Sassan pada zaman ini memandangkan ia adalah kepercayaan raja-raja Parsi semenjak kerajaan ini ditubuhkan pada abad ketujuh S.M. oleh Zoroaster (atau Zarathusthra). Pada zaman Iran purba, dua kumpulan tuhan-tuhan disembah, iaitu Ahuras dan Daevas.

Ajaran Zoroaster adalah bahawa Ahura Mazda, iaitu Tuhan Cahaya Yang Bijaksana, adalah satu-satunya pencipta dan tuhan dunia, dan bahawa penyembahan Daevas adalah penyembahan terhadap kegelapan dan kejahatan.

Tuhan-tuhan mitologi purba yang lain dihidupkan semula di seluruh negara ini, dan yang paling perlu disebut di sini adalah Mithra (dikaitkan dengan matahari), dan Anahita (dikaitkan dengan air dan kesuburan) di samping Ahura dan musuhnya yang jahat iaitu Ahriman. Kitab suci Zoroasterisma adalah Avesta, dan hanya sebahagian kecil daripadanya masih wujud hari ini.

Pengikut-pengikut agama ini dikehendaki menyembah matahari empat kali sehari di samping menyembah bulan, api dan air. Amalan-amalan yang kompleks dikaitkan dengan tuhan-tuhan ini. Agama ini kemudiannya diubahsuai oleh Mani (Manes) (c.216-c.276) yang menyeru kepada kebiaraan dan amalan tidak berkahwin, dan oleh Mazdak (abad kelima Masihi) yang menyeru kepada kumpulan sosialis yang memiliki wang dan wanita.

Orang ramai memasuki rumah satu sama lain dan mengambil harta benda dan kekayaan mereka, dan bebas melakukan apa sahaja terhadap wanita-wanita di rumah itu. Pengangguran dan rasa tidak puas hati timbul dan rakyat dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sebagai bahan makanan murah untuk binatang tentera mereka.

Dalam keadaan mereka yang terdesak mencari makna kewujudan mereka, rakyat ini mencuba berbagai falsafah daripada Eicureanisma kepada kebiaraan kepada apa-apa sahaja kepercayaan di antara keduanya. Hal ini akhirnya menyebabkan jurang yang luas di antara berbagai tahap dalam masyarakat.

Pada masa ini, penjenayah-penjenayah menceroboh istana golongan kaya, merampas harta mereka dan mengambil wanita-wanita mereka. Kejahilan tuan tanah yang baru ini mengenai hal-hal perladangan akhirnya menyebabkan tanah ladang musnah. Rakyat merasa amat tidak puas hati terhadap penindasan pemimpin-pemimpin mereka sehingga akhirnya golongan petani melancarkan pemberontakan.

Pemerintah-pemerintah ini mewarisi takhta bapa mereka dan memerintah secara kuku besi, mengenakan cukai yang tinggi, dan dengan kepercayaan bahawa pemerintah adalah tuhan, atau keturunan tuhan. Pemerintah ini mengumpul berbagai bahan berharga yang sukar didapati seperti emas, binatang luar biasa, permata yang bernilai, pakaian yang cantik, perabot yang cantik, istana-istana diraja, hamba abdi yang ramai dan makanan-makanan yang enak.

Hidup mereka ibarat cerita dongeng, dan direkodkan bahawa apabila rejim ini jatuh ke tangan empayar Islam, pemerintah mereka, iaitu Yazdegird III (memerintah di antara 632-651) lari meninggalkan negaranya bersama seribu orang tukang masak, seribu orang ahli muzik, seribu orang pelatih singa, seribu orang pelatih helang dan kaki tangan diraja yang lain, sementara pada masa yang sama beliau merasakan keadaannya adalah amat menyedihkan.

Semenanjung Arab

Pada abad ini bangsa Arab telah jatuh ke tahap yang rendah. Mereka tenggelam dalam arak, perjudian dan penyembahan berhala. Anak-anak perempuan dianggap barangan yang memalukan dan mereka menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana takut malu.

Wanita dalam masyarakat ini menjadi barangan yang diwarisi oleh waris-waris suaminya seperti mana mereka mewarisi wang atau binatang ternakannya. Seorang lelaki boleh mengahwini ramai wanita tanpa had, dan kadang kala mereka membunuh anak-anak sendiri kerana takut mereka akan menyebabkan kepapaan. Mereka juga mengkhususkan makanan tertentu untuk diri mereka dan melarang isteri-isteri dan anak-anak mereka memakannya.

Perhambaan dan pengkhianatan adalah perkara biasa di negara ini. Feudalisma kesukuan adalah perkara biasa, dan pertempuran-pertempuran besar dilancarkan disebabkan perkara-perkara yang remeh seperti keputusan lumba kuda. Selama beberapa abad, rumah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail di Mekah (Kaabah) telah dijadikan tempat berhala dan penyembahan berhala mereka.

Ketika Muhammad (s.a.w.) dilahirkan, terdapat 360 berhala yang telah dibina dan diletakkan di dalam dan di sekeliling Kaabah, dan suku-suku di kawasan berdekatan telah menyelewengkan amalan haji yang diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim kepada amalan penyembahan berhala di mana mereka berlari sekeliling berhala-berhala ini dalam keadaan bogel sambil bersiul dan bertepuk tangan.

Penyembah-penyembah berhala Arab percayakan Tuhan, tetapi mereka menganggapnya sebagai Tuhan "Tertinggi" dan perlu diwujudkan tuhan-tuhan "perantaraan" (berhala-berhala) yang bertindak sebagai orang tengah di antara mereka dan Tuhan/Allah.

~~~~~~sambungannya esok..~~~~

MC09-WeLoveMuhammad.jpg

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...