~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....

salamun'ala maittaba'al huda..



Kisah Semalam..

semalam cukup indah apabila saya berkesempatan bermain bola jaring dengan adik-adik smart group saya.. (sekarang di kenali dengan nama Kejora-Ummah.. bakal menyaingi UZA..(^_~)) apa yang membuatkan saya kagum semangat mereka untuk menjadi yang terbaik.. arahan saya untuk berkumpul pukul 5.15 di patuhi dengan baik sekali.. (sedikit sebanyak 3 disiplin yang saya cuba terapkan dapat di aplikasikan dengan baik iaitu 1-disiplin masa, 2-disiplin membaca 3- disiplin jaga muakhah).. dan yang membuatkan saya lebih gembira, yang hadir lambat menghukum diri sendiri dengan berdiri tanpa perlu saya memberi arahan.. (terima kasih adik2 -tiqah, nadiah, kak ya, ain, wana, shafiyah, Jihah the red giant (^_~) dan umai )

sekalipun tewas dengan gabungan UZA, usrah Busra, dan k.Tie ternyata adik-adik saya telah memberikan yang terbaik..


Bola Jaring??

Melihat K.nurul (my naqibah =)) bermain dengan begitu tangkas (Busra panggil terjun tiruk) mengingatkan saya suatu ketika dahulu sewaktu saya Mewakili Negeri Kedah dalam sukan ini.. ia memberi ruang dan peluang yang sangat luas. menjadi medan untuk berdakwah, berkenal-kenalan dan pelbagai lagi. siapa kata orang bertudung labuh tak mampu main dengan baik? siapa kata orang yang menutup aurat langkahannya kaku.. saya orang pertama akan berdiri membantah kenyataan tersebut.. islam bukan hanya dengan beribadah duduk diatas sejadah semata-mata, bahkan sukan itu sendiri sebahagian dari ibadah.. membuka peluang untuk kita bertemu mad'u secara lansung. cuma cara perlu betul, berbicara dengan mereka berwasilahkan sukan untuk mereka lebih mengenali Tuhan. itu konsepnya.

Teknik-teknik asas bola jaring

teknik hantaran:

>> hantaran aras bahu
>> hantaran aras dada
>> hantaran sisi atau aras bahu
>>hantaran atas kepala atau Lob (seperti bola sepak juga)
>> hantaran lantun

teknik pendaratan :

>> mendarat atas sebelah kaki
>> mendarat atas dua belah kaki



teknik jaringan :

>> jaringan statik sebelah tangan
>> jaringan sambil melompat
>> jaringan sambil berlari

untuk mendapatkan gol yang terbaik strategi perlu dibuat. antara yang perlu dipertimbangkan :

>> strategi hantaran tengah
>> strategi hantaran ke dalam
>> strategi pertahanan


APA YANG PENTING??

1)perkembangan dan penggunaan strategi dan tektik yang betul mempengaruhi kejayaan pasukan
2)pemain harus yakin dengan kebolehan mereka dan mengetahui kelemahan pihak lawan..


SAMANYA HIDUP DENGAN PERMAINAN

andainya kita melihat dengan lebih jauh lagi, permainan ini sebenarnya menggambarkan kehidupan kita secara tidak lansung. ada yang langkahnya baru nak bermula, ada yang lariannya laju, ada yang terjatuh lantas terluka bahkan ada yang cuba untuk menjaringkan gol namun tidak kesampaian. inilah dunia. bagi yang baru nak mengenalinya maka rentak langkahnya sedikit perlahan, yang sudah lali dengannya maka langkahannya laju dan bagi yang masi h ragu-ragu maka dia tidak akan mendapat apa yang di hajati..

Gol bola jaring memberi simbolik terhadap matlamat akhir yang kita mahu. kadang-kadang tak semua yang dapat dicapai. namun bilamana kita sedah memberikan yang terbaik maka kepuasan pasti kita perolehi. namun yang pasti kehidupan akan jadi lebih terarah dengan adanya matlamat dan tujuan..

dan yang pasti strategi dan percaturan yang telah kita rencanakan memainkan peranan yang penting untuk kita mencapai matlamat akhir hidup ini..

berfikirlah seperti sang pemain yang mahukan jaringan gol yang banyak.. usaha yang banyak dan natijahnya pasti menggembirakan.. canaikan dengan strategi dan langkah yang betul, fahami keperluan maka kejayaan pasti milik kita..

siiru 'ala barakatillah..

0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...