~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda






KISAH SEMALAM

saya jadi penat sangat-sangat. penat dengan perangai manusia ni. ada-ada sahaja yang tak kena. itu salah, ini salah apa sempurna sangatkah diri kita. saya memang rasa nak bagi je apa-apa yang patut pada orang macam ni. puas hati!! tadi saya dah penampar seorang budak. menangis teresak-esak, "saya dah penat-penat ni dia banyak soal pulak". mesej bertimbun-timbun malas saya nak balas, panggilan masuk bertalu-talu saya buat tak peduli ja. peduli apa sama orang lain. hidup saya, saya punya suka. lantak lah orang lain nak cakap apa. tak payah nak paksa-paksa saya.saya geram sangat. saya rasa nak pergi duduk kat gua je. bertapa sorang-sorang. saya dah tak peduli. saya langgar je kereta-kereta yang saya rasa nak langgar sepanjang balik tadi.. orang tengok saya buat tak tahu je.. arghhhhhhhhhh saya nak langgar je budak depan saya ni...

"eh kak bangun kak, dah nak maghrib ni.."kejut adik roomate saya.. astaghfirullahalazim.. mimpi rupanya saya.. hmm terdiam saya membayangkan  bagaimana agaknya jika saya mimpi saya berkesudahan dengan kemalangan yang saya cipta.. ya allah ampunkan saya. agaknya selepas membaca beberapa artikel mengenai bagaimana remaja melepaskan emosi membuatkan saya terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi.. astaghfirullahal 'azim.

(p/s macammana agaknya kalau betul semua-semua di atas terjadi? (^_~) tentulah ayah saya tak mengaku saya anak dia.. wah, saya akan menyesal tak sudah.. waktu tu mungkin saya dah bawak diri pergi ke turki ke istanbul ke atau ke mana-mana saja, awetkan diri jadi monumen sejarah dunia.. hehe (^_~).. alhamdulillah hari ini saya masih kekal jadi anak ayah )

LAKARAN HARI INI

 Kata P.Ramlee
"tiada kata secantik bahasa.. 
untuk ku puji adinda... 
tiada gambar secantik lukisan.. 
nak ku tunjuk perasaan..
(tolong sambung sendiri (^_~))


itu kata P Ramlee dalam lagunya.. apa agaknya kata Muhammad Ahmad Rasyid?


"ISLAM TIDAK TERTEGAK DENGAN KATA-KATA" itu pesanan Muhammad Ahmad Rasyid. bekalan buat saya, buat anda, juga pada siapa-siapa yang mahu mendengar bicara orang lama. kata beliau masyarakat hari ini adalah cerminan kepada keperibadian pimpinan yang ada sekarang. bahkan peratusan keperibadian itu melebihi pantulan daripada undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan masyarakat tidak kira samada daripada aspek sosial, ekonomi, politik mahupun apa saja.

dua faktor terbesar yang mendorong ke arah fenomena ini adalah disebabkan :

1) kefahaman, akhlak dan tabiat lebih memberi kesan berbanding arahan yang dipaksa melalui penguatkuasaan undang-undang. ia mengajar kita pedoman tidak boleh digarap oleh kekuasaan.
"action speak lauder than words".

2) faktor fuqaha'. hujah, dialog, falsafah dan kesusasteraan mereka mengetuk akal, perasaan dan ruh. memberi kita pengajaran; undang-undang yang kuat adalah undang-undang atau syariat yang dibelakangnya disokong oleh pemimpin yang melaksanakannya. lihat sahaja hari ini boleh dikatakan setiap hari dimana sahaja slogan anti rasuah dilaung-laungkan.. pada saya kalau kita mahu negara kita bebas rasuah maka pemimpin kita seharusnya menjauhi rasuah. jika hari ini keadaan yang sama masih berlaku maka lihatlah pada pimpinan yang sedia ada. jangan jadi seperti kata karam singh walia  

" bagai ayam jantan berkokok, suara berdegar-degar, 
punggung bergelumang dengan tahi" 
(dari saya karam singh walia untuk tv3 =))

untuk menjayakan cita-cita agar kehidupan masyarakat kita adalah berlandaskan islam maka semua pihak harus berganding bahu menjayakannya. asas rumah kita adalah sama iaitu nas-nas syarak, maka tiang-tiang islam haruslah diperkukuhkan oleh gandingan kepimpinan orang-orang yang beriman yang berupaya memberi kesan dari bahagian ekonomi, intelek, politik dan sebagainya. ketua mereka haruslah seorang lelaki yang memiliki hampir kesemua kelebihan dan memiliki unsur kepekaan. undang-undang islam tidak akan berpeluang untuk melakukan perubahan seandainya kita tidak memiliki hati yang cekal dan merasakan pelaksanaan undang-undang islam ini sebagai satu ibadat..




