~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala manittaba'al huda

DULU-DULU dulu-dulu ayah selalu bawak saya pergi dengar ceramah. dengar apa penceramah nak cakap. waktu tu saya masih budak-budak. ayah kata angkat bendera. saya pun angkat. ayah kata jangan bising, dengar ceramah tu. saya pun diam, pusing muka kebelakang kemudian jelir lidah (biasalah kanak-kanak ribena..waktu tu asyik nak tanya itu ini(^_~) ).

saya masih ingat. dulu-dulu penceramah mesti sebut pas gini-gini. umno gini-gini. waktu itu saya masih kecil. tak tahu nak cakap apa. dulu-dulu ayah rajin beli suratkhabar, waktu tu saya akan baca sahaja tanpa berfikir. fikir apa? oh fikir betul ke tidak, apa punca berita tu disiarkan.. nanti bila dah besar saya berazam nak buat penulisan nak betulkan apa yang tak betul yang disiarkan dalam surat khabar..


walaupun ni orang putih..
imagine-imagine la dulu-dulu ngan ayah (^_~)

SEKARANG

sekarang saya boleh memilih samada mahu mendengar atau tidak apa yang diperkatakan orang. sekarang dah boleh berfikir.. sekarang saya dah tahu setiap benda yang kita nak buat atau cakap atau tulis, kita kena fikir dahulu. bukan suka-suka belasah meng"khinzir" buta. gerakan islam mengajar saya bagaimana seorang muslim harus "react" untuk setiap apa yang berlaku. cuma kadang-kadang "reaction" itu kurang mengena. tapi itu bukan penyebab besar untuk kita terus melakukan kesilapan.

sebab? kita harus terus fikir dan berfikir.. langkahan yang bagaimana harus direntakkan. khususnya golongan mahasiswa..
langkahan kita akan diperhati kerana kita golongan intelektual muda. pandangan kita akan selalu ditunggu kerana mereka (baca rakyat) telah menyemai pemikiran mahasiswalah satu-satunya yang boleh diharapkan.

kerana kita bukan bertindak atas kapasiti mana-mana pihak tetapi kita adalah golongan cerdik pandai yang telah di asuh dengan ilmu pengetahuan. jadi mahasiswa harus bertindak seperti orang yang berilmu. (maghrib semalam sewaktu mentadabbur al-quran seperti rasa mahu menangis bila terjumpa ayat ini..)

"katakanlah (Muhammad) , "berimanlah kamu kepadanya (Al-quran)
atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). sesungguhnya ORANG
YANG TELAH DIBERI PENGETAHUAN sebelumnya, apabila
al-quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan
wajah bersujud". dan mereka berkata, "Maha Suci Tuhan kami,
sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi. dan mereka menyungkurkan
wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.." )

~al israk : 107-109~

itu sifat orang yang diberi pengetahuan.. kita bagaimana?


HARI INI



hari ini saya lihat bloggers-bloggers muda begitu ghairah untuk menulis. penulisan mereka meliputi berbagai aspek. dan tentunya yang paling banyak berkisarkan isu semasa, politik, tarbiyah, hiburan dan sebagainya.. ini satu perkembangan positif yang harus kita raikan.

tulis lah apa sahaja yang anda mahu... mengenai EGM PAS? silakan.. mengenai bajet 2010? tafaddhal.. mengenai fatwa terbaru israel? you are most welcome...

kenapa saya katakan begitu? kerana pemikiran dan suara anak muda tidak perlu disekat.. ini kerana kecenderungan masing-masing adalah berbeza antara satu sama lain. cuma satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kita meng
hubungkaitkan di antara hasil penulisan kita dengan sumbangan kepada dunia islam..

maksudnya? adakah hasil penulisan kita sekadar sembang-sembang kosong? atau ia hanya menjadi gosip yang "hangat-hangat tahi ayam?" selepas seketika sejuk bersama berlalunya masa? atau hasil penulisan kita boleh membantu pihak-pihak yang berkenaan. sebagai contoh, jika anda berminat untuk mengupas mengenai apa yang sedang terjadi di dalam PAS.. tulislah.. asalkan ia membantu pihak pas dari sudut pengembangan idea, atau contoh lain kita memberi hasil analisis situasi yang terjadi dengan "the real situation" atau apa-apa sahaja dengan syarat penulisan kita tidak melampaui batas-batas dasar islam yang diperjuangkan.

pada saya inilah guna
mahasiswa. menjadi intelektual atau pihak ketiga yang berdiri atas kapasiti ilmuan yang mampu untuk mempositifkan suasana dan kembali mengharmonikannya. kita"react" dengan situasi yang terjadi berdasarkan ilmu yang kita pelajari di universiti..

