~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....



salamun'ala manittaba'al huda

~PERJUANGAN KAMPUS~

saya belum pernah menulis secara langsung mengenai perjuangan islam dalam skop kampus.. saya adalah pelajar dan setakat ini masih berkemampuan untuk terlibat bersama perjuangan kampus.. dan doa saya agar ia tidak terhenti di sini dan akan terus berjuang, berjuang dan berjuang hingga ke hujung nyawa.. dan ada pepatah mengatakan :

خوف الصدقين سؤ الخاتمة
ketakutan orang yang benar itu adalah pada penghujung yang buruk

dan kata abu darda' :

aku tidak takut disoal oleh Allah taala apakah ilmu yang kau ada? tetapi aku takut disoal oleh Allah s.w.t apakah ilmu yang engkau lakukan dengan ilmu yang engkau ada?


REALITI PERJUANGAN KAMPUS

pastinya saya yakin, kampus adalah medan latihan terbaik untuk anak muda sebelum benar-benar turun ke lapangan ummat. justeru adalah satu kerugian seandainya mereka yang sudah berkeupayaan dengan segala latihan yang diberikan memilih untuk tidak berjuang sebaliknya lebih selesa sibuk bersama kerjaya dan keluarga dan langsung melupakan perjuangan ini.

PEJUANG HARUS LEBIH TERBUKA

pada saya, pejuang kampus harus terbuka. baik sebagai seorang ahli mahupun sebagai seorang pimpinan. selalunya sebelum medan kritik itu dibuka kita sering diingatkan "kalau nak mengkritik, berilah kritikan membina.. bla bla dan sebagainya..". pada saya, kritiklah selagimana boleh. kerana kritikan itu menunjukkan orang mahu berfikir dan peduli apa yang kita buat.. bab membina atau tidak itu pandai-pandailah kita menapisnya.. yang baik buat pedoman yang buruk buat peringatan.. kerana harus diingat, manusia ini pandangannya berbeza-beza.. bak kata pepatah

"rambut sama hitam hati lain-lain"
"lain padang lain belalang"

jadi jika disekat pandangan mereka, maka akan terjadilah -mengumpat dibelakang, puak-puak, arahan pemimpin tidak diikuti- dan sebagainya. semuanya berpunca daripada kegagalan menguruskan pendapat.

KARAKTER DALAM ORGANISASI BERJAYA

sesebuah organisasi yang berjaya itu harus mempunyai 3 watak didalamnya. pengarah, pengurus dan pelaksana. pengarah seharusnya adalah orang yang dapat melihat perkara-perkara dasar dengan jelas. ghairah dan bersemangat dalam usaha untuk mencapai matlamat-matlamat jangka masa panjang. mereka ini adalah fokus dan suka untuk mencuba idea-idea baru.

memastikan kesempurnaan kerja pula adalah menjadi tugas pengurus. mereka harus bijak dalam mendelegasikan tugas dan harus berkemahiran dalam menyelesaikan sesuatu tugas. dia harus menjadi individu yang paling berdisiplin.

dan yang ketiga iaitulah watak yang paling penting iaitu pelaksana.. mereka ini alah petugas yang menukarkan idea-idea dan gagasan yang hendak dibawa kedalam bentuk praktikal. masing-masing berkemahiran disektor masing-masing. dan mereka ini akan terus berkerjasama dan mentaati arahan selagimana kepakaran dan usaha masing-masing dihargai.

ketiga-tiga watak ini harus saling mengetahui posisi masing-masing dan berusaha untuk memahami dan menyerasikan diri antara satu sama lain. kegagalan untuk menguruskannya akan menyebabkan berlaku hanya satu pihak yang bekerja, terasa hati, dan sebagainya yang pada akhirnya hanya akan membawa kepada perpecahan didalam perjuangan dikampus. jadi berprofesionallah dalam bekerja!

MENYINGKIRKAN PEMIKIRAN TIDAK MAHU BERFIKIR

banyaknya keadaan kita diasak untuk berfikir secara kritis dan kreatif, namun sayangnya suasana itu masih belum mampu terbentuk dikalangan mahasiswa hari ini. justeru menjadikan kita berjuang dalam sistem yang tertutup. tidak diajar untuk berfikiran "out of the box". tidak ada orang yang "tahu dan faham" yang ada hanya orang yang "menghafal". kerana sistem inilah, kerajaan kita hari ini masih lemah kerana budaya "yes bos" mengurangkan bilangan orang yang mampu untuk melakukan transformasi dan berfikir sekadar cukup untuk "mengasapkan dapur" masing-masing.

inilah bezanya kita dengan barat. akademik bukan semata-mata menjadi percaturan mereka. bahkan kriteria yang dicari adalah keupayaan untuk berfikir, berdikari, bersedia untuk berubah dan berani mencuba.. kenapa kita masih gagal untuk berbuat demikian? kerana kita adalah "ORANG MELAYU.. MAKANNYA BANYAK DAN MATANYA SELALU KUYU.." am i right? but we dare to change right?

