~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala mittaba'al huda

MEMORI SEMALAM

terkesima seketika pagi tadi ketika saya menerima mesej perkhabaran keberangkatan selama-lamanya sijantung hati ust ramadhan dan kak khadijah .. innalillahi wa inna ilaihi raji'un. ya Allah berat mata melihat pastinya berat lagi bahu yang memikul. Allah berikan ketabahan pada mereka. kesempatan menziarahi adik nur fatimah sewaktu dia wad icu tempohari cukup menggetarkan jiwa saya. apa yang pasti bukannya mudah untuk melalui saat-saat itu. melihat si kecil yang bertabah dengan badan yang sarat dengan wayar-wayar membuatkan saya cukup takut untuk memikirkan masa hadapan.



bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. apatahlagi bila dikurniakan anak.. namun saya cuba ingatkan diri. hakikat kita ini hanya hamba sahaja. hari ini terjaga, esok belum tentu mata akan tetap terbuka. hari ini dihantar ke dunia boleh jadi esok dipanggil pulang semula. siapalah kita untuk mempertikaikan semua-semua yang berlaku. duhai adik, pergilah dengan kasih sayang kami , selamat jalan adik fatimah,moga menjadi tamu di syurga Allah, disamping saidatina Fatimah anakanda kesayangan Rasulullah.. selamat jalan si kecil sayang... (T_T)

LAKARAN HARI INI

hari ini saya jadi tidak tahu untuk menulis mengenai apa-apa. kebelakangan ini saya jadi agak kurang berselera untuk makan sehingga berat saya menurun 7kg hanya dalam masa 2minggu (tak perlu ke slimm world (^_~) ). tidur ala-ala kadar kerana mengejar beberapa dateline assignment yang baru dapat, ujian-ujian akhir sebelum ke final exam dan juga sedikit sibuk dengan meeting line-up bakal pimpinan. (bukan memikirkan UPSI ye)

tadi seorang bertanya mengenai facebook pada saya.. aduh bagaimana saya harus jawab sedangkan facebook pun saya tidak sertai. bukan menolak teknologi tetapi saya belum lagi berkemampuan. menguruskan blog ini sudah cukup memberikan kepuasan pada saya.

menyebut mengenai facebook ia sebenarnya merupakan antara kehendak komuniti global. sociologist said that interdependence of the world community which is interested in the global connection. for example by politically, economically and also socially (like facebook, friendster etc). and the important is technology forged links between societies worldwide.

MARI BELAJAR DARI SEJARAH

komuniti hari ini sudah bijak menilai baik buruk kerajaan. justeru pakatan rakyat seharusnya mengambil peluang ini dengan menguasai skill seni mengusai rakyat. dan ini pernah terjadi pada gerakan Jamiat Islami Pakistan. di sebut oleh sejarah, antara punca pengembangan gerakan ini adalah kerana mereka bersifat gerakan massa yang cakna. bagaimana? berbekalkan pengalaman bergaul dengan masyarakat selama hampir 6 dekad, gerakan ini dimatangkan secara berperingkat. mereka memiliki rangkaian NGO yang luas dalam usaha untuk membina pengaruh dan memobilasi rakyat dalam sesuatu isu.

ANGIN KEBANGKITAN ISLAM HARUS DITIUP MAHASISWA

Algeria sebagai contoh terbaik. mahasiswa-mahasiswa mereka pernah bangkit satu ketika pada era 80an bagi menyuarakan pendapat mereka berkenaan beberapa isu dalam dan luar negara. dan tulang belakang bagi demonstrasi ini adalah mahasiswa yang berorientasikan fikrah perjuangan islam. bolehkah kita mengulangi kembali sejarah itu? mampukan mahasiswa kita? hari ini di Malaysia cuba kita lihat dan nilai sejauh manakah kualiti mahasiwa kita? apatah lagi yang mendakwa mereka adalah pejuang islam.. persoalan itu saya tinggalkan untuk sama-sama kita fikir dan nilai sedalam-dalamnya.

di Algeria pada ketika itu gagasan usrah mula melebihi batasan pemikiran islam sebelumnya yang hanya berkisarkan tentang solat dan puasa. mereka mula berbicara mengenai karya-karya agung klasik tulisan imam annawawi, imam ibnu qayyim aljauziyah, al ghazali dan sebagainya. tokoh-tokoh kontemporari seperti yusuf qardhawi, syeikh kishk dan sebaginya mula mendapat tempat di hati mereka.

krisis demi krisi di negara ini menghasilkan puluhan demonstrasi bantahan daripada rakyat yang akhirnya membawa kepada penubuhan FIS (barisan penyelamat islam) yang berjaya memenangi pilihanraya pusingan pertama sehingga menyebabkan gementarnya kulit pihak barat yang telah membuat beberapa konspirasi yang berkesudahan dengan natijah krisis kemanusiaan yang panjang menyaksikan 70000 rakyat terkorban. di situ berakhirlah kisah drama air mata rakyat dengan penjara padang pasir al geria yang menjadi saksi bisu kekejaman pihak kuffar laknatullah yang terus menerus menzalimi rakyat khususnya yang beragama islam.

malaysia hari ini ke arah itu kah? tertipu dan terus tertipu atau kita akan terus terperangkap dalam PUAKA DEMONSTRASI?? You better know your leaders now or not.............

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...