~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'alhuda

BACK TO BASIC

itu pesan yang diulang-ulang oleh senior-senior saya daripada program tempoh hari sehingga hari ini.. tidak kira sebagai pimpinan mahupun ahli, "back to basic" harus dijadikan pedoman. pendek kata sebagai ahli gerakan, dalam kesibukan untuk melakukan perancangan untuk islam, perkara-perkara asas yang selalu diremehkan harus dinilai semula.

semakan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambaan harus diulang-ulang, supaya ia menjadi kekuatan untuk diri kita dan berupaya untuk menguatkan orang lain. kerana apa? sekiranya akar tidak kukuh, bagaimana mungkin lahir daripadanya pohon yang subur.. lazimnya pokok yang redup naungannya itu selalu dipupuk digembur dan dibajai semula.

BERSYUKUR ATAS SETIAP PERINGATAN

saya amat berterima kasih kepada individu-individu yang selalu mengingatkan saya. antaranya hari ini, saya mendapat pesanan daripada ustazah yang paling saya sayangi yang berada nun jauh di jordan sana.. pesannya mengenai solat..

"neraka wail bagi orang yang bersembahyang.. yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya -almaa'un : 4-5

cukup ringkas tetapi maknanya cukup mendalam. membuat saya terfikir kembali, cukupkah solat kita selama ini? adakah solat seharian kita ini diterima? tidak saya nafikan, diri saya sendiri, kadang-kadang didalam solat, teringat itu dan teringat ini, fikir yang itu dan fikir yang ini hingga kadang-kadang sedar-sedar sudah berada dipenghujung salam.. allahuakbar..

SENI DALAM MENILAI

kadang-kadang rasa seolah-olah kita sudah buat yang terbaik untuk solat kita tetapi halusnya Allah dalam menilai hambaNya sehingga yang bersolat itu belum tentu berkualiti solatnya. bagi yang bersolat itu sendiri dinilai samada lalai atau tidak.. yang tidak menunaikannya apatah lagi.

ya Allah bimbangnya andai diri kita menyebut kita sudah banyak berjuang, banyak beribadah tetapi kita digolongkan didalam golongan yang digelar ahli neraka.. wal'iyazubillah.. Ya Allah kepadaMu kami kembali brtaubat..

"tiada tuhan selain Engkau, MahaSuci Engkau, sesungguhnya kami daripada orang-orang yang menzalimi diri sendiri"



TAKUTLAH PADA ALLAH

disifatkan didalam alquran, ahli neraka itu sentiasa diliputi dengan perasaan sedih, khuatir, menyesal, dahaga, hina dan lain-lain lagi. bahkan amat dahsyat lagi disifatkan mereka ini sebagai separuh hidup dan mati :

"orang orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya; iaitu orang yang akan memasuki api yang benar (neraka), kemudian dia tidak mati dan tidak pula hidup didalamnya" -al a'la: 11-13 "sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka jahannam, dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup" -taaha :74

BAGAIMANA RUPA MEREKA?

disifatkan didalam Alquran, mereka ini (ahli neraka) akibat daripada dosa yang dilakukan sepanjang hayat didunia akan bertukar menjadi hina dan hodoh sekalipun didunia ini merekalah ratu universe, kendatipun merekalah pemenang pencarian gadis melayu, lelaki maskulin mahupun apa sekali anugerah yang diberi.

"banyak muka pada hari kiamat tunduk terhina - alghasiyah : 2 "ingatlah pada hari yang diwaktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang menjadi hitam muram, dikatakan kepada orang-orang yang wajahnya menjadi hitam dan muram "kenapa kamu kafir selepas kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu -ali imran : 106-107

MEMBINA DIMENSI DIRI

ulama' menyebut, cara yang terbaik, fahami makna disebalik ayat yang dibaca. tatkala mulut memuji kebesaran, hati mengiyakan keagungan Tuhan.. saat mulut menyebut "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil 'alamin", hati dan jiwa berdetik bahawa "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah".. BAYANGKAN

>> bagaimana jiwa kita mampu untuk mengiyakan solat kita hanya untuk Allah, padahal hati selalu lalai dengan hal-hal dunia

>> bagaimana jiwa kita mampu untuk mengiyakan ibadah kita hanya untuk Allah, padahal dunia, pangkat, harta dan nama yang kita kejar

>> bagaimana jiwa kita mampu untuk mengiyakan hidup kita hanya untuk Allah, padahal kita berkira-kira untuk islam.. kita berkira-kira untuk masa, harta dan tenaga yang mahu disumbangkan untuk islam.

>> bagaimana jiwa kita mampu untuk mengiyakan mati kita hanya untuk Allah sedangkan kita jarang mengingati hari dimana kita bakal dikafankan..


LANDASAN MENTAL

ayuhlah bersama-sama kita mencari kualiti sebagai seorang hamba, bukan sekadar berpuas hati pada tanda aras "baik" tetapi berusaha untuk menjadi "cemerlang".. initipatinya sudah digagaskan pada 4 pokok asas landasan mental daripada surah alfatihah iaitu :
1) berfikiran besar 2)berfikir mendalam 3)visi jauh ke hadapan 4) azam hanya pada Allah

abdullah bin omar meriwayatkan;

"rasulullah s.a.w tidur diatas tikar, lalu bangun dan didapati ada kesan pada belikat baginda. lalu kami berkata; "wahai rasulullah s.a.w, sekiranya kami sediakan untuk tuan sebuah tilam", lalu baginda bersabda "tidak ada apa bagiku didunia ini melainkan seperti orang sedang bermusafir yang berteduh dibawah pokok kemudian berehat, dan lepas itu meninggalkan pokok itu"
(sunan at-tirmizi :2999)

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

~menjunjung sunnah, memperkasakan ruhiyyah~
mukmin mujahid


1 comments:

Askm, buat ukthi ... Salam 'Maal Hijrah 1431' dari ustzh, moga kita terus berhijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek kehidupan. Teruskan usaha kita tanpa jemu dengan penuh ikhlas ,kerana dihujungnya ada bahagia yg. abadi....

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...