CARA BARAT MELIHAT POTENSI

kalaulah Albert Einstein masih hidup, nescaya beliau hanya menjadi pekerja bawahan sahaja kerana rekod hidupnya yang kurang memberangsangkan dibidang akademik. namun hasil daya imaginasinya yang tinggi melahirkan teori E=mc
²!.

- henry ford pernah gagal sebanyak lima kali dan bankrup sebanyak lima kali.
- napoleon hill pernah mengalami kegagalan besar sebanyak 7 kali sebelum lahir dengan karya
"think and grow rich"
- walt disney pernah dipecat kerana dikata kurang beridea
- kapten sanders berjaya meninggalkan legasi ayam gorengnya hari ini sesudah beratus-ratus kali ditolak..

kesemua mereka bertindak positif selepas dikritik dan bersedia merubah diri mereka. dan ini hasil perjuangan mereka.. kita?? adakah kita bersedia?? ~berbahagialah orang yang mendapat hikmah dan anugerah daripada kegagalan~

ZOOMING MUHASABAH PEJUANG ISLAM

diambil dari blog ust nasarudin tantawi :

Taubat Seorang Pejuang – Ustaz Nasaruddin Tantawi

November 18, 2008 · Leave a Comment

Masih terngiang – ngiang di telinga saya , perkataan yang pernah dipopularkan oleh al Imam Hassan al Hudhaibi . Perkataan ini sering diulang – ulang oleh naqib saya Syeikh Ahmad Laasyin ( beliau pernah dipenjara bersama Asy Syahid Syed Qutb Rhm ) , dulunya beliau adalah Imam Masjid Syahid di Tanta .

Saya lekatkan banner perkataan tersebut di dinding rumah saya sewaktu menginap di Syari’ al Hulwa berhadapan dengan Madrasah Jil Muslim lil Banat di Tanta satu masa dulu . Masih segar pastinya dalam ingatan ini bersama rakan – rakan seperjuangan yang sangat menghayati makna dan maksud perkataan tersebut.

Perkataannya ringkas tapi nyata ia cukup besar maknanya bagi diriku sebagai seorang pejuang . Ianya bagai satu energy yang cukup luar biasa bagi diri saya sewaktu meredah segala cabaran dan merempuh segala halangan untuk berjaya mencapai status seorang pejuang.

Juga masih dalam ingatan ini , sewaktu kami para nuqaba’ menjalani terapi muhasabah di satu subuh yang hening . Naqib saya masa tu Ust. Musthafa Saari dibantu Ust. Zulqarnain Hassan telah membuat dua garis . Satu garis permulaan dan satu lagi garis akhir . Jarak antara garis mula dengan garis akhir sekitar 10 kaki ( lebih kurang 20 tapak ) .

Kami lebih kurang 12 orang ( kalau tak salah ingatan saya ) berbaris digaris mula dengan arahan supaya memberi fokus kepada setiap tapak yang akan kami lakukan menuju ke garis akhir . Itu pun kalau setiap aktiviti dan amal Islami yang dibacakan oleh Naqib satu persatu dengan penuh tertib telah dilakukan oleh kami secara jujur dan benar .

Setiap amal dan aktiviti yang tidak kami lakukan , pastinya ia mematikan langkah kami . Ada 20 amal dan aktiviti yang dibacakan oleh Naqib dan memadai dengan 20 langkah untuk kami sampai ke garis akhir dengan satu amal yang dilaksana bersamaan satu langkah .

Ayat tema kepada terapi muhasabah ini adalah perkataan yang saya maksudkan tadi :
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.

Terapi Muhasabah yang Menginsafkan

Di pertengahan jalan menuju ke garis akhir , nyata waktu itu saya agak terkebelakang berbanding sahabat – sahabat yang lain seperti meluru laju kerana setiap amal yang disenaraikan oleh Naqib rupanya dilakukan oleh mereka dengan baik . Sementara saya gagal dalam banyak amal Islami yang sepatutnya menjadi kewajipan kepada kami para nuqaba’ melakukannya.

Ya, saya masih ingat bagaimana saya gagal untuk puasa isnin dan khamis malah saya juga gagal menginfaqkan sebahagian harta yang saya miliki pada minggu tersebut. Kegagalan demi kegagalan sudah pasti mematikan langkahan saya dan akhirnya saya mula menyedari bahawa kedudukan saya dengan garis akhir agak jauh .

