~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda


semalam


suratkhabar-surat khabar perdana kebelakangan ini riuh menguar-uarkan kemenangan yang bakal diperolehi oleh pihak kerajaan di bagan pinang.. agaknya mereka terlalu bimbang kejatuhan sendiri sehingga terpaksa berusaha dan tanpa disedari melampau-lampau dalam pemberitahuan sesuatu peristiwa. 


(bukannya apa, takut-takut berulang peristiwa "kemerepekan melampau" pihak media sewaktu PRU ke 12 yang akhirnya memakan diri... takut-takut "nak pasang umpan mahukan pelanduk, tiba-tiba terjerat diri sendiri" nah siapa yang rugi? tepuk dada tanya pilihan masing-masing..


hari ini


tadi sambil makan-makan seorang diri, saya terbaca tabloid KOSMO bertarikh ahad 2 ogos 2009 yang mengkhabarkan tentang pengebumian corazon acquino yang meninggal dunia akibat kanser kolon.. 


mendiang dikebumikan sebagai rakyat jelata dengan pemergiaannya ditangisi seluruh dunia khususnya rakyat filipina yang pernah berada dibawah pemerintahan beliau bermula dari 25 februari 1986 sehingga 30 jun 1992.


dikebumikan dengan tinggalan sejarah yang cukup nostalgik mengiyakan peribahasa 
"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"




mari belajar daripada cori







lebih dikenali sebagai cori, María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino merupakan janda kepada mendiang senator Benigno Aquino Jr. beliau merupakan surirumah teladan yang berjaya bangkit menjadi penyelamat Filipina daripada rejim Ferdinand Marcos sekaligus membuktikan tangan lembut wanita yang menghayun buayan itu bisa menggoncang dunia.


pada saat-saat akhir sebelum dikebumikan, jenazah beliau diarak melalui lapangan EDSA, tempat yang menjulang beliau sebagai tokoh perjuangan gerakan rakyat..


revolusi EDSA







Epifanio de los Santos Avenue (EDSA) atau people power merupakan sejarah yang telah dibina oleh manusia-manusia yang menagih kejatuhan presidennya merupakan satu era kebangkitan rakyat filipina di metro manila menghimpunkan jutaan penduduk menyaksikan sejarah dilakar tanpa ada sebarang pertumpahan darah.


 ini yang pakatan rakyat harus pelajari, bagaimana strategi yang dibuat sehingga mampu untuk menawan hati jutaan penduduk maupun pihak pentadbiran sekalipun marcos telah memerintahkan "gerakan rakyat" terbabit dihalang dengan kekerasan.. 


harus diselidik bagaimana keunikan yang mampu dihasilkan sehingga mereka bijak menposisikan tentera untuk berdiri dibelakang rakyat sehingga berjaya menggulingkan "orang nombor satu negara"? dan hal ini belum lagi terjadi di negara kita.. namun itu bukanlah perkara yang mustahil bakal terjadi di masa hadapan...



kecekalanan seorang suri rumah mentransformasikan filipina daripada sebuah negara "autocratic" kepada "democratic" seharusnya diteladani. 


reformasi hukum dan pemerintahan dilakukan mewariskan badan "judiciary" yang bersifat "indipendent". malah majalah times pernah menyebut cori sebagai wanita sederhana yang bersahaja tetapi berani serta mampu berdiri melawan rejim kuku besi pimpinan marcos



pemimpin politik harus belajar..


samada pihak kerajaan mahupun pembangkang yangbakal memenangi pilihanraya kecil kali ini, mereka seharusnya mempelajari "moral and values" tinggalan cori seperti antaranya membuang "post power sydrome"


bahkan ketika ditawar kereta mewah mercedes sebagai imbalan hasil jasanya sebagai presiden ditolak beliau dengan bukti beliau lebih senang menggunakan kereta toyotanya yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.



namun apa yang lebih penting cori mengajar kita erti kemustahilan yang boleh dicapai dengan kemahuan yang kuat dan keberanian untuk bangun memperjuangkan nasib  rakyat... (Road To Putrajaya???)



kematian beliau di iringi dengan sorakan laban oleh jutaan penduduk filipina... masing - masing menyebut "mahal ka namin" yang bererti kami mencintaimu.. dan tinggalan kasih sayang dan jasa beliau akan terus diingati oleh seluruh rakyat filipina. warisannya kata mereka :


1. Dia mengembalikan kebebasan  yang selama 20 tahun lebih dikendalikan oleh pemerintahan diktator Ferdinand Marcos.
2. Dia selalu dikenang sebagai suri rumahtangga yang menjadi presiden
3. Dia membuat dunia bangkit dan mendengar suaranya.
4. Dia “bukan bintang rock” yang suka melanggar peraturan. “Bahkan kenderaan yang dinaikinya tetap berhenti bila melewati lampu merah”
5. Dia memberikan inspirasi bagaimana kami seharusnya (rakyat Filipina) menjadi  apa.


"SALAMAT PRES" (terima kasih presiden), 
“Hindi ka namin malilimutan Madam President
"Kami tak pernah melupakanmu Puan Presiden "



0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...