~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

Salamun 'ala manittaba'al huda...

Alhamdulillah akhirnya saya rasa seperti terkeluar daripada satu kekusutan. permintaan saya hanya satu kepada orang-orang yang mengetahui password saya tolong jangan access tanpa kebenaran sebab saya mendapati ada yang menceroboh masuk bahkan membuka YM saya pengetahuan. Terima kasih pada cik Budi yang sudi membantu. tak apalah yang berlalu biarkan ia pergi. kata orang putih "let by gone be by gone" yang pasti saya takkan mematikan penulisan saya kerana ini punca untuk saya terus membaca..

Teringat pada Ramadhan yang bakal bertamu (2hari saja lagi). di UIA hari ini di mana-mana sahaja saya dapati terlalu banyak poster-poster, banner-banner bahkan countdown ke ramadhan itu sendiri. suasana ini cukup indah. seakan-akan kita sangat mengalu-alukan kedatangannya. Allahuakbar. mudah-mudahan semangat dari pesta poster banner ini dapat di resapkan ke dalam diri setiap daripada kita.

KISAH KASIH RAMADHAN

Menyebut ramadhan sahaja sudah cukup untuk menyebakkan hati saya. bahkan saya kira anda turut berperasaan yang sama. Membayangkan sempatkah lagi diri ini untuk menerima "tetamu" yang digelar penghulu segala bulan sudah cukup untuk membuatkan titisan air mata mengalir dipipi ini. Kasihnya tuhan pada kita tak terjangkau dek tangan tak tercapai dek akal. ada di sebut, Rejab itu bulan Allah, Syaaban Itu bulan Muhammad manakala Ramadhan itu bulan bagi ummat Muhammad, lantas :



فبأي الاء ربكما تكذبا
maka nikmat Tuhanmu yang mana lagikah mahu kamu dustakan?
(ar-rahman:13)

Allahuakbar. sucinya kasihMu Tuhan. Marhaban Ya Ramadhan..

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)"
(al baqarah : 185)

Tidak cukup lagi? sabda Rasulullah s.a.w :

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِقَتْ أَبْوَابُ النِّيْرَانِ وَصُفِدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para syaitan.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dr. Yusof al-Qardhawi menerangkan bahawa di antara hikmah puasa diwajibkan berdasarkan tahun hijri dan bukannya masihi : blh rujuk http://www.qaradawi.net

· 1. Tahun Islam diasaskan di atas pusingan bulan. Begitu juga hukum hakam yang lain seperti haul zakat, ibadah haji, iddah seorang wanita yang diceraikan suami dan sebagainya.

· 2. Ia lebih tobi’ie dan lebih mudah untuk dikira berdasarkan kemunculan bulan dan saiznya pada waktu malam.

· 3. Ramadhan kadang-kadang akan berselisih dengan musim panas atau musim sejuk atau musim-musim yang lain. Dengan itu seorang muslim kadang-kadang akan berpuasa pada waktu sejuk dan kadang-kadang pada waktu panas terik. Kadang-kadang di waktu yang siangnya panjang dan kadang-kadang di waktu siang pendek. Ia lebih seimbang dan mengukuhkan ketaatan seorang muslim kepada Tuhan dalam setiap keadaan.

Ibrah dari Ramadhan :

Disebut didalam buku “ramadhan tetamu yang dirindui” terlalu banyak peristiwa yang sebnarnya berlaku didalam bulan ini, antaranya :

1) Diturunkan al-kitab

2) Peristiwa badar

3) Pembukaan kota makkah

4) Perjalanan nabi s.a.w ke tabuk

5) Islam sampai ke yaman

6) Khalid al walid meruntuhkan berhala al uzza

7) Penyerahan Bandar Thoif

8) Pembukaan andalus

9) Peperangan zallaqah (Portugal)

10) Tentera islam mengalahkan tentera mongul

11) Peperangan yakhliz

12) Tertawannya garis bar lev Israel

Juga disebut di antara lainnya :

Dan fakta hari-hari didalam ramadhan :

1) Kewafatan bapa saudara Nabi s.a.w, Abu Talib dan Ummul Mukminin Khadijah Khuwalid pada Ramadan tahun 10 kerasulan. Dengan peristiwa itu, mengakibatkan kedukaan kepada baginda dan tahun berkenaan digelar sebagai tahun duka

2) Fatimah, iaitu puteri Nabi s.a.w, yang juga isteri kepada Saidina Ali Abu Talib dan ibu kepada Saidina Hassan dan Hussain wafat pada Ramadan tahun ke-11 Hijrah

3) Pada Ramadan tahun ke-15 Hijrah – peperangan Qadisiah, dengan orang Islam mendapat kemenangan daripada kerajaan Parsi. Kejayaan itu memberi erti cukup besar dan membolehkan bendera kedaulatan Islam berkibar di Parsi

4) Pada 584 Hijrah, Salahuddin Al-Ayyubi menewaskan tentera Salib dan membebaskan sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak Salib (Kristian) Ketika tiba Ramadan, penasihat Salahuddin menyarankan beliau berehat kerana bimbang ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab: “Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam.”Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan Ramadan. Pada 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik mengalahkan dan menyekat kemaraan tentera Tartar Mongol di `Ain Jalut.

