~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


Salamun’ala manittaba’al huda.


Sunyi sudah

Kemeriahan di masjid semalam hari ini bakal diganti dengan suasana yang sedikit sunyi. Semalam ramai benar yang mengimarahkan masjid. Semuanya kelihatan cukup bersemangat untuk memburu lailatul qadr yang telah dijanjikan.. malam yang terbaik dari seribu bulan. Malam yang padanya malaikat terus turun dan turun ke bumi.. seperti yang disebut didalam surah al-qadr


تنزل الملائكة والروح


Kalau di dalam bahasa arabnya تنزل atas wazan تفعل itu bererti perbuatan yang terus menerus (continuously). Itulah untungnya bagi pelajar-pelajar bahasa arab. Keindahan alquran akan lebih dapat dirasai.


Membina persepsi


Semalam menitis lagi air mata saya bila sahabat saya Busra menyebut “kitalah yang harus menjaga dan meneruskan perjuangan ini sekalipun sahabat-sahabat yang sebelum ini bersama-sama kita tidak lagi mahu berganding bahu”.

Sejenak saya rasakan susahnya bila mahu menjadi muslimat yang mahu terus terlibat aktif dengan perjuangan. Bertambah susah lagi bila sudah punyai suami dan anak.. astaghfirullahalazim.. bagaimana saya boleh membina persepsi yang sedemikian.. teringat saya pada satu ayat quran yang dibacakan imam terawih sewaktu sepuluh yang malam yang pertama :


“mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu

adalah pakaian bagi mereka” (al baqarah 187)


Justeru seharusnya kedua-dua individu ini saling bertolak ansur, kuat menguatkan dalam mengharungi medan pejuangan ini. Allahuakbar barulah akan tertunainya hasrat untuk melahirkan mujtama’ islami hasil daripada baitul muslim.



Lantas saya cuba untuk menyorot kembali sirah perjuangan orang –orang yang terdahulu. Banyaknya muslimat yang saya jumpa mampu menjadi isteri dan pejuang yang baik. Antaranya adalah isteri baginda rasulullah s.a.w sendiri, saidatina khadijah, memberikan sepenuh hati dirinya kepada perjuangan tanpa mengabaikan tugas sebagai seorang isteri sekaligus ibu kepada anak-anak Rasulullah s.a.w. kerana itulah kewafatannya amat dirasai dan ditangisi oleh baginda. Teman seperjuangan yang hilangnya tiada ganti. Lalu saya cuba untuk berfikir dimana kedudukan kita?


Saya teruskan pencarian saya dan saya temui wanita ansar yang diberkati ; Nawwar binti Malik. Janda tinggalan Thabit bin Dahkak alkhazraji. Ibu kepada pemimpin pakar qurra’, pakar faraid, mufti Bandar madinah dan yang paling masyhur si penulis wahyu rasulullah s.a.w iaitulah Zaid bin Tsabit. Saya terpegun bila membaca tentang bagaimana si ibu ini berlandaskan kecintaan kepada agama yang mulia ini Berjaya mendidik si anak sehingga menjadi insan yang terbilang tanpa dia sendiri futur (gugur) daripada landasan perjuangan.


Saya cuba mengambil ruh perjuangan tinggalan mujahidah perindu syurga ; khaulah binti al azwar. Saya ingatkan pada diri saya kata-kata sang mujahidah sejati ketika memberi kata-kata perangsang kepada sahabat-sahabatya


“ wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang dijalan Allah, apakah kamu sanggup menjadi tukang picit orang-orang rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kamu dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kamu sebagai seorang islam yang bertakwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang rom”


kata-kata ini di ucapkan ketika mereka dikurung dalam satu peperangan Sahura. Beliau terus membakar semangat sahabat-sahabatnya sehingga akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal itu. Dan sebelum bertindak Khaulah telah berpesan

“ jangalah kamu sesekali gentar dan takut, kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka! Hancurkan pedang mereka! Perbanyakkan takbir serta kuatkan hati! Insyaallah pertolongan Allah sudah dekat.”


Kita bukan golongan kelas kedua


Kata seorang penyair :

Wanita diciptakan bukan dari bahagian kepala, kerana dia diciptakan bukan untuk jadi pemimpin, dia juga diciptakan bukan dari bahagian kaki kerana dia bukan untuk di pijak - pijak tetapi dia diciptakan dari tulang rusuk kerana tulang rusuk dekat dengan hati untuk disayangi dan dilindungi”

Ya, kita diciptakan untuk berada disebelah si suami untuk membantu perjuangannya, bukan untuk menjadi “queen control” ataupun si kuli batak. Itulah istimewanya wanita. Diangkat oleh islam daripada tempat yang paling hina dizaman jahiliah dahulu kala.


Saya tidak mampu untuk mengulas panjang kerana saya bukan ahli daripada golongan mereka yang berstatus isteri, tetapi saya harus menulis untuk memberi pesanan kepada diri dan untuk mematikan persepsi orang luar sebelum ini

“muslimat bila dah kawin, performance akan jadi slow”

“muslimat dulu bukan main lagi ligat tapi bila dah kawin habuk pun tarak”

“muslimat sebelum kawin janji akan tolong dalam perjuangan dibahagian-bahagian tertentu tapi bila dah kawin, lenyap dan lesap dimamah waktu”


Sedih betul saya bila mendengar bisikan-bisikan seperti ini. Membuatkan saya menjadi takut , bimbang dan runsing untuk bertemu dengan alam itu. Takut untuk menjadi golongan yang disebut futur atau mutasaqit. Kerana sekarang bukan senang nak cari orang yang faham kehendak kita dan perjuangan (betul ke? hmm )


Tapi hari ini saya sedar itu semua hanyalah andaian. Sebenarnya muslimat ada pilihan, dan mereka berhak untuk memilih. Cuma disana ada perbatasan yang tidak harus dilupakan.


Saya senang untuk melihat contoh-contoh didepan saya muslimat yang walaupun sudah berumah tangga tetapi tetap dekat dengan perjuangan. Sebagai contoh seorang murabbi yang saya kira belum pernah saya ketemu dengan wanita selembut ini tetapi cukup kental bersama-sama dengan perjuangan. Dr Nadzirah qudwah saya untuk terus menjadi sumber inspirasi didalam perjuangan ini. Tanyalah apa sahaja beliau cukup selesa untuk melontarkan idea dan berkongsi rasa. Juga didepan saya, seorang naqibah yang cukup aktif bersuara ; kak nurul syuhadah ~inspirasi srikandi harakah~ (^_~) terus berjuang sekalipun diri bergelar isteri..


("curi" dari blog rijal82 maaf ye k.nurul (^_~) hehe)



ربنا هبلنا من أزواجنا وزرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما


Dalam banyak-banyak muslimat pilihlah untuk menjadi yang paling bermanfaat. untuk si suami, anak-anak dan juga perjuangan melangsungkan rantaian dakwah tinggalan rasulullah..

2 comments:

bagus2....

semangat2.. cam nie lah anak malysia.. melayu islam umumnye...

ade bentang kertas kerja ke?blh bg?
nk bc

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...