SEJARAH LALU

setiap anak muda pasti ada kegilaannya.maka menjadi satu tanggungjawab untuk memastikan ia disalurkan kepada saluran yang betul.. sirah mengajar kita bagaimana rasulullah membimbing aliran kegilaan anak muda ketika itu. sebagai contoh Abdullah bin Umar yang "gila" untuk mengembara maka diaturnya Rasulullah untuk beliau menjadi pendakwah.

lihat pula kepada Usamah bin Zaid, kecintaannya kepada peperangan (jihad), lalu diangkat oleh Rasulullah untuk beliau memimpin angkatan tentera. siapa lagi? di sana ada contoh anak muda yang namanya Hassan b. Tsabit. Baginda membuka ruang dan peluang untuk beliau mengetuai golongan yang suka berhibur untuk bernasyid, berqasidah dan sebagainya.. subhanallah.. ayuh perhatikan bagaimana Rasulullah menggunakan
kudrat anak muda untuk sesuatu yang menghasilkan keuntungan kepada islam.. daripada usaha baginda inilah lahirnya generasi yang luar biasa..

hari ini bagaimana dengan diri kita? adakah kita mampu membuka jalan seperti itu kepada anak muda? satu persoalan mungkin timbul.. "kita tidak ada kuasa?" oh pada saya itu bukan masalahnya. kita boleh bergerak atas kapasiti kita hari ini. sebagai contoh andainya kita adalah
pimpinan sesebuah organisasi maka gunakan kelebihan itu. caturkan ahli mengikut keperluan sektor masing-masing..

laungan anak muda.. (dari filem 300)

kalau kita sekadar
orang biasa, maka gunakan kekuatan dakwah fardhiyyah kita. jika kita berkemahiran di bidang penulisan maka tulislah sesuatu yang mampu mengajak anak muda untuk bersama-sama kita. hari ini kebersamaan itu harus dipupuk. sebagaimana kesatuan kuffar yang bergabung untuk menghancurkan islam, maka kita khususnya anak muda yang berkesedaran ini harus kembali menguatkan "ribat" (ikatan).

jangan sampai kita menunggu sahaja memerhatikan hancurnya tamadun kita disebabkan ketidakmampuan diri kita (baca anak muda) hari ini.. perhatikanlah.. detik-detik keruntuhan itu sudah menghampiri kita..
tanda-tanda kejatuhan itu sudah terlalu banyak.. cuba kita renung kajian ahli sejarah mengenai punca kejatuhan tamadun islam yang lalu dengan situasi kita hari ini.. antaranya saya ringkaskan begini:

>>
ketidakmampuan untuk amal ma'ruf nahi mungkar (ya atau tidak?)

>>
syirik makin berleluasa (di malaysia ajaran sesat makin bertambah)

>> pemisahan menjadikan
siayasah dan agama sebagai dua perkara yang berbeza (fikirkan)

>>
syura sudah tidak dipraktikkan (perlantikan kroni-kroni?)

>>
bertambahnya bangunan yang tinggi-tinggi (the lastest di dubai??)

>>
persengketaan antara kaum yang makin ketara ( kadang-kadang agenda politik kotor)

>>
keruntuhan akhlak (tak perlu pergi jauh.. perhatikan sahaja disekeliling kita)

>>
penguasaan EKONOMI DUNIA OLEH EROPAH.. (macam najib kata dalam bajet 2010.. sebut pasal bajet, tersenyum saya dengan ucapan aluan si najib ini. bagusnya kalau ayat al-quran yang disebut diawal-awal ucapan itu betul-betul dipraktikkan.. cuba anda buka dan baca.. =) )

kesimpulannya? ada pada anda.. nabil kata "lu pikir la sendiri" ~(^_~)..

(p/s tulisan kali ni panjang ke? hmm TGF tolong buat artikel yang pendek untuk saya.. saya tunggu (^_~) )


3 comments:

Idealisme yang cemerlang dari anda.

tp msh blm sehebat rijal dengan smgt alfatehnya.. (^_~)

Jom3 Kita KesaNa

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...