~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....



salamun'ala manittaba'al huda


PYARR ~ AINEE ~ HUBB

kenal dengan perkataan tersebut?? pastinya selalu kedengaran dan selalu kita baca artikel-artikel bagaimana menanam cinta, membina keserasian dan sebagainya kan?? kalau yang perempuan movie-movie bertemakan cinta selalunya menjadi pilihan.. lihatlah pengunjung pawagam hari ini apabila kisah cinta yang ditayangkan pastinya jumlah penonton wanita melebihi lelaki..

bila kaki melangkah ke alam perkahwinan pastinya perkataan ini selalu kita cuba ungkapkan pada pasangan masing-masing. mahu memberikan yang terbaik pada si dia.. kan? kerana ini fitrah manusia. suka untuk menyayangi dan disayangi.. sense of belonging terhadap pasangan masing-masing pastinya meninggi. kenapa? kerana kita rasa dia adalah milik kita dan kita adalah miliknya bukan? masing-masing berlumba menyerasikan diri..

KENAPA KITA TERLALU TEGAR??

hari ini kenapa kita tidak mampu melakukan benda yang sama? bila mana kita mengatakan perjuangan adalah sebahagian dari kita? mengapa ramai yang beralih arah bila konflik melanda parti yang kita sayangi?? apa hak kita untuk saling bercakaran? maruah apa yang kita ingin tonjolkan bila saling mengeluarkan statement-statement membela diri? jalan manakah yang cuba kita cari bila mendapati lorong ini semakin berliku?

mahasiswa apakah kita ini apabila mudah melatah.. berpaling arah bahkan lebih buruk menjadi ejen penyebar kisah-kisah yang belum tentu benar.. kekasih apakah kita ini apabila si buah hati berada di dalam kesusahan lantas kita mengambil langkah tunggu dan lihat??

JANGAN KATA CINTA

jangan kata kita sudah betul-betul cinta apabila baru berhadapan dengan konflik sebegini terus pesimis dan beranggapan tiada masa depan untuk islam.. saya amat yakin fajarnya sudah hampir tiba, cuma kita harus bertahan dengan kegelapan yang seketika ini sambil cuba menyalakan api agar orang disekeliling kita tidak tenggelam bersama kehitaman malam.. kerana dalam malam yang hitam pekat ini terlalu banyak bahaya yang menanti..

ayuh kita tingkatkan sense of belonging terhadap parti islam ini. jangan mudah percaya atau terlalu taasub.. tingkatkan wala' dan bersedia untuk menerima arahan daripada pimpinan.. usah dibina puak-puak..memberilah untuk islam tanpa mengharapkan balasan yang banyak..

dan janganlah kamu memberi dengan harapan kamu mendapat yang banyak..
dan kerana Tuhanmu bersabarlah
al mudatsir - 6-7

ayuh kuatkan ribat.. percayalah fajar islam itu akan tiba cuma perlukan ketabahan kita untuk terus menanti ketibaannya.. buktikan cinta kita pada perjuangan.. jangan terus mengalah hanya kerana sedikit halangan.. buktikan kitalah tentera Muhammad.. bersatu padu melindung ummat..

"USAH DILUKAKAN HATI BAGINDA BILA MELIHAT UMMATNYA SENGSARA KERANA PERPECAHAN YANG KITA BINA.. SIA-SIALAH TANGISAN UNTUK UMMATNYA SEBELUM AJAL MENJELMA KERANA KITA MASIH BUTA UNTUK MENILAI HAKIKAT KESAKITAN PERJUANGAN YANG TELAH BAGINDA DILAKARKAN.."

KHAIBAR-KHAIBAR YA YAHUD...
JAISYU MUHAMMAD SAUFA YA'UD!!!


0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...