Kedudukan ini tentu sahaja menyebabkan naqib saya (amir) tidak berpuas hati dengan prestasi saya selaku salah seorang dari para nuqaba’ harapannya.

Lalu saya disergah oleh Ust. Musthafa . ” Ust. Din ! anta tengok kedudukan anta sekarang , masih terlalu jauh untuk sampai ke garis akhir ! Anta tahu apa maksudnya ? Maksudnya anta gagal untuk layak sebagai seorang pejuang ! “

Saya cuba bertahan . Menahan gelora emosi yang mula diserang rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang .

Ust Zulqarnain menambah : ” Ust. Din , kalau macam ni keadaan anta macam mana anta nak jadi pemimpin ? Memimpin Gerakan Islam tidak seperti memimpin persatuan kebajikan ! Kenapa minggu ini prestasi amal anta terlalu lemah ? anta lupa tanggungjawab ? anta bermain – main dengan perjuangan ini ? anta ingat nak jadi pejuang cukup setakat pandai pidato ? kemana perginya semua taujihat yang kami berikan kepada anta selama ini ? “

bertalu – talu persoalan diterjah kepada saya oleh Ust Zulqarnain . Perasaan saya makin sukar dikawal dan akhirnya dalam suasana yang penuh hening disubuh hari , saya menangis kesal . saya meraung penuh insaf .

Suasana agak emosional , saya hampir pengsan dalam esakan yang cukup memilukan , mengenang diri yang nyata tidak layak untuk menjadi seorang pejuang sedang saya selalu mendambakan status sebagai seorang pejuang , malah saya bangga memperkenalkan diri kepada sahabat – sahabat bahawa saya adalah seorang pejuang . Saya malu …

Saya ingat lagi , agak lama juga saya diselubungi rasa bersalah dan saya menangis dan terus menangis sehingga memaksa rakan – rakan anggota madrasah Nuqaba’ yang turut menyertai Terapi Muhasabah itu , memujuk dan menyabarkan saya .

Demikian secebis kenangan 14 tahun yang lalu sewaktu saya direkrut dan dikaderkan oleh abang – abang yang lebih senior dalam perjuangan ini . Sebahagian mereka kini menjadi pemimpin , memimpin Gerakan Islam di negeri masing – masing . Pun turut di akui , ada juga mereka yang dulunya mentarbiyah saya , kini mereka hilang dari peta rajah perjuangan di tanahair hari ini . Mungkin mereka berjuang di luar negara . Wallahua’alam .

Bukan Zaman Rekrut
Sekarang saya dan kita semua berada di medan berbanding sebelumnya kita bagaikan berada di kem . Ertinya kita bukan lagi berada di madrasah nuqaba’ dan tidak juga berada di dalam tamrin panjang ( mua’skar ) yang mana kita dibina , dilatih , dibentuk , dikader , ditegur , dimarah , dibimbing , dipimpin , diajar dan dinasihat oleh pimpinan .

Hari ini kita bergerak meredah cabaran dan menyerap tekanan dengan tahap upaya sendiri berbekalkan skima pentarbiyah yang telah diambil sejak sekian lama .

Cukup lama diri ini tidak ditegur , dididik , dimarah , dibimbing , dinasihat , diajar dan dikader seperti dulu . Logiknya , kalau dulu pun ( dalam suasana pengkaderan ) saya masih gagal dalam banyak aktiviti amal islami , bagaimana saya boleh berjaya dalam suasana begitu lama saya tidak dibimbing dan ditegur ?

Taubat
Sukar sungguh untuk layak jadi pejuang yang tangguh dan tahan uji . Mungkin saya boleh berjaya dalam satu bahagian tetapi gagal dalam banyak bahagian yang lain . Berhadapan pula dengan tekanan dan cabaran dari luar serta tidak kurang karenah dalaman yang cukup menguji kesabaran .

Antara yang membuat diri ini sering gagal ialah keupayaan dan stamina diri yang masih lemah dalam menangkis serangan kemahuan ( nafsu ) yang datang dari diri sendiri . Ianya sering memerangkap dan menjadikan diri ini leka dan lalai dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pejuang dan pemimpin .

Banyak sungguh dosa diri ini ! Ya Allah , Ampunkan daku ! Syaithan tentu saja gembira dengan perkembangan ini . Ya Allah ! Janganlah Kau biarkan diriku yang lemah ini terkapai – kapai dihanyutkan arus leka dan lalai dibuai nafsu .

Ya Rabbi Ya Allah ! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali – kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya Allah !"


1 comments:

slm juang ustzh..
muhasabah yg baik..
barakallahufiik..

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...