5) Ibn Khaldun dilahirkan pada hari kedua Ramadan 732 di Tunisia. Abdur Rahman Ibn Muhammad Ibn Khuldun adalah seorang tokoh yang sangat terkenal dan bukunya yang masyhur ialah Muqaddimah.Karyanya yang berjilid-jilid dan bernilai tinggi itu membicarakan banyak bidang ilmu, seperti lapangan sosiologi, ekonomi, politik, falsafah dan sejarah, yang diterjemahkan dalam banyak bahasa Eropah.Beliau juga dikenali sebagai pengasas sosiologi moden. Beliau meninggal pada 808 di Mesir pada masa pemerintahan Sultan An-Nasir Li-Din Allah.

6) Pulau Rhodes ditakluki orang Islam bawah kepemimpinan Junadah bin Abi Umayya. Rhodes adalah sasaran yang amat penting bagi orang Islam, kerana ia sebuah pulau kecil dekat pesisir pantai Constantinople dan tentera Romawi menggunakannya untuk menyerang kapal dan kota orang Islam yang berdekatan pantai.Kerana itu orang Islam memulakan usaha dengan pulau ini dengan bantuan Allah pada Ramadan 53 Hijrah.Dengan penaklukan itu, Muawiyah dengan segera menghantar orang Islam untuk tinggal di sana, menjadikan pulau terbabit pangkalan penting bagi tentera laut Islam. Ia juga banyak membantu penaklukan pulau Mediterranean yang lain dan mengakibatkan Constantinople bawah kepungan.

7) Pada 20 Ramadan 1094 /12 September 1683, tentera Ottoman ditewaskan di luar tembok Vienna, sekali gus menandakan fasa baru dalam sejarah empayar yang begitu besar.Pada 1683, Grand Vizier Kara Mustafa bersama tenteranya maju ke Vienna tanpa memaklumkan kepada Sultan. Pada permulaan, tentera Ottoman berjaya menguasai peperangan itu, tetapi kemudian pemerintah Qirm melakukan pengkhianatan dan mengizinkan pasukan tentera Eropah melalui sebuah jambatan dan menyerang tentera Ottoman.Sebagai tambahan, kelemahan mula menjalar pada jantung tentera Ottoman. Penghianatan itu akhirnya membawa kepada kekalahan.


(http://wirasutra.com/blog/ramadhan-teras-kejayaan-bukan-kegagalan)

Rentetan Perisitiwa Bulan Ramadhan

::RAMADHAN::

::TARIKH HIJRAH::

::PERISTIWA::

1

114

islam tewas dalam perang 'Balathi Syuhada' di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafin.

2

82

Kemenangan islam ke atas pendita wanita barbar.
Pembukaan Maghribi Tengah.

3

9

Rasulullah menerima utusan dari Bani Thaqif.
Abu Sufian dan Mughirah diberi tugas menghancurkan berhala kaum musyrikin.

4

1

Permulaan panji putih yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah R.A.

5

5

Persiapan tentera islam menghadapi peperangan Ahzab.

7

89

Kemenangan islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi.

8

2

Rasulullah keluar untuk menghadapi kaum quraisy dalam perang Badar Al Kubra

9

10

Kabilah Hamzani dari Yaman memeluk islam dalam satu hari. mereka solat dibelakang Saidina Ali yang diberi tanggungjawab oleh Rasulullah S.A.W.

9

16

Kemenangan islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqos.
tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang.

9

39

Kemenangan islam dan pembukaan kepulauan Rodos,berdekatan Itali.

9

91

Kemenangan islam di bawah pimpinan Thoriq bin Zaid ke atas raja Rudrik di Sepanyol.

9

361

Sempurnanya pembinaan jamiah Al Azhar.

9

549

Islam mendapat semula sebahagian daripada Sofad(satu kawasan di palestin) dari tentera Salibiyyah di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi.

9

559

Tentera islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah.

10

8

Pembukaan kota Mekah.

10

1393

Kemenangan islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir.

11

14

Kemenangan islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima Mahran.

12

32

Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia.

13

9

Kedatangan utusan dari Himyar,Thaif dan Yaman.
Rasulullah telah memuliakan mereka,akhirnya mereka telah memeluk islam.

14

666

Kemenangan islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di Sham.

15

3

Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.

17

2

Kemenangan islam dalam Gazwah Badar Kubra. teguhnya negara islam Madinah.

17

40

Pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib di Mihraj Masjid Kuffah.

17

58

Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.

18

52

Mangkatnya Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid di Hims.

19

223

Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar di Ammurah,Turki.

21

584

Pembebasan Sham/Syria daripada Salibiyyah. Oleh salahudin ayyubi

22

6

Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.

22

648

Kemenangan islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah.

23

62

Kemenangan kerajaan islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.

24

58

Kemenangan islam di bawah pimpinan Al Muzaffar Saifuddin Qutus dalam peperangan dengan Monggol di bawah pimpinan Hulago.Peperangan ini berlaku di Ain Jalut,Palestin.

25

8

Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala Al Uzza,Amru Al As menghancurkan berhala Suwa', Saad bin zaid Al Asyhali memusnahkan berhala Manat.

25

179

Kemenangan islam di Yaumul Zulaqoh di Andalus atau Sepanyol.

26

927

Kemenangan islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

27

13

Penurunan wahyu pertama kepada baginda Rasulullah di Gua Hira'.

28

92

Perluasan negara Islam di Andalus.

29

2

Kewajipan zakat ke atas umat islam.

30

94

Kemenangan tentera islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah serta kepongan ke atas Salibiyyah.

rujuk : http://ituakujiya.blogdrive.com/archive/cm-09_cy-2007_m-09_d-24_y-2007_o-0.html

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...