~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....



salamun 'ala manittaba'al huda..

yang pelik waktu ramadhan

alhamdulillah pejam celik pejam celik hari ini sudah masuk 4 hari kita berpuasa. bermaksud imam masjid (UIA) sudah menghabiskan 4juzuk bacaan al-quran.. bagi yang mahu menjadi GRADUAN TERBAIK untuk madrasah ramadhan ini pasti akan betul betul berusaha ke arah itu. saya pasti semua daripada kita tetap mempunyai keinginan yang sama. cuma kadang-kadang tindakan kita yang menjajah diri daripada terus-terusan melakukan amal kebaikan..

suasana berbuka di UIA tentunya unik sekali, dengan kaum yang pelbagai saya kira jarang ada di mana-mana tempat yang lain.. namun saya betul-betul pelik bila berlaku dua tiga perkara yang pada saya amat aneh ;

kepelikan 1

>> ada saya jumpa 2-3 orang sister yang datang berbuka di masjid tetapi selepas berbuka terus pakai kasut dan berjalan pulang.. anehnya.. datang makan sahajakah? namun saya fikir mungkin ada urusan tetapi kalau dua tiga hari asyik melakukan benda yang sama alangkah pelik kan namanya tu? hmmm kenapa tak terus solat sahaja di masjid kalau tidak secara individu mungkin secara berjemaah? bukankah :

صلاة الجماعة تفضل صلاة الفرد بسبع وعشرين درجة

solat berjemaah itu lebih afdhal melebihi solat
secara
bersendirian dengan 27 pahala

kepelikan 2

>> selepas solat maghrib terus tidur sampai jemaah masjid dah habiskan witir dia masih tak terjaga-jaga.. wah penat betul puasa agaknya.. tapi yang lucu asyik di port yang sama.. tapi tak apa agaknya selepas terjaga nanti dia akan solat secara bersendirian.. (^_~)


keunikan 3

>> yang ini yang paling saya taajub.. memang menjadi satu budaya arab iaitu sangat meraikan malam-malam ramadhan.. (most of them), bacaan qurannya banyak, terawihnya hingga 23, solat sunatnya, masyaallah malu rasanya. orang kita (not at all), lepas solat isyak dah ada yang beredar, lepas 8rakaat 3/4 kawasan masjid kosong... itu belum masuk lagi musim 10 malam terakhir. mereka beriktikaf allahuakbar.. memang semangat ini yang orang melayu belum lagi ada.. tak percaya? datang dan rasai sendiri di masjid UIA.


ni buku baru, dulu colour merah

Tamadun Yang Tinggal


kembali berbicara tentang tamadun, hari ini selepas kelas
sociology dan survey of islamic history and civilization (subjek favourite), saya agak berminat untuk menulis sedikit sebanyak mengenainya.. dulu saya pernah menyebut mengenai buku Samuel P. Huntington yang berjudul " The Clash Of Civilization". beliau pernah mengeluarkan idea bahawa selepas kejatuhan empayar komunis pada akhir 80 an, hanya 2 tamadun yang akan menguasai dunia iaitu islam dan juga barat. kedua-duanya akan saling berebut untuk memerintah dunia.

Kegagalan tamadun islam untuk menguasai dunia di sebabkan oleh beberapa faktor. antaranya krisis beragama, kemungkaran , perpecahan, budaya
complacement, culture fear, hedonisme dan sebagainya. kerana faktor-faktor inilah islam dibawah kerajaan abbasiyyah jatuh ke tangan orang-orang monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan selain berlaku perpecahan sesama ummat islam sewaktu munculnya pemerintahan bersistemkan mulukut tawaif (kerajaan-kerajaan kecil) yang berlandaskan semangat asabiyyah dan kabilah yang menjadi kemuncak pergolakan tamadun islam di zaman ini.

Arnold Toynbee

kemasukan imperialis barat lagi mengusutkan suasana. dan ketika abad ke 15 itulah wilayah islam mulai berkecai.. dan bermulalah era peningkatan pengaruh kuasa-kuasa eropah untuk menguasai dunia.. ini teori yang dikemukakan oleh sejarawan Arnorld Toynbee di dalam bukunya "The Study Of History".


maka bermulalah fenomena islamphobia, alienation "the experience of isolation and misery resulting from powerlessness", dan sebagainya.

berikut adalah senarai kumpulan pengganas yang di senaraihitamkan oleh polis antarabangsa (interpol) menariknya sejumlah besar adalah muslim. :

interpol punya logo

1) Al qaeda
2) Armed Islamic Group (Algeria)
3) Salafist Group For Call And Combat ( Algeria)
4) Islamic Jihad (Mesir)
5) Al jamaah Al Islamiyya (Mesir)
6) November 17 (Greece)
7) Mujahideen Khalaq (Iran / Iraq)
8) Hamas (Israel/ Palestin)
9) Harakatul Mujahideen (Kashmir)

dan ada beberapa lagi. (boleh buka http://www.interpol.int)

Muhasabah Kepada Baki Ummat Yang Ada

inilah di antara beberapa faktor yang membawa kepada kelesuan dan kebisuan ummat islam. dan yang paling membimbangkan adalah
culture of fear. dimana bererti ketakutan yang menyelubungi diri mereka walau telah mempunyai kesedaran. dan ini mengakibatkan mereka hanya bertindak menyerahkan harapan kepada orang lain untuk bertindak tanpa mereka mengambil inisiatif sendiri..

Noam Chomsky

dan inilah teori yang telah diperkatakan oleh Noam Chomsky. http://www.chomsky.info/articles/199607--.htm . seharusnya kita harus belajar dan terus belajar dari masa lalu, bertindak dengan kesesuaian masa kini dan melakukan perancangan untuk masa depan demi islam.. yakinlah sebagai ummat islam suatu hari nanti kita akan kembali memerintah dan menyebarkan keadilan ke seluruh alam. inilah janji daripada Allah. namun kemenangan ini hanya akan berlaku bila kita bersedia untuk membayarnya dengan harga yang mahal.. We as muslims must pray the price

1 comments:

Salam sis Nazirah..Akak mohon nak share tulisan awak nye..

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...