~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'alhuda

KISAH SEMALAM


Pagi ini selepas solat witir saya tidak dapat lagi menahan sebak kerana begitu terkenangkan arwah hajar seorang sahabat yang cukup awal pemergiannya ke alam barzakh.. satu pemergian yang tidak pernah sama sekali saya bayangkan. Dua hari sebelum beliau dimasukkan ke wad icu kerana koma (serangan stroke) merupakan detik-detik indah yang akan saya kenang sampai bila-bila. Kami bersembang dan bergelak ketawa bersama-sama dimasjid setelah hampir seminggu tidak bersua muka.

Mendapat tahu beliau dimasukkan ke icu membuatkan saya bergegas ke hospital ampang puteri. Cukup memeritkan bila menatap sekujur wajah yang cukup saya sayangi penuh dengan wayar yang berselirat ditubuh badannya. Saya pegang tangannya dan saya katakan.. “hajar kena kuat.. teruskan bertahan.. g-ah nak jumpa hajar lagi”.. agaknya sayang Allah padanya melebihi cintanya saya pada bekas teman sebilik saya ini. hari-hari terakhir beliau saya ikuti hanya dengan perbualan ditelefon bersama kakaknya dek kerana ketidakmampuan beliau untuk berbicara.


Saat paling memilukan bilamana saya menerima panggilan mengatakan beliau sudah pulang ke rahmatullah. Bergegas ke sana untuk menatap wajahnya buat kali terakhir menjadikan air mata saya menitis tanpa henti-henti. Wajahnya yang pucat saya kucup buat kali terakhir. ketidakmampuan saya untuk terus berada dirumahnya membawa saya pulang awal ke uia..~ketahuilah hajar.. kau akan sentiasa ku kenang dalam doaku.. saat-saat kau membacakan ayat-ayat suci alquran ketika kita bersolat jemaah bersama-sama akan ku abadikan selagimana mata ini masih terbuka. Nantikan aku disana untuk kita berpimpin tangan menuju ke syurga.. (T_T).


HARI INI

Dalam keghairahan menghadapi peperiksaan, saya masih tidak dapat menhalang diri saya daripada membaca buku-buku dan artikel-artikel yang tidak temasuk didalam subjek yang saya ambil. Pada saya, pembudayaan ilmu harus terus dihidupkan disaat mana pun kita berada. Namun satu kebimbangan yang saya rasa adalah pada system pendidikan kita yang hari ini sangat mementingkan “lulus” didalam peperiksaan menjadikan mahasiswa kita lebih cenderung untuk untuk menghafal berbanding berfikir. Kata al ghazali “manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir. Lantas kategori manakah mahasiswa hari ini???.


MEMPERKASAKAN TRADISI INTELEKTUAL ANAK MUDA

Mari belajar dari sejarah lalu. Era kebangkitan mahasiswa pada akhir 60an-70an, kita akan menemui rangkaian siri-siri perbincangan intelektual kelompok kecil atau disebut sebagai usrah. Dan hasilnya terbentuklah aliran pemikiran dan fikrah yang ketika itu mencetuskan semangat mahasiswa untuk turun dilapangan ummat. Terhasillah ketika itu demontrasi besar-besaran dan sebagainya. Harus diingat satu-satu tamadun tidak akan mampu untuk berdiri tanpa kekuatan daripada budaya ilmu.dan pastinya tulang belakang yang diharapkan adalah “energy” budaya ilmu daripada golongan anak muda..


NEOLIBERAL EKONOMI

Artikel lalu ada saya kupaskan mengenai liberal didalam ekonomi. Hari ini mari kita membahaskan mengenai neoliberal ekonomi pula. Secara generalnya kita dapat mengatakan bahawa salah satu daripada contoh makroekonomi neoliberal adalah dasar penswastaan (sepertimana yang dilaksanakan hari ini).. sebagai contoh perkhidmatan awam seperti bekalan air, eletrik dan sebagainya dijual oleh kerajaan selaku pemegang amanah harta rakyat kepada syarikat-syarikat swata untuk dijadikan perniagaan yang mencari dan mengumpul untung.


Sekalipandang nampak seolah-olah hasrat ini cukup murni. Sebaliknya, hakikat sebenar yang berlaku adalah proses “firesale”(jual lelong) harta dan kemudahan awam. Selalunya penjualan ini dilakukan kepada ahli perniagaan yang menjadi kroni kepada ahli politik berkuasa yang tertentu dan penjualan itu disubsidikan oleh pembiayaan pinjaman kerajaan dan simpanan rakyat.


Apa yang lebih membimbangkan lagi, ketika satu-satu projek tidak dapat diuruskan dengan baik, wang rakyat akan digunakan untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai contoh seperti yang pernah terjadi kepada MAS dan PERWAJA. Maka keadaan yang berlaku hasil dasar penswastaan inilah disebut “the scoop thrice economy”. Mudahnya begini :

1) >> Harta awam dijual murah kepada kepentingan swasta

2) >> Penjualan dibiayai dengan pinjaman kerajaan atau pinjaman bank

3) >> Apabila pengurusan gagal atau tidak dapat melaksanakan projek, wang rakyat akan digunakan untuk menyelamatkan keadaan.

homo economicus
~manusia hasil pembangunan materialtistik~

~hari ini keadaan berbeza dengan niat asal dasar penswastaan iaitu (pengecilan jentera kerajaan-- > mengurangkan kos beban kewangan > cukai rakyat dapat dikurangkan). Sedangkan ketikamana belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini, najib telah mengumumkan perbelanjaan pengurusan yang jauh melampaui perbelanjaan pembangunan menunjukkan seolah-olah keadaan yang berlaku adalah pembesaran jentera kerajaan. Jadi dimana silapnya?

MARI BELAJAR DARI EMPAYAR UTHMANIYYAH.

Professor Murat Cizaksa pernah membuat penyelidikan terhadap sejarah ekonomi islam dan mendapati system wakaf boleh bertindak sebagai pelengkap kepada tanggungjawab Negara. Dia mendapati institusi wakaf memainkan peranan penting dalam menyalurkan harta perseorangan atau swasta bagi tujuan awam demi membiayai hampir kesemua kemudahan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan masyarakat. Menjadikan kerajaan lebih bertumpu kepada pertahanan Negara dan kepolisan untuk menjaga keselamatan awam. Dan inlah yang dipraktikkan oleh kerajaan empayar Uthmaniyyah.

Institusi wakaf merupakan system alternative yang disediakan oleh islam bagi melawan model penswastaan tajaan ekonomi neoliberal. Inilah “the gift economy”-ekonomi memberi- yang di “offer” oleh islam.berteraskan prinsip pengagihan semula seperti sedekah, hibah, zakat dan sebagainya, tidak seperti “the scoop ecoomy”-ekonomi meraup- yang prinsipnya adalah riba, pengumpulan harta dimana berlakunya proses pemindahan hak pemilikan orang miskin kepada segelintir hartawan dan penguasa.

JANGAN BIARKAN

Keadaan ini harus ditangani segera oleh kita semua. Bimbang-bimbang bilamana system ini Berjaya menguasai system ekonomi di Malaysia, secara automatic akan membawa kepada apa yang dikatakan oleh Gramsci iaitu keadaan yang bertukar daripada “hegemoni” kepada satu “common sense” yang mengakibatkan ia diterima pakai oleh seluruh pengurusan ekonomi Negara.

-p/s : rujukan pembentangan gagasan transformasi malaysia

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...