~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda

SEMALAM YANG BERAKHIR

selamat tinggal 2009.. selamat datang 2010.. subhanallah, pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa meninggalkan kita. benarlah kata imam ghazali.." benda yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu" kerana kita takkan dapat mengejar ia kembali. rayulah dengan tangisan air mata darah sekalipun ia takkan kembali semula..

justeru saya menyeru diri saya dan sahabat semua ayuh bersama-sama kita memperbaharui komitmen kita terhadap dakwah dan perjuangan kita, sama-sama koreksi diri untuk menilai ruhiyyah diri dan peribadi. mudah-mudahan tahun yang baru mendatang ini menjanjikan seribu keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. amin..

METAKOGNISI ANAK MUDA

pernah membaca mengenai metakognisi? kalau belum izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenainya. banyak penulis yang mengulas mengenai metakognisi ini, antaranya D.J. Hacker, J.L Livingston dan sebagainya.

secara mudahnya metakognisi di huraikan sebagai satu kebolehan untuk seseorang individu berdiri diluar kepala dan cuba mengesan cara pemikiran diri sendiri. atau ringkasnya

"spying on your own thinking" "knowing yourself as a thinker" "policing your own head stuff"

prosesnya adalah "know that you know and know that you don't know" - tahu apa yang anda tahu dan tahu apa yang anda tidak tahu-

ANAK MUDA DAN BEKALAN

harini kita kegersangan keterlibatan anak muda dengan gerakan dakwah. bila soal ini disebut maka disana ada tuntutan bekalan yang diperlukan.. firman Allah s.w.t
“Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. Dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.”
(Al - Baqarah : 197)


antaranya :

1) saliimul 'aqidah -akidah yang selamat
2) solehul 'ibadah - ibadah yang baik dan benar
3) matiinul khuluq - kesempurnaan akhlak
4) musaqqaful fikri - kematangan intelektual
5) qawiyyul jismi - jasad yang kuat
6) munazzamun fi syu unihi - teratur dan cermat dalam urusanna
7) haarisun 'ala waqtihi - menjaga masa-masanya
8) naafi'un lilghairi - bermanfaat untuk orang lain


PERANAN ANAK MUDA

bercakap soal peranan, ayuh kita nilai kembali apa sebenarnya hakikat peranan anak muda? selaku golongan yang luar biasa, kritikal pemikirannya serta berstrategi, peranan golongan ini amat diperlukan dalam usaha untuk memastikan masyarakat berada dalam kondisi yang terbaik. anak muda adalah pemimpin generasi akan datang. masa itu akan tiba di mana anak muda akan berperanan sebagai "decision maker", dan menentukan hala tuju gerakan.. so better, we should prepare ourself as well by improving and upgrading our skills.

GENERASI IRON STOCK

iron stock? apakah tu? adakah kita kekurangan seterika? oh tidak sama sekali.. seterika masih banyak lagi di kilang-kilang.. panasonic, philip dan sebagainya.. dilemanya kita sekarang adalah ketandusannya golongan anak muda yang bersedia untuk berada dimana-mana posisi atau sektor-sektor yang diperlukan untuk meluaskan empayar islam. faktornya bukanlah kerana matinya anak muda tetapi kerana kurangnya "capabilities" dan "capasities". justeru anak muda diseru untuk meningkatkan kemampuan dan kemahuan untuk diposisikan dimana -mana sahaja agar kita mampu untuk menjaga islam , merangkumi segenap sudut.

AGEN PERUBAHAN

perubahan yang bagaimana? kita yang menentukan.. bukan pimpinan, bukan orang lain tetapi diri kita sendiri yang berupaya untuk memilih perubahan yang bagaimana yang kita dambakan. anak muda harus lebih berkreatif dan dan mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan baik. lebih-lebih lagi bilamana ia melibatkan maslahah ummah..



BAGAIMANA PERANAN DAPAT DIMAINKAN?

3 perkara yang harus di beri fokus ke atas anak muda hari ini demi memastikan kelangsungan generasi pimpinan yang berupaya memimpin negara iaitu :

1) pendidikan.
tidak dapat tidak elemen ini menjadi antara dos terbesar yang harus disuntik kedalam diri anak muda. realitinya hari ini, ramainya anak muda yang tidak memahami islam apatah lagi dengan soal kefahaman tentang perjuangan disebabkan oleh sistem pendidikan kita yang sangat rapuh. dimana konsep membaiki dan terus membaiki (sedangkan hasilnya tetap berada pada paras yang sama) lebih ditekankan berbanding proses mencungkil kebolehan diri anak muda. menjadikan lahirnya hari ini generasi baru yang mula melupakan konsep "belajar untuk ilmu" kerana masing-masing lebih terdoktrin dengan "belajar untuk peperiksaan"

2) ketamadunan atau sejarah
untuk mencapai matlamat akhir kita, kebersamaan harus dipupuk untuk mememastikan kefahaman dan usaha yang berterusan dapat dibina. kebersamaan yang bagaimana? kebersamaan kita iaitu golongan muda bersama dengan sejarah yang lalu.. supaya kesalahan yang sama tidak diulang dan kegemilangan masa lampau dapat di hidupkan semula. suka ataupun tidak, inilah jalan yang harus kita pilih kerana sejarah menagajar kita tanpa langkahan pertama dan kesudian kita untuk belajar dan terus belajar "rom tidak akan terbina", "kontantinople tidak akan ditawan" dan "generasi salahuddin al ayyubi tidak akan terhasil".

mulakan dengan sejarah yang lalu untuk kita cipta sejarah hari ini..
-mukmin mujahid-

3) persekitaran
dalam usaha untuk membentuk anak muda yang boleh memimpin ummah, persekitaran menjadi antara faktor yang harus dititik beratkan. kerana apa? sirah sendiri menunjukkan kepada kita bagaimana terdidiknya nabi di kawasan kampung bani sa'ad yang terjaga daripada anasir-anasir negatif mampu melahirkan seorang daie yang cukup disanjung sehingga hari ini. itu nilai persekitaran dalam membentuk seorang manusia.

apatah lagi bila kita menyebut soal pengganti kepimpinan yang sedia ada maka seharusnya persekitaran hari ini harus disemak dan dinilai semula, sejauh mana kemampuan kita untuk melahirkan semula "saidina abu bakar yang membenarkan nabi disaat yang lain menafikannya", menghidupkan semula ruh "saidina umar al khattab dengan keberaniannya mempertahankan islam" dan mengembalikan semula semangat "saidina uthman affan dengan infaqnya yang berganda-ganda"

2 comments:

great!

Tdk dapat dinafikan kita impikan tarbiah kita mampu menghasilkan the perfect person that can be at any position for the sake of islam

tetapi ia terlalu idealis. Dalam tarbiyah nabi pun generasi yang lahir adalah pelbagai. Hebat dari sudut strategi lemah dari sudut keilmuan, hebat berperang kurang displin dan kefahaman dan banyak lagi variasi para sahabt. Justeru ini bukan kelemahan tapi keindahan dalam proses saling melengkapi. Hebatnya nabi, baginda sentiasa memilih orang yang tepat untuk setiap urusan.

Konklusinya, put the right man in the right place. Apply the same in our group...

"We always support you and your members...:-)"....ops terlebih melalut

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...