~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....


salamun 'ala manittaba'al huda..

ramadhan karim..

alhamdulillah, hari ini kita berjaya melangkahkan kaki untuk bersama-sama dengan penghulu segala bulan ini.. satu perkara yang saya kira peluang yang mahu direbut pada bulan ini antara lain ialah bertarawih.. apa yang lebih menarik lagi di UIA satu malam terawih menghadiahkan kita satu juzuk al-quran.. subhanallah. cukup mengasyikkan, tambah-tambah lagi bagi mereka yang memahami apa yang di bacakan oleh imam..

jadi saya syorkan untuk menikmati lebih "kesedapan" ketika berterawih, habiskan dahulu juzuk bacaan al-quran yang bakal di baca oleh imam. saya yakin ketika mana imam membaca ayat tersebut anda akan terbayang-bayangkan ayat tersebut kerana telah dibaca sebelum itu.. (^_~)

ISU DI SANA SINI

sekarang orang asyik bercakap mengenai ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintahan yang dilaksanakan di beberapa negeri pembangkang. tidak kurang juga pembangkang yang tidak bersetuju dengan pemerintahan kerajaan. isunya yang terbaru zakat naiklah, arak dihalalkanlah, dan sebagainya.. pada saya isu zakat seharusnya ditangani dengan baik oleh pihak yang memerintah. bukan sekadar "kami tak mampu buat apa-apa. pihak pengurusan telah melakukan itu dan ini"

seharusnya bila ada perkara yang tidak betul di lakukan terus bertindak.. sekarang kita punya kuasa, bukan lagi masa untuk "apa-apa sedikit salahkan kerajaan". inilah kebajikan rakyat yang perlu dijaga. hak rakyat tetap hak rakyat sekalipun yang bakal kita dapat adalah c4 (aiseh metafora sangat =)) bukan saya berhasrat untuk menjadi penyokong kerajaan, tetapi mahasiswa harus punya paradigma tersendiri, menegur pada apa yang salah untuk kebaikan masa akan datang..

inilah hakikat yang perlu kita hadapi bila mana pentadbiran mengikut model rasulullah s.a.w tidak di ikut dengan baik..

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah" al-ahzab : 21

andai kita mengikut model yang betul maka tanpa was was akan lahirlah negara idaman :

بلدة طيبة ورب غفور
"Inilah negeri yang baik dan tuhan yang pengampun."
saba' : 15

dan kerana pentadbiran yang cekaplah terhasilnya :
نعم الأمير أميرها ونعم الجيش ذلك الجيش
"sebaik-baik raja itulah rajanya dan sebaik-baik tentera itulah tenteranya.."


TERMINOLOGI PENTADBIRAN ISLAM

Disebut di dalam Al-quran, ayat-ayat mengenai pentadbiran yang keseluruhannya dimiliki secara mutlak oleh Allah s.w.t. Dengan "fi'il" atau kata kerja يدبر memberi erti "Dialah Allah yang mentadbir."

"sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam diatas arasy mentadbir segala urusan. tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkannya. (yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan kamu ; maka tunduklah dan taatlah kepada perintahnya ; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatinya?"

Antaranya yang lain boleh rujuk surah ar ra'du ayat 2 dan surah as sajdah ayat 5. Kesemua ayat - ayat di atas menghuraikan tentang kejadian alam, tentang kuasa autoriti Allah sebagi pentadbir, maka perlantikan manusia sebagai khalifah seharusnya dipikul dengan baik.

dan bukanlah pentadbiran manusia sekadar untuk material sahaja sebaliknya hendaklah diamalkan sebagai satu pekerjaan ibadah atau amal soleh untuk menegakkan kebenaran, keadilan serta menghasilkan kemakmuran, kebahagiaan yang bersifat seimbang antara sesama makhluk.

di sebut di dalam buku pengurusan islam terbitan institut latihan kepimpinan dan perkaderan dakwah islamiyyah (ILHAM) (istitut yang membawa gagasan
“Mengiktektualkan Ulama’ dan Mengulama’an Intelektual”, pentadbiran islam itu disimpulkan sebagai :

1) "
proses" merujuk kepada fungsi-fungsi pentadbiran atau pengurusan melibatkan perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan ke arah memenuhi pencapaian objektif.

2) "
organisasi" satu institusi yang menghubungkaitkan di antara manusia, benda dan perkara supaya dapat berfungsi bagi mencapai matlamat-matlamat dan tujuan-tujuan tertentu.

3) "
matlamat atau tujuan", apa yang ingin di capai oleh organisasi ; ianya samada bersifat keuntungan material seperti wang ringgit dan seumpamanya atau tidak bersifatkan keuntungan seperti perkhidmatan sosial.

4) "
ketentuan-ketentuan syariat", undang-undang islam yang merangkumi perkara-perkara akidah, ibadah dan akhlak. bersumberkan quran dan hadis.


MODEL TINGGALAN RASULULLAH

dalam membentuk kepimpinan yang ideal Rasulullah s. a.w telah melakukan beberapa proses antaranya :


1) latihan penyediaan dan pembersihan diri. istimewanya baginda berada di bawah pengawasan ketuhanan. dan perkara yang sama dilakukan keatas sahabat- sahabat sehingga mereka mampu untuk berhadapan dengan tugasan yang berat. orientasinya? IMAN DAN TAQWA.. hari ini muncul teori-teori yang memperkatakan tentang latihan ini. anataranya Abraham Maslow (hierarachy needs of theory), Clayton Alderfr (ERG theory), dan David C McClellend (Acquired Needs Theory)


2) Merealisasikan 4 fungsi pentadbiran. ini disebut didalam buku "genius Muhamammad b, Abdullah"- mengungkap kepakaran seorang nabi dalam pelbagai dimensi hidup.
4 fungsi tersebut ialah perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan.



3) penubuhan pusat pentadbiran. antara bidang tugas yang pernah wujud ;
>> penasihat antaranya saidina abu bakar, umar, osman dan ali.
>> jurutulis seperti huzaifah al yamani
>> penyimpan mohor seperti al harith bin auf
>> pegawai perhubungan diplomatik antaranya zaid b. tsabit


4) mempraktikkan nilai-nilai mulia. rasanya ini tidak perlu saya ulaskan denga lebih panjang kerana semua orang mengenali siapa itu rasulullah dan bagaimana keperibadiannya. sehingga cendikawan barat sendiri mengiktiraf baginda sebagai pemimpin yang paling berpengaruh lantaran sifat yang dimiliki.


Kerajaan yang dibina berlandaskan ketaqwaan dan akidah yang tulen pasti memperolehi kemajuan yang tinggi. sepertimana yang pernah di capai oleh kerajaan saba' satu ketika dahulu. dan inilah yang menonjolkannya melebihi tamadun-tamadun dan kerajaan arab yang lain seperti Himyar, Ma'in, dan Qataban. (rujuk kitab bidayah wan nihayah)

dan kerana inilah ia disifatkan sebagai negara yang makmur dan mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t berimanlah dengan janji Allah ;

ولو أن أهل القري أمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض

Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi, tetapi mereka mendustakan, maka sebab itu kami seksa mereka di sebabkan usahanya itu.

( Surah al A’raaf . Ayat : 96 )




0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...