~Kembara Seorang Hamba~

Ada Kata Tak Terucap Walau Dengan Bahasa Indah..... Ada Rasa Tak Terungkap Walau Dengan Seribu Madah.....




salamun 'ala manittaba'al huda..

Take Charge Of Yourself!!


Kepenatan dengan dunia student dan karenah manusia yang pelbagai ini mendorong saya untuk membelek kembali artikel-artikel dan nota-nota yang saya perolehi di program-program motivasi yang pernah saya sertai. Pandangan saya terhenti pada nota kecil yang bertulis

exellence is never an accident - Derric Johnson

people are always blaming circumstances for what they are. i dont believe in circumstances. the people who get in this world are the people who get up and look for the circumstances they want, if they can't find them, make them..
- George Bernard Shaw



semua orang mempunyai pilihan. anda, saya dan juga siapa-siapa sahaja. kejayaan hanya boleh dicapai dengan membuat pilihan yang betul. jadi kenapa kita harus menyerahkan hidup kepada peluang dan kemungkinan apabila kita sebenarnya boleh melakukan sesuatu mengenainya..



SO CHOOSE! MAKE A CHOICE....
EVERY MOMENT IS A CHOICE. AND EVERY CHOICE IS OUR CHOICE.. (^_~)




Anak Muda Tiada Pilihan

Bukalah mana-mana majalah, tabloid, web atau apa-apa sahaja yang berteraskan hiburan pasti penguasaannya adalah kepada anak muda yang masih mentah. berpakaian yang kurang sesuai, fenomena pergaulan bebas, dan pelbagai lagi menunjukkan anak muda generasi sekarang benar-benar sedang berada dalam kemelut jiwa dan keserabutan fikiran. mereka seolah-olah memilih untuk berada di dalam lingkungan zon bahaya tersebut.

aduh muka real melayu

jadi persoalannya daripada manakah mereka belajar untuk membuat pilihan yang sebegini? dan selaku mahasiswa yang selalu disebut "jurubicara ummah" apa tindakan yang pernah kita lakukan?

Dr Said Ramadhan al buti berpendapat golongan anak muda ini pada asalnya tidak bermasalah tetapi telah dijangkiti oleh masalah yang sememangnya telah tersedia ada dalam satu-satu masyarakat tersebut. dengan maksud yang lain baik buruk generasi muda bergantung kepada masyarakatnya. baik masyarakat maka baiklah generasi mudanya dan begitu juga sebaliknya..

dr said ramadhan

sebut dr said ramadhan al buti didalam bukunya menangani pergolakan jiwa remaja ;

"
orang-orang yang memandang dari bahagian luaran menganggap hanya golongan remajalah yang menjadi punca penyakit dan penyebabnya. mereka yakin bahawa punca masalah adalah kerana terjadi ketidakharmonian komposisi kejituan atau pemikiran golongan remaja.

dari itulah mereka bertolak untuk mengambil jalan mengatasi masalah remaja. mereka tidak mengambil kira faktor-faktor yang lain , mereka tidak mahu tahu masalah yang menimpa golongan yang lain seperti kelemahan para ulamak dan para pendidik.

jadi titik tolak mereka tidak tepat dan upaya mengatasi yang mereka buat dengan sendirinya kurang mengena. kerana golongan remaja bukan berpenyakit tetapi mereka dijangkiti penyakit dari golongan lain.

sebenarnya yang berpenyakit dan bermasalah adalah masyarakat dan lingkungan tempat golongan remaja tumbuh dan membesar. fenomena yang merosak dan gejala sosial yang berlaku dalam cara hidup dan tingkah laku golongan remaja itu -pada hakikatnya- adalah pantulan dari masyarakat itu sendiri.


Berubahlah Masyarakat Hari Ini Demi Generasi Muda. Pilihlah untuk mencorakkan mereka menjadi generasi yang terbaik sebagai khazanah berharga tinggalan untuk masa akan datang!!!....

وليخش الذين لو تركوا من خلفهم ذرية ضعافا خافوا عليهم فليتقوا الله واليقولوا قولا سديدا

Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang- orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah dibelakang mereka yang mereka khuatir (terhadap kesejahteraan) nya. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar..
Annisa' -9


0 comments:

Nice To Have a Click (^_^)

jom klik

Kembara Mukmin

Name: Nazirah Nur Mukmin

Previous school :
--> maktab mahmud
--> centre for foundation studies IIUM
--> Now i'm final year student in bachelor of arabic

Experience :
--> co chairperson MTKN GAMIS 09/10
--> EXCO Arabic Students Society IIUM Gombak 08/09
--> vice president Arabic Students Society MCIIUM 06/07
--> Pengerusi Sinergi Gabungan Mahasiswi SIGMA GAMIS

Email dan ym : raisah_muslimat@yahoo.com

The Intelectual

Click to view my Personality Profile page

Cuba Klik

Tetamu Mukmin

Sembang2 Mukmin


ShoutMix chat widget

Komuniti Mukmin

Tetamu Mukmin

Sahabat Mukmin

klik2

Lets Read

Lets Read
Hidayah karya Tuan Guru Nik Aziz

Turki Negara Dua Wajah - Dr Abdullah Azam

Sejarah & Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden - ust Riduan Mohamad Nor

Things Fall Apart -Chinua Achebe "paling mahal ni (^_~)"

enjoy with keroppi

Loading...