~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....




Salamun'ala manittab'aalhuda

SALAM MAAL HIJRAH.. , moga-moga masa yang lalu memberikan seribu pengajaran, hijrah yang hadir memberi sejuta keazaman untuk menjadi generasi soleh dan musleh.

SEMALAM

kembali memulakan hidup sebagai seorang pelajar menjadikan saya kembali segar dengan suapan ilmu-ilmu baru daripada pensyarah-pensyarah yang rata-ratanya datang daripada negara arab. terlalu banyak lagi yang seharusnya saya gapai sebelum saya meninggalkan bumi UIA ini. (hmm sekejap sahaja masa yang berlalu. sedar tak sedar hanya tinggal satu semester panjang sahaja lagi sebelum saya menamatkan pengajian.. pejam celik - pejam celik saya sudah besar rupanya.. terasa seolah-olah semalam saya masih lagi anak kecil ayah yang baru dihantar ke pusat matrikulasi. (T_T) )

HARI INI

seharian saya ke sana ke mari untuk mencari buku-buku teks yang diperlukan dalam subjek yang saya ambil untuk semester ini. alhamdulillah hampir kesemuanya saya temui. dalam kesibukan itu saya temui kesempatan untuk membaca mengenai weltanschauung.

WELTANSCHAUUNG

sengaja saya pilih tajuk ini sekalipun saya tahu anda sudah biasa mendengar mengenainya. untuk yang belum biasa mendengar, istilah ini bererti suatu kerangka atau sistem pemikiran atau dogmatik (pegangan) oleh sesorang atau pihak-pihak tertentu.

sekali dengar seolah-olah bahasa siam namun jika diamati dengan mendalam, hakikatnya sistem pemikiran anak muda kini seolah-olah kurang mengambil kira hala tuju masing-masing.


POTENSI YANG TIDAK TERKOORDINASI

majoriti besar anak muda kurang mampu untuk mengkoordinasikan kemampuan dan kemahuan diri dengan baik. sebagai contoh bidang yang dipilih telah betul tetapi jalan yang dilalui kurang tepat. sebagai contoh kekuatan diri pada kaki tapi yang digunakan adalah suara. bererti sepatutnya menjadi pemain bola sepak tetapi diri memilih untuk menjadi penyanyi..

justeru pertimbangan anak muda harus didefinisikan dengan baik dan mempunyai perancangan yang terperinci. jangan mencontohi kesilapan sistem pendidikan malaysia yang lebih berusaha untuk membaiki kelemahan dan kekurangan yang mana sepatutnya kerajaan lebih menumpukan usaha pada mengasah potensi dan kekuatan yang ada pada diri anak muda.

KITA YANG MENENTUKAN HALATUJU DIRI

sukakah kita bila mana kehidupan kita selaku anak muda yang masih berupaya untuk berfikir dicaturkan oleh orang lain? bayangkan, anda mahu berdiri tetapi diarahkan untuk duduk. anda mahu makan diarah orang untuk bermain..bolehkah kita berjaya bilamana keserasian dan kesesuaian gagal dihubungjalinkan dengan baik.

lihat saja pada tiger woods (abaikan skandalnya yang terbaru), kata beliau :

I want to be what I’ve always wanted to be: dominant.

Don’t force your kids into sports. I never was. To this day, my dad has never asked me to go play golf. I ask him. It’s the child’s desire to play that matters, not the parent’s desire to have the child play. Fun. Keep it fun.

dia tidak dipaksa untuk melakukan apa yang dia suka dan dia menentukan sendiri
apa yang dia mahu, hasilnya?? siapa tidak kenal tiger woods..hari ini dia mampu untuk menjadi raja golf dunia.. kita bagaimana?

POTENSI DIRI + USAHA YANG BETUL = KEJAYAAN.

NATION BUILDING

proses pembinaan negara amat memerlukan penglibatan golongan muda. semua tamadun mengakui hakikat ini. namun, malangnya potensi dan kompetensi anak muda tidak digilap sepenuhnya menyebabkan lahirnya hari ini golongan muda yang tidak berkeupayaan dan tidak matang untuk memimpin diri, keluarga bahkan negara.

saya amat suka untuk mencatat kembali 5 asas jatidiri yang digagaskan oleh dewan pemuda PAS dan angkatan muda keadilan bersempena pilihanraya ke 12 yang lalu.

1. Pegangan Hidup Yang Kukuh
· Anak muda yang teguh beragama dan mendukung nilai-nilai murni sejagat.
· Anak muda yang mempunyai idealisme dan prinsip sebagai kompas hidup;
· Anak muda yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat dan negara;
· Anak muda yang mempunyai semangat patriotisme, menghayati Rukun Negara dan bersedia mempertahankan negara tercinta.

2. Kebijaksanaan Dalam Meneraju Kehidupan
· Anak muda yang cintakan ilmu dan maklumat;
· Anak muda yang mampu menganalisa suasana dan berupaya menyelesaikan masalah negara;
· Anak muda yang rasional dan tidak boleh diperdaya oleh tipu helah dan propaganda.

3. Memiliki Keazaman dan Kuasa Politik
· Anak muda yang sedar kebolehupayaan dan hak mereka sebagai rakyat;
· Anak muda yang memiliki keazaman dan terlibat secara konstruktif dalam proses pembinaan negara;
· Anak muda yang sentiasa mempertahankan hak dan kebebasan daripada dinafikan seperti hak bersuara, hak berhimpun, berpersatuan dan lain-lain.

4. Menegakkan Perpaduan
· Anak muda yang memahami dan menjiwai kepelbagaian dalam masyarakat;
· Anak muda yang saling menghormati antara satu sama lain;
· Anak muda yang cintakan perpaduan, meraikan perbezaan dan menyatukan kekuatan dalam persamaan;
· Anak muda yang menolak dasar politik perkauman dalam negara.

5. Memperjuangkan Kebebasan dan Ketenteraman
· Anak muda yang cintakan hidup dalam dunia yang aman, ekonomi yang mapan dan keselamatan yang tidak terancam;
· Anak muda yang tidak dikongkong oleh sistem hidup yang dikuasai oleh cengkaman birokrasi politik demi membangunkan potensi;
· Anak muda yang mencintai kelestarian alam sekitar yang bersih dan seimbang.

~we are ready to serve the nation~
"mukmin mujahid"

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...