BELAJAR DARI SEJARAH

tragedi keruntuhan daulah abbasiyah adalah hasil daripada kemucak penyelewengan. namun ianya belum cukup untuk menyedarkan dan membuka pintu hati orang-orang muslim khususnya yang terselamat dari keganasan Tatar. hal inilah yang terjadi di mesir dan syam dan kita dapat lihat negara-negara ini menyaksikan berbagai kelemahan dan kekurangan yang memeritkan. jadi apakah kita rakyat Malaysia juga sama? tidak mahu belajar dari sejarah? butakah mata kita dengan iktibar lalu? atau kita sengaja membutakan mata dan hati, seolah-olah semuanya tidak pernah kita fahami? renung-renungkan dan selamat beramal..

ISLAM TELAH TERCEDERA

saat ini kita sedang menyaksikan islam mengalami kecederaan hasil pertembungan antara islam dan jahiliah. kata ibnu qayyim; beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu
syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan
berwala’kan      kepadanya     dengan    membelakangi       Tuhan    mereka    yang   sebenar    (Allah).

Mereka      telah  menjadi    musuh    kepada    Tuhan    mereka    yang    sebenar   bersama    dengan
syaitan   yang   memangpun   sudah   menjadi   musuh   kepada   Tuhannya.   Mereka   menyeru
kepada   kemurkaan-Nya.   Mencacat   cederakan   rububiyyah,   uluhiyyah   dan   keesaan-Nya.

Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali-
Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para
wali-Nya   daripada   kewujudan   ini.   Mereka   juga   berusaha   keras   untuk   mendirikan   satu
negara buat mereka.”

pertarungan ini sudah terlalu lama. mereka-mereka yang sudah terlalu kerap bercakaran tetapi bersatu padu atas nama menentang agama. dan adakah kita selaku ummat islam mampu untuk melawan mereka sekadar dengan kata-kata? keadaannya akan menjadi seolah-olah dalam satu pertarungan, mereka berkereta kebal, sedangkan kita merasa kebal dengan lastik yang dibawa. tanpa menyedari lebih banyak usaha yang diperlukan untuk mengalahkan mereka.

justeru hari ini semua pendakwah harus bangun, bukan bermaksud meninggalkan terus medan dakwah melalui pengucapan, tetapi kita harus bergandingan dengan mereka yang sedang menyusun strategi samada melalui penglibatan didalam kepimpinan,politik dan sebagainya. kekurangan tarbiyah harus ditampung, ribat(ikatan) kita harus diperkukuh, semangat kita harus dinyalakan dalam misi "penyelamatan" praktis jihad politik yang tersusun untuk menegakkan negara islam yang dipimpin oleh du'at haraki .

tidak kira dimana kita berada, apa sahaja status kita, sedikit impak harus diberi dalam usaha mencapai matlamat akhir nanti berdasarkan kemampuan masing-masing.  Tiada makna kehidupan      seseorang    yang    berpendirian     negatif.  apa yang diperolehi tidak lain hanyalah sekadar    kemewahan     di
dunia     ini,  dengan     makan,    minum      dan   wanita,    sedangkan     dia  tidak   berusaha     untuk
memperlihatkan        pendiriannya.  sedang dalam masa yang sama  para   politikus   di  kiri dan kanan   sedang   bertarung;   ada   yang   baik   dan   ada   yang   jahat,   namun   dia   hanya membiarkan dirinya menjadi penonton sahaja.


Sikap   negatif,   suka   mengasingkan   diri   dan   hanya   menjadi   penonton   ini,   adalah
ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al- Shaibani,   seorang   penyair   dan   ahli   tafsir.   Beliau   menganggapnya   sebagai   kematian.  Di sisinya,    seseorang    manusia     dan  pedang,    jika  tidak   memberikan      sebarang     kesan   atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung.

Al-Rafie pergi   lebih   jauh.   Beliau   melihat   tiada sebarang   alasan bagi kewujudan seseorang      yang   berpendirian     negatif.   Beliau    memberi     amaran     kepada    kita   tentang keperluan   bersikap   jelas   dan   terang.   Kerana   jika   kita   tidak   menambah   sesuatu   (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka kita adalah barang lebihan kepada dunia ini. Inilah    keadaan    orang   yang    disengat   hatinya    ketika  melihat    kesejukan     ummat Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari   ingatannya   bahawa   kita   tidak   mampu   mendengar   ungkapan   yang   berterus   terang,
lalu dia berkeras terhadap kita sedangkan kita tidak berdaya menanggungnya ..



0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...